♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 02, 2011

TRIBUTE UNTUK BAKAL ISTERI


Jemput semua hadir memeriahkan MAJLIS.
Dulu, memang benar, waktunya untuk memilih. Tapi sekarang, tidak lagi. sekarang, waktunya untuk menerima dan memahami. Bukan itu saja, malah mencari titik persefahaman sebagai suami dan isteri. Melayari bahtera rumahtangga pasti tidak semudah melakar impian untuk membinanya. Maka, besarkan hati, dan yang lagi-lagi penting, IMAN perlu ditopap tinggi. Tak mungkin segampang itu menyempurnakan separuh dari agama. Perlu pada pemantapan diri yang mapan. Allahu Allah.
Akhirnya mencuba juga untuk melunaskan tribute untuk bakal Isteri buat kakanda terchenta, Nurhannani Murni Indah Kamarudin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun 2011. J

Proses menerima.

Sewaktu mula mengenali kemudian diikat dengan tali pertunangan, semua yang dilihat adalah kebaikan. Tidak Nampak keburukan sang pasangan. Sekalipun ada kesilapan pasangan, hati totap mahu membela, lantas keburukan itu dibedakkan dan digincukan agar lebih cantik dan menarik. Kemudian, keburukan itu tetap dipandang indah. Semuanya indah sewaktu mula-mula bertemu dan menyulam cinta. Tuntas, hati yang tergoda pasti tergoda pada perkara-perkara yang menarik. Lalu membuatkan semua kelihatan indah-indah belaka. Tapi setelah selesai akad, bermula kehidupan yang sebenar. Hari-hari yang dilalui bersama, tiada keburukan yang boleh disembunyikan. Dan kadang-kadang hilang kesabaran dengan karenah pasangan. Waktu itu, ingatlah kembali saat-saat ayat cinta bertemu dan menyatu. Dan sematkan dalam hati,

Dalam dunia, Allah tidak menciptakan manusia yang sama perangainya totally. Pasti punya perbezaan. Kerana itu ia dinamakan PERKONGSIAN HIDUP. Sharing bukan bermaksud 'awak datang dalam hidup saya dan menjadi saya', tetapi, ia bermaksud, 'kita datang dalam satu tempat yang baru dan melakukan apa saja untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan seterusnya mendapat matlamat REDHANYA.'
Proses menerima tidak mengambil masa sebulan, apatah lagi setahun. Proses menerima adalah satu proses yang harus berterusan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pasangan seadanya. Tidak membandingkan pasangan dengan orang lain. Percayalah, ini jalan kita dan setiap orang punya jalan-jalan masing-masing. Usah cemburu pada pasangan lain, setiap pasangan punya keistimewaannya tersendiri. Tapi, kita yang mesti berusaha meng'istimewa'kan hubungan suami isteri. J

Mendapat ahli keluarga baru

Apabila menjadi isteri buat sang suami, kita bukan hanya menikahinya, akan tetapi menikahi seluruh anggota keluarganya. Yang terlebih penting, kedua ibu bapa suami. Apabila menjadi isteri buatnya, syurgamu beralih di bawah tapak kakinya, tapi ingat, syurganya bukan dibawah tapak kakimu, tetapi di bawah telapak kaki Ibunya.
 Maka, jadilah isteri yang mempermudahkan suami ke Syurga. Membantu suami mendapat kunci Jannah. Jadilah seorang isteri yang menyenangkan hati suami, serta hati seluruh ahli keluarganya.
 Jangan cemburu apabila suami melebihkan keluarganya, kerana itu tanggungjawab yang telah Allah khususkan untuknya. Usah gusar andai kasih suami terlebih buat ibundanya, kerana itu tuntutan Syar'i. malah berbanggalah mempunyai suami yang cukup MAFHUM pada tuntutan agama dan segala pengisiannya.

Ipar-duai jangan dilayan seperti orang lain, anggaplah ia keluarga baru yang perlu sedikit penelitian. Tidak mudah masuk ke dalam keluarga yang tentunya melalui tarbiyyah yang berbeza. Maka disitulah perlunya penelitiaan. Agar usaha untuk memperbaik hubungan bimbang dipandang 'menyampah' pula oleh orang lain. Jangan mengada-ngada dalam perlakuan sebagai ipar. Cukuplah bersederhana. Bimbang jika berlebihan, nanti dibenci orang. Jadilah diri sendiri, tidak perlu berlakon untuk mendapatkan mereka. senangkanlah hati keluarga suamimu. Usah terlalu mengada-ngada kononnya menggunakan kuasa cinta suami agar luntur kasih sayang keluarga sang suami. Berusahalah untuk memiliki semua cinta ahli keluarganya, pasti hati suami tenang dan menyenangkan. Apabila lapang dadanya, pasti lapang seluruh urusanmu didunia serta akhirat, insya ALLAH.

Tanggungjawab disempurnakan

Apabila bergelar isteri, lakukan semua perkara dan pastikan ianya menyenangkan suamimu. Walhal suamimu tidak gemar melihat dirimu memakai baju berwarna merah, maka sebolehnya dielakkan. Walaupun memakai baju berwarna merah itu tidak menjadi kesalahan dalam Islam. Jadilah isteri yang luar biasa, walaupun bekerja dan punya komitmen diluar, tidak meninggalkan segala keperluan suami, malah cukup tersedia dengan BONUS lagi. itulah isteri sejati. Menyedari kedudukannya disisi SUAMI. Pasti kelak mulia jua disisiNYA Rabbi. Insya ALLAH. Selagi mana suruhannya tidak bertentangan dengan Syariat, maka turutilah. Buanglah egomu. Ia tidak membawa kita kemana-mana. Malah mungkin membinasakan kita. Jadikan suamimu lelaki yang cukup tenang dan senang hatinya setiap kali dia keluar dari rumah dan setiap masa tidak terbeban dengan sikap dan karenah serta keinginanmu.

Dalamilah tanggungjawab sebagai seorang isteri sedalamnya, agak kelak kita tidak terpesong dan tidak terkecuali daripada mendapat gelaran ISTERI SOLEHAH.

Ringankan beban, bukan membebankan.

Apabila menjadi isteri buat suamimu, usah dibebankan dia akan masalah-masalahmu yang sengaja diciptakan, sengaja disusah-susahkan.
Jadilah isteri yang meringankan bebanny, bukan menambah bebannya. Usah beranggapan suamimu perlu menyediakan ISTANA buatmu, tapi bersama-samalah dengan suami untuk membina ISTANA itu.
Walaupun sebelum ini kehidupanmu mewah, apa saja kehendakmu dituruti. Ibu ayah tidak pernah menolak permintaan anakanda-anakandanya. Tapi jangan dibawa sikap itu apabila bersuami kelak. Tundukkan nafsu dan kurangkan meminta-minta. Lihatlah pada kemampuan suami. Jika mampu, ALHAMDULILLAH. Jika tidak, terimalah seadanya. Dan bersyukur dengan apa yang ada. Tidak mengada-ngada dengan kemewahan dunia, malah menjadi pelita buat suami terkejar-kejar akan kemewahan akhirat kelak.

Binalah Baitul Ibadah!

Apabila aku ditanya, apakah cita-citaku dalam berumahtangga. Aku sering mebayangkan untuk menjadikan rumahtanggaku sebuah BAITUL IBADAH. Akad yang mulia dimulakan. Dan sepanjang perjalanan meniti akad yang menghalalkan, tentu keredhaan DIA yang mahu kita cari. Maka, ibadah merupakan satu tanggungjawab khalifah. Maka, berusahalah menghidupkan suasana IBADAH dan kesinambungannya pasti jelas dan nyata, HASANAH dunia serta akhirat.

Hidupkan pagimu dengan tahajud. Raikan siangmu dengan Dhuha. Ceriakan jiwamu dengan Kalamullah. Basahkan lidahmu dengan Zikrullah. Eratkan hubunganmu dengan berjamaah. Sinari hidupmu dengan amalan-amalan sunnat yang menambah kecintaanmu serta suami kepada ukhrawi yang abadi. 
Kelak, bila sudah dikurniakan cahaya mata, tentu Baitul Ibadah adalah sebaik-baik tempat pentarbiyyahan buat mereka. insya ALLAH. Aku lakarkan impianku untukmu, dan aku tidak pernah kisah andai engkau meniru impianku. Kerana engkau bakal berkahwin esok lusa, sedangkan aku entah sempat atau tidak dalam meniti sisa usia yang berbaki. J realisasikanlah impian ini jika ia tidak memberatkanmu.

Jadilah pembantu yang baik.

Perkahwinan ibarat sebuah bahtera. Suami adalah nakhoda dan engkau adalah pembantunya. Jadilah sebaik-baik pembantu. Bukan pembantut. Jangan cemburu andai suami hebat di gelanggang dakwah, tapi bersyukurlah dikurniakan suami yang lantang menyeru pada KEBENARAN.

Usah gusar melihat suami menjadi milik ummah, tapi ketahuilah, suamimu jua hanya pinjaman untukmu, maka bersyukurlah Allah sudi meminjamkannya buatmu. Maka, tidak perlu pada cemburu tidak menentu.

Akan tetapi berusahalah untuk menyokongnya dengan penuh kasih sayang pada kebaekan. Pasti beliau tenang dan senang. Dan pasti disetiap ketenangan dan kesenangan itu terselit pahala buatmu, si isteri. Bantulah suamimu sebaeknya.

Sewaktu dia sakit, engkau jadilah doktornya. Sewaktu dia salah, engkau jadilah peguam buatnya. Sewaktu dia mempunyai masalah, engkau jadilah kaunselornya. Sewaktu dia lapar, engkau jadilah tukang masak buatnya. Jadilah apa saja untuk menyenangkan hatinya. Dan multitasker lah engkau sebagai seorang isteri buat suamimu, pasti Allah tidak mensia-siakan semuanya.
--------------à Bakal Bersambung! J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

sometimes when i read this icannot imagine SHE is the author of the Post! Great dear..

hanankamar said...

xsemudah tulisan namun tulisan ini dapt mmbantu

husnataqwa said...

harap2 membantu.......

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.