♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 24, 2011

Ya Haamilal Quran.. +___+ Mari Mujahadah!




يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ


Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,






يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,






يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.





Segan rasanya, bila ditanya, 
"Awak Al-Hafizah kan?" 
Masya Allah, rasa macam tak nak mengaku. Apalagi kalau tengok sijil khatam hafazan dari DQ tu, memang rasa malu sangat pada diri sendiri. Malu pada orang lain. Dan terlebih-lebih malu pada Allah yang menurunkan AlQuran yang mulia itu. 
Aku tidak punya apa-apa melainkan Quran itu dalam dadaku. Sekiranya Quran itu tidak aku 'jaga', maka, aku tidak punya harga. 
Tuhan, beri kekuatan untuk aku bukan saja mengulang, bukan saja masyi di bibir, tapi aku mahu 'MENJAGA' kalamMu itu. 
Ampunkan hambaMu yang selalu on-off mengulang. 

Sejak dua minggu yang lepas, ambil keputusan untuk mengulang start dari zero. Mengulang bukan nak masyi, bukan bila orang suro jadi imamah rasa senang hati, tapi mengulang sebab tanggungjawab pada Al-Quran untuk menjaganya. Ya, tanggungjawab. Dan AMANAH. Masya Allah.

hafiz hafizah yang dilahirkan 2008/2009.
Generasi 9 IQRaC. =)

Dah dua tahun meninggalkan DQ, apa yang ada dalam dada? Banyak mana Quran yang abadi di dalam hati?

Allah tidak menilai sebanyak mana anda ingat dan masyi Al-Quran itu, tapi Allah nilai MUJAHADAH kita menjaganya. Tapi kalau mampu ingat dan masyi, itulah BONUS yang sangat BERHARGA, lebih dari segala HARTA DUNIA. Mari MUJAHADAH.

Bila baca blog Akh Rahman, bingkisan dari Ukhti Rahmatulnisah, zaujahnya,{link} terharu dengan kisah hidupnya sebagai suami isteri yang berusrah dan mengulang Al-Quran. Janji Allah itu pasti. Lelaki yang menjaga Al-Quran untuk perempuan yang menjaga Al-Quran. Mendamba seorang Imam yang selalu menjaga Al-Quran, pasti perlu dimulakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Mari mujahadah.

Menyeru diri sendiri terutamanya. Dan orang lain untuk bersama-sama.
Lakukan apa saja untuk anda bersemangat mengulang dan mengulang. 
Baru-baru ini Abang hadiahkan saya sebuah mashaf Rasm Othmani. Biasa-biasa saja. Tulis  Abang di Quran tu,
 "Murah je Quran ni, tapi kalau selalu baca insya Allah mahal imbalannya kat Akhirat sana nanti. Selamat menjaga Quran Cik Al-Hafizah."
Quran pemberian Abang. =)
p/s: the owner is 'blue crazy'. 

Terharu juga saya dengan kata-kata itu. Memang terharu. 
Bila saya persoalkan, kenapa beli yang murah, katanya nanti bertunang, tunang bagi Quran jugak, lepas tu mana nak guna dah Quran dia bagi. Ceh, Abang punya cerita memang tak habis. Macam-macam!

tempat tersemainya cinta pada Quran.

Nak mujahadah susah. Memang susah. Selama saya hidup, saya rasa nak mujahadah untuk lakukan kebaikan agak susah berbanding mujahadah nak tinggalkan maksiat. Dan saya suka quote ini, "Biarlah kita lebih melakukan amal soleh, sehingga kita tak larat membuat maksiat." Makanya, perlu kuat-kuat mujahadah untuk membuat kebaekan. Mari Mujahadah!

Saya bukan orang yang masyi 30 juzuk, bukan juga golongan 'cair' Quran. Kata-kata ini dutujukan khas buat diri sendiri tentunya. Kang cuak pulak kalau tiba-tiba orang datang 'serang' nak 'tebuk', Haru pulak saya. Kalau 'tebuk', berlubang, apa nak cerita? Haru juga kalau tiba-tiba dapat borang suro masuk pertandingan Hafazan. Tak layak den. =)
perjalanan masih jauh. Aku mesti mujahadah!


Apapun, mari kita mujahadah dulu. Yang lain, kita fikir kemudian.

Tak salah kalau kita doa,
"Ya Allah Ya Rahman, hadiahkanlah aku seorang IMAM yang CINTA pada QURAN dan cinta pada PERJUANGAN ISLAM. Moga-moga dia menjadi wasilah aku tsabat dalam jalan Quran, tsabat juga dalam PERJUANGAN. Dan kekalkan kami di jalan kebaekan menuju JannahMu. Ameen..."

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

fatih fafa said...

segan ana dengan anti, kuat mujahadah orangnya.

Anonymous said...

Al-Quran itu cahaya dan petunjuk bagi orang2 mukmin. pengisian yang santai tapi mampu bagi semangat unt saya turut sama dalam misi mujahadah cik puan. terima kasih dan teruskan menulis.

husnataqwa said...

Encik Fatih, ana tidak sehebat enta. Ana masih betatih dalam mujahadah. Mohon doanya. =)

Anonymous, uwafiq miah bi miah. Syukran sudi meluangkan masa membacanya. Mari mujahadah.

Anonymous said...

ape ye link blog zauj kak rahmah nisah? mohon share ye...

husnataqwa said...

cik anonymous, ini alamatnya,

http://unique-durrofa.blogspot.com/

saya juga ada share di post ini.

dan blog zaujnya juga ada dalam link sahabat-sahabiah di belah kanan blog saya.

asif, kelalaian menyediakan link di post.

syukran mengingatkan. =)

kak ju said...

ngaji2.. insya Allah tu ubat paling mujarab unt sakit2 cikna. Quran tu penyembuh. ingat x pesan Dr Sham? ngaji banyak2 yerr.

tapi tetap kena usaha juga pergi hospital dan amek ubat. kita ada tawakkal, dan kena ada usaha. take care dik..

semua orang sayang adik. ibu ayah dah lebih dari manjakan adik. jage kesihatan molek2 deh.

husnataqwa said...

thanks kak.

betul tu, Quran tu penyembuh. bukan saja penyakit fizikal, malah penyakit hati dan penyakit dalaman pun boleh. ubat unt semuanya. Quran segala2nya.

syukran sangat atas peringatan. lame tak jumpe Dr Sham. hehe. =)

kem cium kat Naim kak. tak sabar nak jumpe dia nanti raya. rindu semua orang. =)

kak ju said...

Alalala... sedihnyer bace ayat cikna.

jangan sedih yer cikna. semua orang pun nak balik lawat cikna nanti raya. nanti nak hantar cikna masuk UIA kat kuantan. Sanggup abang amek cuti unt cikna. Jangan sedih2.
Naim pun rindu cikna jugak.

husnataqwa said...

Terima kasih Naim kerana sudi merindui Cikna. =)

Kem salam abang gak kak, thanks sudi amek cuti demi adik kesayangannya. ehehe

fatih fafa said...

Mujahadah itu besar pahalanya,anti sendiri yang kata. Bertuahlah anti ada jiwa mujahadah. Teruskan usaha. Ana tak hebat. Ana biasa saja. Ana kagum dengan anti. Semoga bisa ketemu lagi ;)

Anonymous said...

TAHNIAH! POS YANG KE30 UNTUK BULAN JULAI ANDA!

ANDA BETUL+BETUL MEMBUKTIKAN ANDA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF DI MUSIM CUTI.

TAHNIAH!

Anonymous said...

respek k.husna, sokmo doh respek k.husna. naaaaak sangat jadi macam k.husna. hebat~ doakan saya juga ye kak..

husnataqwa said...

Encik Fatih, insya Allah, bertemu di mana-mana program tarbiyyah atau mana-mana majlis ilmu. kehebatan itu sesuatu yg perlu dibina. apapun, Encik Fatih jauh lebih berpengalaman dari saya, lihat pd umur pun sudah jelas dan nyata!

CIk Anonymous, pos yang ke-30. Alhamdulillah, seronok ada orang perasan, ana sendiri tak perasan. Sekadar menulis, memanfaatkan idea, jangan kasi beku. =) Risau kalau terbiasa banyak berehat, tulang jadi berat, nafsu jadi gemuk. nauzubillah... =)

Cik Anonymous, jangan memandang saya persis itu. ketahuilah, terlalu banyak lompang, kekurangan, dan kelemahan diri yang tidak diketahui. Jangan mencari kesempurnaan pada diriku, nescaya tidak mungkin anda ketemu. Saya hargai anda. Terima kasih kerana memberi saya semangat dan motivasi... =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.