♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 29, 2011

Aku Mahu Syahid… +__+



 

Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama rasa yang rindu mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…

Wahai Rabbul`alamiin…
Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azzamkan niat ini dalam mencapainya…

Ikhlaskan hati ini menjalaninya…
Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan ridha-Mu…
Syari`at ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

 
Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Untuk raih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
SYAHID DALAM PERJUANGAN!


 

Hidup mulia atau mati syahid! J

 
Ya Allah, izinkanlah aku Syahid seperti Hanzalah. Sedikitpun dunia tidak menggodanya dalam mengejar cintaMu. Masya Allah..   -'Abdullah Hanzalah-

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Anonymous said...

ingat nak syahid mana tadi. ishk2, ter'shuuzon pulak. ha3

husnataqwa said...

ish.. laen kali, letak husnuzon dulu dok depan. =)

Anonymous said...

dakpe la kalu dapat syahid dunia, dapat syahid akhirat. tak dok masalah dop? buleh lake~~

husnataqwa said...

syahid dunia, syahid akhirat beza dia ape?

tak de masalah, janji syahid. buleh blake. =)

n08n said...

wah wah wah!!


syahid cita-cita semua orang, insya ALLAH kak, moga2 husnul khatimah yeap..

husnataqwa said...

^___________^

insya Allah husnul khatimah.

Syahid dunia, syahid akhirat,nak dapat belaka.. =)

Ameen....

n08n said...

insya Allah..

syahid dunia tu macamana kak?

husnataqwa said...

entoh le. akak pun tatau. orang kat atas tu cakap. mungkin macam syahid kecik gitu ke. haha. fatwa sendiri. wallahu a'lam. =)

n08n said...

oowwwh, gitu ek?

kalu macam tu nak jugak la syahid dunia syahid akhirat..

tadi takut salah faham je.
yelah, kot2 maksud syahid dunia tu manusia yang namanya 'shahid'.
yang tu, saya tak nak la hehe, akak yg 'single mingle' ni boleh la.. erk..hehe

husnataqwa said...

amboi, mentang2 dia dah..... &x%$@..

takpe2, sedar diri. sobsss. ehehe

ala kulli hal, selamat berpuasa ye Puan!!

n08n said...

peace.....!

Selamat berpuasa juga Cik Taqwa ;)

Anonymous said...

syahid dunia tu orang kat dunia bernama syahid.
syahid akhirat tu syahid fisabilillah.
hehe..

dakpe belake dapat syahid mane.
terkejut tadi tengok tajuk hehe..
ingat nak tunang ke mende..

husnataqwa said...

klo bertunang orang tak heboh2 kat blog~ =)

ish2, itulah kata, letak husnuzon kat depan.
letak syahid akhirat kat depan, syahid dunia mengikut di belakang.
jadi, kejar yang fisabilillah dulu. =)

dan janngan pernah salah faham, tak ada mana2 'syahid dunia' pun yang nak kat 'husna dunia' =)
sebab tu kata, kejar syahid akhirat dulu. =)

no hard feeling~~!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.