♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 10, 2011

Selangkah menuju tarbiyyah.

Alhamdulillah.Berpeluang dipertemukan dengan bulan Syaaban.
Sedar atau tidak, tidak sampai sebulan lagi kita bakal menjejak bulan Ramadhan Al-Mubarak, yakni bulan TARBIYYAH.
Apakah persiapan kita untuk menghadapinya?
Bersediakah untuk mujahadah lebih baek daripada Ramadhan tahun lalu?

Bertuah orang yang berjaya totally menjalani tarbiyyah di bulan Ramadhan. Tambah pula, kesan tarbiyyahnya berpanjangan sehingga Ramadhan akan datang. Maha Suci Allah..

Beberapa orang sahabat telah meninggalkan kehidupan di bumi, maka, mereka tidak sempat melalui Syaaban, Ramadhan sekali lagi. Dan sewaktu mereka menjalani Ramadhan tahun lalu, mereka tidak pernah tahu, itulah Ramadhan terakhir mereka. Dan siapa pula yang tahu inilah Ramadhan terakhir kita? Wallahu taala a'lam.

Malam Nisfu Syaaban bakal menjelma, tandanya Ramadhan hampir menunjukkan sinar kebarakahannya. Insya Allah.

Bagi yang sedang bercuti, inilah masanya untuk gunakan Ramadhan sebaeknya. Tak perlu pergi kelas, tak perlu attend meeting, tak perlu macam-macam. Beristirehat di rumah, isikanlah dengan ibadah. Bahkan lagi, kalau dirumah, gunakanlah peluang untuk mengecap nikmat sahur sebaeknya agar kualiti puasa kita lebih terjamin. Wallahu a'lam.

Apapun, totap merindui Ramadhan di PJ. Allahu Allah.
kami hambaMu menyerah diri kepadaMu Ya Rabbil Izzati.....

Ala kulli hal, BERSIH masih panas dibincangkan di FB dan blog-blog politikus. Teruskan. Moga ada kesan baiknya untuk negara ini.
terjumpa perkataan ini dihospital baru-baru ini. =)

p/s: Hari ini juga senang hati dapat servis jam tangan kesayangan. =) Apabila kita pakai barang yang orang bagi, pasti kita akan rasa dekaaaaaaaaat dengan orang yang bagi barang tu. Tak gitu? Kalau awak bagi hadiah, saya pakai barang yang awak bagi, saya rasa dekaaaaat dengan awak. Sebab tu selalu rasa nak pakai je jam tangan ni. =)
paparan imej kurang jelas.
Dan saya juga merindui budak ini. Sobssss


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.