♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 08, 2011

Cool kah anda? =)


Kalau seorang muslimah itu dinilai daripada kesempurnaannya menutup aurat, muslim pula dinilai 'disini' rupanya. Mungkinkah begitu?

Sepanjang saya mengenali TGNA, saya tak pernah melihat kepalanya tidak berkopiah. Paling-paling mesti ada serban. Walaupun hanya ber-T putih (bukan T-kuning), beliau totap istiqamah dengan kopiahnya.

Saya pernah bertanya pada seorang kenalan lelaki, apakah yang anda rasa perbezaan, bila memakai kopiah dan tidak memakai kopiah?
Jawapannya menarik,
"Kalau pakai kopiah, rasa segan nak buat dosa, rasa macam ada 'malaikat' atas kepala. At the same time, boleh latih diri jadi baek."

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tidak salah berpendapat. Terpulang pada diri anda sendiri.
Kalau saya, selesa melihat lelaki muslim berkopiah. Itu tak payah nak katalah apa perasaan melihat muslim lelaki berjubah putih, ber'rida' dan berserban. Totally nice. (ini tidak dispesifikkan kepada mana-mana lelaki, secara umumiah sahaja)

Tahniah kalau anda antara muslim yang istiqamah dengan kopiah. Jangan jadi muslim yang hanya apabila nak ke masjid atau hari raya atau kenduri tahlil arwah, baru tercari-cari, "MANA KOPIAH SAYA?"
Masya Allah.
Percayalah ikhwan musliminku sekalian, anda jauh kelihatan lebih 'cool' dengan kopiah. Nice shot.
Wallahu a'lam.

Tapi kalau pakai kopiah, perangai macam 'Abu Jahal' pun masalah juga. Subhanallah...

Wallahu a'lam. =)

Tinta Blogger Muslim,
Cik HusnaKamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

ciri2 lelaki pilihan, berkopiah?

husnataqwa said...

itu hanya added value. ada perkara besar yang lebih perlu pada perhitungan, yakni iman.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.