Semua orang tahu. Satu topik yang sering dijaja dalam tazkirah dan ceramah. Tapi ramai orang tidak menyedari keberadaan perasaan dengki dalam dirinya.
Mari kita terokai dan cek diri kita, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang mempunyai hasad dengki. J
- Merasa tidak tenang apabila melihat sahabat mendapat kejayaan. Contoh, bila sahabat berjaya dalam test Physic, kita mula rasa tidak sedap hati dan tidak puas hati dengan kejayaan sahabat.
- Berusaha untuk menyusahkan sahabat. Contoh, sengaja memberi maklumat yang salah kepada sahabat supaya sahabat susah. Seperti salah memberi jadual bas kepada sahabat, sedangkan diri sendiri sudah berada di dalam bas.
- Tidak mahu menunaikan permintaan sahabat. Contoh, sahabat sangat lapar untuk ke kelas. Sahabat mengajak untuk teman makan. Tapi anda menolak dan berusaha untuk mengajak sahabat terus ke kelas dalam keadaan lapar. Harapan anda, supaya sahabat anda kelaparan di dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
- Mempermainkan sahabat dengan niat untuk menyakitinya. Contoh, anda berjanji dengan sahabat anda untuk membantunya menyiapkan laporan bagi sesuatu tugasan. Tapi apabila laporan itu perlu dihantar, anda memberitahu sahabat anda bahawa anda tidak sempat menyiapkannya. Kemudian sahabat anda terpaksa menanggung segala akibat dari janji dan perbuatan anda yang tidak bertamadun.
- Menjauhi sahabat sewaktu sahabat susah dan mendampingi sahabat sewaktu sahabat senang. Contoh, sewaktu sahabat anda sakit, anda meninggalkannya sendirian. Sedangkan sewaktu sahabat anda mendapat dean list dalam exam, anda mendampinginya dengan hasrat tempiasnya terkena pada anda dan dapat menyiasat apa yang sahabat anda lakukan.
- Apabila anda susah, anda mendampingi sahabat. Dan apabila anda senang, anda melupakan sahabat. Contoh, apabila anda ada masalah, anda datang kepada sahabat anda dengan wajah yang merayu simpati. Kemudian memintanya membantu anda menyelesaikan masalah dan urusan anda. Tetapi apabila anda senang, anda terlupa kepada sahabat anda dan tidak mahu berkongsi kesenangan anda dengan sahabat anda.
Manusia yang sering mencemburui orang lain, adakah anda rasa hatinya bersih? Sedangkan hasad dengki itu adalah penyakit hati.Sebagai hamba yang daif, berusahalah untuk mengatasi masalah dengki. Ubatilah hati. Dekatilah majlis ilmu. Dampingilah kitab suci. Banyakkanlah berdoa agar dibersihkan hati.
Dengki bukan satu sifat yang elok untuk diwarisi di dalam hati.
Satu perkara yang wajib kita ingat, rezeki ALLAH buat hambanya telah ditentunya. Maka, tidak perlu cemburu dengan kesenangan yang diperoleh orang lain. Kerana kesenangan itu tidak datang melainkan berserta kesusahan. Maknanya, orang yang mendapat kesenangan, pasti ada juga kesusahan. Tidak kesenangan itu datang bersendirian melainkan dengan pasangannya, kesusahan.Redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan membandingkan dengan orang lain. Terima dan tenang dengan segala pemberian ALLAH kepada kita dan sahabat-sahabat kita.
Semakin kita dengki, semakin banyak ALLAH tarik kita punya rezeki.
Sedangkan jika kita bersyukur, pasti ALLAH melipatgandakan rezeki kita lagi.
Pilihlah. Anda yang boleh memilihnya.
Tidak perlu hasad dengki kepada sahabat anda. Sungguh, ia menyeksakan mempunyai sahabat yang selalu menganiayai kita kerana sifat hasad yang ada dalam hatinya.
"Ya ALLAH, jauhkanlah aku daripada sifat hasad dengki, dan jauhkanlah aku daripada orang yang menaruh hasad dengki kepadaku. Sesungguhnya hanya KAU yang mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Dan hanya KAU yang berhak menghitung dan menghukum semuanya. Aku hamba yang daif ini, menyerahkan segala urusanku kepadaMU Ya ALLAH."
Ameeeen. J
2 comments:
saya merindui murabbi Husna berkata-kata. tapi akhir2 ini saya perasan beliau asyik merendah diri dan jarang bersuara. Agaknya kenapa ya?
berapa lama masa yang mahu diambil unt adapt dengan suasana baru?
adakah masa yang mahu diambil itu akan terbazir begitu saja hanya kerana proses adaptasi sedang berlaku?
syukran kepada yang menimbulkan persoalan.
pertamanya, saya tidak layak digelar ustazah, apatah lagi mahu dipadankan dengan gelaran murabbi. =)
yang kedua, benar proses adaptasi sedang berlaku. dan saya mengakui masih belum boleh digest semuanya dengan baek.
yang ketiga, insya ALLAH tempoh masa proses adaptasi sedang berlaku digunakan sebaek mungkin unt urusan2 lain.
yang keempat, saya gembira kerana ada yang prihatin seperti anda. dan mohon bantu saya dalam proses adaptasi ini.
yang kelima, saya inferior pada senior. dan saya tak reti, jujurnya, untuk berkomunikasi dengan mereka. saya fail untuk berkomunikasi sebagai 'adik' atau junior. ya, itu bukan alasan unt tidak 'maju ke depan', tapi sekadar meminta sedikit masa unt digest hingga lumat insya ALLAH.
yang keenam, akhir2 ini saya diganggu dengan kesihatan yang kurang baek. mohon doanya.
yang ketujuh, siapa pun anda, anda cukup berjasa kepada saya.
wallahu a'lam.
Post a Comment