Hari ini 4 Julai 2011, genap sebulan perkahwinan Kakanda Hannani Murni Indah dan pasangannya, Ayub Solihan.
28 Jun yang lepas, kakak berangkat ke Indonesia, bagi meneruskan pelajarannya yang masih tersisa beberapa bulan, meninggalkan sang suami sendirian membanting tulang empat kerat di Shah Alam. Syahdu dan seolah mampu merasai apa yang dirasai mereka.
Sewaktu saya bertandang dua hari dirumah mereka di Saujana Utama, Hulu Langat, masih terasa sisa-sisa mesra pengantin baru. Hubungan yang harmonis dan mendamaikan, saya kira.
Kini mereka berjauhan, dipisahkan Laut Sumatera. Tidak jauh perjalanan ke sana Cuma mengambil 4 jam sahaja, tapi kerana komitmen masing-masing, terpaksa berlapang dada dengan keadaan sekarang.
Abang Ayub rasmi menjadi tunang Kakak September 2010. |
Perkahwinan yang tidak pernah dijangkakan sebenarnya. Mereka bertunang pada September tahun lalu (2010). Kalau tak silap, hari raya aidilfitri yang kelima. Bertunang pun ala kadar, juga kerana on the spot mendapat keizinan dari ayah bonda. Dalam majlis pertunangan, dibincangkan tarikh pernikahan. Semua bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan apabila kakak habis belajar, paling tidak 'setahun setengah hidup'. Alasan ayahanda, kakak jauh di perantauan. Kalau kahwin, bimbang terseksa dan tak dapat tumpu perhatian untuk habiskan ijazahnya. Kami berlapang dada.
bergambar dengan ibu bapa kedua belah pihak. |
Tidak lama kemudian, saya mendapat berita Kakak minta keizinan untuk berkahwin. Ayah ibu pertimbangkan. Banyak aspek yang mereka pertimbangkan. Saya juga termasuk salah seorang yang menyumbang idea untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. (harap-harap lepas ni kakak sudi membantu saya kalau saya nak kawin cepat. Hehe) Tambah lagi saya tidak Nampak dimana kurangnya mereka. kedua-dua belah pihak tampak bersedia dan mampu untuk berkahwin. Walaupun kakak masih belajar, tapi umurnya sudah 24 tahun. Umur Abang Ayub pula mencecah 28 tahun.
Tanpa angin dan ribut, ayah dan ibu membenarkan mereka berkahwin. Kelulusan diberikan pada bulan Mac, dan tarikh kahwin adalah pada Jun. Dua bulan masa untuk membuat persiapan. Tambah pula kakak sedang menghabiskan cutinya di Johor Baru waktu itu sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Persiapan hanya dilakukan ala kadar. Seperti yang dijanjikan, tidak ada majlis yang besar-besaran, kakak masih belajar dan zaman sekarang semua sudah ada kefahaman tentang agama, semuanya mencari berkat dalam majlis. Insya Allah.
doa saya kebahagiaan kalian berpanjangan Kakak dan Abang. =) |
4 Jun 2011 menyaksikan majlis akad nikah dan kenduri yang serba sederhana saya kira. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan mereka. seminggu menghabiskan masa di Kelantan, menjadi pengantin baru dan menziarahi saudara-mara. Kemudian mereka pulang ke Shah Alam. Membina hidup baru.
Dua minggu hidup bersama. Serumah. Berkongsi semuanya. Berkongsi hidup secara rasmi. Dan kini, terpaksa berjauhan, hamper enam bulan atau lebih.
Saya yakin mujahadahnya tinggi. Saya lihat Abang Ayub tidak menunjukkan kesedihannya. Saya lihat Abang Ayub cuba untuk menjadi kuat. Saya masih ingat kata Abang Ayub,
"Apa-apa pun Kakak mesti habis belajar."
Saya menghormati kedua-duanya. Walaupun kadang-kadang saya rasa cukup kasihan pada kakak. Mana tidaknya, saya sendiri boleh merasai bagaimana rindu itu mendalam. Bagaimana cinta itu memuncak. Saya yakin tidak mudah untuk mujahadah. Nak berhubung pun, masing-masing ada komitmen. Kakak sedang 'housemanship' di sana. Abang Ayub pula sibuk bekerja di Kobelco. Masing-masing punya komitmen. Nak selalu menelefon, tentu sekali menelan belanja yang tidak murah. Walaupun saya yakin, tentu mereka tidak kisahkan dengan harga yang perlu dibayar untuk melepaskan rindu, tapi saya rasa, halangannya cukup banyak.
Kalau sama-sama di Malaysia, boleh juga ketemu di hujung minggu. Seperti Kakak saya yang sulung. Pada waktu awal perkahwinannya, suaminya di Teluk Ramunia dan dia di Taman Impian Jaya Senai. Paling tidak tiga hari sekali Abang Talib pulang. Sekurang-kurangnya, tidaklah 'gila' membendung rindu.
Rindu pada suami pasti tidak betah untuk ditanggung. Kalau rindu pada kekasih hati, lain pula. Ini rindu pada suami. Oh, Allah maha mengetahui sejauh mana mujahadah mereka.
Saya selalu pesan pada Kakak,
"Dari dulu lagi Kakak minta untuk kahwin, masing-masing tahu risikonya, sekarang masa untuk praktikalkan semuanya. Mesti kuat dan sabar. Letak pergantungan tinggi pada Allah."
Saya tidak punya perkataan terbaek buat Kakak. Saya Cuma ada doa. Dan saya Cuma mampu minta Kakak sandarkan keyakinan dan kekuatan kepada Allah. Moga ada ketenangan dan kekuatan.
Buat Abang AYub pula, bukan mudah memperisterikan seorang doctor. Perlu pengorbanan yang tinggi untuk memahami komitmen dan tanggung jawab seoang doctor. Besar tu. Saya yakin, Abang Ayub cukup kuat untuk memahaminya. Malah, sebelum berkahwin, Abang Ayub sudah sedia maklum tentang kehidupan seorang doctor. Saya harap Abang Ayub juga tidak mudah rebah,mesti jadi gagah untuk menggagahkan Kakak.
Apa yang penting, masing-masing perlu jadi kuat untuk pasangan masing-masing. Kakak perlu kuat untuk Abang. Dan Abang juga perlu kuat untuk Kakak.
Kakak, saya tahu, kakak bakal mengatakan bahawa, tinta ini tak mudah untuk direalisasikan. Tapi saya punya keyakinan yang tinggi buat Kakak dan Abang. Kalian pasti boleh melalui hari-hari yang mendatang. Yang penting, carilah kebahagian dalam kehidupan sekarang. Jangan terseksa dan menderita. Cari kebahagian dengan hidup yang begini. Pasti ketemu. Dan kalian harus bertahan. J
Insya Allah.
Allah rahmatilah mereka. Insya Allah. Pergantungan harap pada Allah totally 100%,itulah sumber kekuatan kita. =) |
Sekalung doa saya terus-menerus hadiahkan buat kakak dan Abang. Moga bait muslim yang dibina teguh walau jauh. Tak runtuh walau jauh. Yang penting, masing-masing mesti manfaatkan masa 'menunggu' yang ada. Perbaiki diri dan sediakan diri dengan ilmu yang mapan, agar kelak bila tiba masa untuk kembali 'bersama', menjalani hidup seperti suami isteri biasa, punya ilmu yang banyak untuk alam rumahtangga.
Selamat menambah ilmu dan praktikal.
Kalungan doa dari saya dan keluarga pasti menemani Kakak dan Abang Ayub yang sedang bermujahadah.
Allah, jagalah mereka. J
2 comments:
axa suka cara awak bercerita :)
adik yang baik... bertuah kak nani. tak gitu..
Post a Comment