Jari memegang kuntuman bunga. Mekar di ranting hijau yang masih segar. Harum benar baunya. Kemerehan, gebu menawan, kelopaknya kembang memukau. Sekali terpandang, pasti dan memang pasti akan dilontar pandangan kedua, ketiga dan seterusnya tanpa henti. Kerana bunga yang cantik merehatkan mata, menyejukkan minda dan menenangkan jiwa.
Kerana aku bukan bunga yang cantik.. Kerana aku bukan perempuan cantik. Walau penafsiran cantik itu cukup meluas, tapi kebiasaan manusia secara jelasnya memandang cantik itu pertama-tamanya pada tatapan zahir. Seperti pandangan pertama kita pada sekuntum bunga yang cantik. Sekali terpandang, pasti rasa ingin terus memandang.
Kerana aku bukan perempuan cantik. Menjadi bunga yang tidak menarik. Mungkin sekali dipandang, tiada yang sudi 'menoleh' kembali. Kelopak yang kecil, warna yang pucat, tumbuh pun hanya di bawah dedaun layu. Aku bukan si dia yang berkulit putih susu, jauh sekali bila disentuh terasa mulusnya. Aku bukan miliki mata yang bersinar seperti mutiara yang berkilauan, tidak juga punya bibir yang kemerahan bagaikan delima yang cukup manis dirasakan.
Aku tidak seperti si dia yang cantik menawan. Rupawan lagi solehah. Ah, cukup semuanya! Tiada apa lagi yang boleh disangkal. Dia serba cukup untukmu. Mantap ilmunya, cantik wajahnya, luhur pekertinya, lembut dan ayu sifatnya, zuhud dunianya, 'izzah imannya, sederhana hartanya, mulia keturunannya. Tiada alasan untuk menolak bunga yang sungguh cantik. Kerana Allah telah memberi hadiah untuk usahamu menjadi soleh. Itulah ganjaran dan hak dirimu.
Kerana aku bukan perempuan cantik, apatah lagi solehah…
p/s: Mari tenggelam dalam cinta DIA. Mencari cantik disisi Allah, cantik di akhirat. J
5 comments:
anda sudah cukup solehah..
someone is recovering!!
solehah itu terlalu jauh untuk dicapai. =)
and the other anonymous,
no recovering phase at all.
Saudari Husna, post anda kali ini seolah-olah menafikan byk kelebihan lain yg Allah ciptakan untukmu, perlukah merendah diri hanya kerana orang lain punya sedikit kelebihan dari sudut fizikal. Saya yakin anda bukan org seperti itu. Tahap cinta Allah dalam hati itu perlu lebih utama lagi untuk dinilai.
Bersyukur dgn diri anda seadanya akan tampak wajah berseri kerana diserlahkan oleh cahaya hati, bukan faktor fizikal luaran semata.
husna,saya selalu cemburu sebab husna hebat, husna kuat, husna berani, husna dekat dengan allah. husna ada banyaaak yang orang lain takde. yang jadikan husna kuat dan hebat seperti hari ini. all the best husna.
Post a Comment