♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 11, 2011

Maghfirah


11 Ramadhan.



"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? ." (QS. At-Taubah: 104)
Fasa keampunan. Fasa yang kedua. Masya ALLAH! Cepatnya masa berlalu pergi.

Dosa bertimbun-timbun. Allah bagi peluang bertaubat. Kalau tak nak taubat lagi, tatau nak kata.

Mari ambil peluang ni. Banyakkan taubat. Mohon keampunan kepada Allah. Bukan nak menjadi hamba kepada Ramadhan. Tapi Allah sedang memuliakan tetamu Ramadhan. Maka, ambillah peluang ini sebaeknya.

Bertaubatlah. Dengan sebenar-benar taubat.

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Ramai orang boleh bertaubat, tapi berapa ramai orang yang boleh berpegang dengan taubatnya?

Hari ni buat dosa menipu. Malam buat solat taubat. Janji dengan TUhan dah taubat tamau buat. Tapi lusa, menipu lagi. susah nak pegang pada taubat. Sebab tu kalau nak taubat, kena taubat sungguh-sungguh. Lepas taubat, mesti mujahadah betul-betul.


"Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al An'aam: 54)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba


Jangan main-main dengan Tuhan. Hukum Tuhan jangan lawan.

Sejak akhir-akhir ini banyak persoalan tauhid dan aqidah ditanya. Sehingga tak terjawab. Teruk rupanya aqidah sahabat-sahabat kita hari ini. Lantas, apa tindakan kita?

Mari bertaubat. Mulakan dengan solat taubat. Moga Allah menerima taubat kita.


Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Jangan tangguh lagi. Gunakan masa seadanya. Jangan tunggu esok untuk bertaubat. KErana esok belum tentu ada untuk kita. Dan sekalipun ia ada untukkita, belum tentu ia menyebelahi kita.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).
Mari doa banyak-banyak semoga ISLAM menang walaupun DAGANG. 
p/s: memang rasa rindu nak ada dalam majlis ilmu. Kontang nampaknya gersang tanpa menghadiri taman syurga. Allahu Allah.
benar benar rindu.
pesanan ini tentunya buat diri sendiri terutamanya. Menyeru untuk bertaubat. Mengalahkan nafsu yang sentiasa mengajak kearah kejahatan.

Wahai diri, jangan pernah menyangkakan dirimu suci tanpa secebispun palutan dosa. Ketahuilah, andai engkau merasakan tidak berdosa, itulah perasaan yang paling teruk. Mohon ampunlah kepada TuhanMu. Moga DIA mengasihi kita. Insya ALLAH.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

Paradise Gal said...

bace post awk ni.. rase terisi. alhamdulillah. thanks mengingatkan tentang taubat. astaghfirullahalazim. :)

husnataqwa said...

astaghfirullahal'azim. =)

n08n said...

aku hamba berdosa..
tetibe rasa nak nyanyi lagu menanti di barzakh. jom duet!

husnataqwa said...

wah. nice idea. jom~

cousin said...

melwat2 page orang kayo. numpang duet rayo jugok. buleh la.. buleh la.. kang udoh kayo. hehe

husnataqwa said...

takde maknanya. =)

tak banyak pun. yang laen simpan unt tabungan masa depan. bagi mak ayah lagi. =)

nak duet rayo keno tunggu den kijo. tapi klo den kijo, hang pun kijo. adil~

cousin said...

eh eh jap jap. macam ada kesilapan teknikal kat sini. saya lagi 2tahun grade tau. awak tu lagi 4 tahun baru grade. jadi i say godbai to u lah.

husnataqwa said...

i dont mind lah. janji u bahagia. i senyum sentiasa. okies la, hang grade awal, hang keje dulu, hang kena bagi duet raya kat aku dulu. set~

cousin said...

no hal beb. unt u apa saja boleh. tapi bissyarat, u tak kawin lagi la waktu tuh. lau dah kawin, tak kuasa i nak bagi u duit raya kat mak budak!

husnataqwa said...

pergh. asyik cerita kawen je budak ni, mentang2 lah dia dah... hem... :P

takkan la lagi 2tahun aku kawen, takde calon, takde angin, takde ribut, tetiba kawen. pelik pulak. laen la hang tu. klo kad hang sampai tak cukup dua tahun lagi pun, aku redha.

dah2, malas nati abang ak baca plak, dia masuk campur lagi panjang. kita borak kat group je la

cousin said...

hahahaha. lawak. ameeeeeeenn. kalau sampai jodoh, aku tidak menolak. lalalala.

tetiba takut kat abang u pulak. nape?

hoho. bereh bos. unt anda apo sajo OK

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.