♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, September 30, 2011

Strong-To-Be


Bismillah Alhamdulillah.

Pertama dan selamanya, suka untuk saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberi saya ruang dan peluang untuk terus menulis.

Sementara semalam, saya menyiapkan 'LIST TO DO' untuk ditampal di dinding compartment. Dan sayang sekali, tidak ada taklifat 'UPDATE BLOG' di situ. Sehingga saya terlintas untuk berhenti menulis, buat sementara waktu. Tapi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk terus menulis, tapi mungkin tidak sekerap dan segagah dahulu. Ya, dahulu, sewaktu saya menjadi kanak-kanak di Pusat Asasi Petaling Jaya. J

Suka untuk saya menyentuh post terakhir sebelum ni, berkenaan tudung labuh. Syukran jazilan atas semua respon yang saya kira sangat menarik. Jazakumullah atas segala pendapat dan pandangan anda tentang isu yang tak pernah habis, seperti tudung labuh.

Dan saya juga tertarik dengan komen junior saya dari Pusat Asasi, Akh Lukhman.

Assalamualaikum. Izinkan ana, junior akak, nak komen sesuatu.

Hukum di dunia, kita akan dapat sesuatu yang kita beri. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sendiri sudah banyak meriwayatkan kisah (dahulu dan kini), yang berlegar di sekitar hukum itu.

Pada pandangan ana, sebelum kita nak orang jangan anti dengan kita yang tudung labuh, terlebih dahulu kita jangan anti dengan mereka yang tudung pendek (atau yang tak bertudung langsung). Tudung atau tak, itu dosa mereka dengan ALLAH SWT. Tetapi, urusan antara kita dengan mereka ialah dakwah.

Ana bercakap ni berdasarkan pengalaman yang tidak jauh beza. Isu yang sama berlaku, cuma antara yang berkopiah dengan tak berkopiah. Dan kadang-kadang, mereka yang cuma menggunakan pendekatan yang berbeza (dengan menanggalkan kopiah dalam keadaan tertentu), menjadi mangsa kepada lidah-lidah liar dalam jemaah dakwah yang terlalu 'ketat tak bertempat'. Itu pun satu masalah juga.

Ana rasa ana dah bagitau apa yang ana nak cakap. Wallahu a'lam.



Dan saya juga bersetuju dengan pandangan beliau. Satu perkara yang kita selalu tidak nampak adalah tindak balas kita terhadap orang lain, sedangkan kita selalu melihat tindak balas orang lain terhadap kita. 
Mungkin sesetengah orang berpendapat, 'Saya tidak boleh bertoleransi dengan orang yang terang-terangan melakukan maksiat.'

Saya juga antara orang yang berpendapat begitu tetapi, satu perkara yang perlu dihighlighkan, adalah, sekiranya pelaku maksiat itu melakukan maksiat dalam keadaan beliau sangat mafhum dan faham akan maksiat dan dosa yang dilakukannya.

Tidaklah membenci orangnya. Tetapi, membenci sekadar maksiatnya.

Dan saya kira, orang yang membawa personaliti Islam, tanggungjawabnya bukan saja membawa Islam dengan pakaiannya, malah lebih dari itu.

Bawalah Islam dengan AKHLAK serta PERSONALITI yang selayaknya dengan keindahan dan ke'izzahan Islam itu sendiri.
Insya ALLAH.

Buat mereka atau KITA, yang mahu menjaga dan meletakkan Islam kembali ke tempat yang tertinggi, tidak elok untuk kita menjauhi golongan-golangan yang 'bertudung pendek' atau dalam erti kata lain, 'tudung tidak cukup syarat'. Soal yang tidak bertudung, rasanya itu menjadi isu lain.

Dekatilah mereka. Fahami dan cubalah mencari method terbaik untuk mengalirkan cahaya dakwah ke dalam hati-hati mereka. Moga-moga dengan keikhlasan kita, ALLAH membuka pintu hidayah buatnya. Insya ALLAH. J

Peringatan, jangan sesekali memandang orang yang bertudung kurang sempurna itu jijik dan hina. Sesungguhnya, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Ingat, do respect others. J



Kehidupan saya di bumi Kuantan

Sibuk? Mesti. Jadual yang penuh. Kelas bermula 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Kecuali pada hari Selasa dan Khamis, kelas berakhir jam 7 malam!

Dan biasanya, pukul 7 malam, bas sudah tidak ada. Dan memang tak ada pun. Terpaksalah berjalan kaki, menyelusuri highway empat jalan, dengan kereta import dan buatan Malaysia yang laju-laju. Tidak termasuk dengan anjing berkeliaran dan Mat Bangla yang menakutkan. J (Macam hiperbola sangat perumpamaan ini)

Itulah tarbiyyah kan?

Tidak termasuk bagaimana cara untuk mengurus masa dengan bijak. Taklifat terlalu banyak. Taklifat pada dakwah. Taklifat pada akademik. Semuanya memerlukan komitmen yang 100%, bukan separuh-separuh.
Hanya tinggal doa dan usaha. Berdoa agar ALLAH memberi kekuatan dan kesabaran.

Petaling Jaya dan Kuantan jauh berbeza. Ibarat langit dan bumi. Ibarat lautan dan daratan. (berfalsafah pulak!)

Sehingga hari ini, masih mencari-cari majlis ilmu dan talaqi kitab. Hati ini perlu cepat diubat. Sebelum 'sakit'nya semakin melarat. 
Mungkin, bila dah ada kenderaan nanti, lebih mudah untuk bergerak dan lebih senang untuk menjadi ahli masjid. Insya ALLAH. Doa-doakanlah! J

Bila ditanya, "Macam mana Mahallah Tabari?"

Jawapan saya buat yang tertanya-tanya, "Selesa. Tapi kelengkapan terlalu kurang."

Itu jawapan yang saya kira sangat tepat. Seriously, selesa sangat. Cuma masalah dari segi pengangkutan dan facilities yang lain.

Oh ya, semalam, saya ke Hospital Temerloh (HosHAS). Buat 'lawatan sambil belajar'. Briefly diperkenalkan dengan skop kerja akan datang. Menarik juga.

Sewaktu menjejakkan kaki ke Hospital, setelah beberapa lama tak menjejak, saya tersenyum. Teringat kenangan lalu. Apabila sering ulang-alik ke Hospital, saya menjadi sangat boring, dan selalu berkata kepada keluarga, "Saya tak akan bekerja di hospital. Annoying!"

Dan akhirnya, hospital juga tempat yang saya akan jejak. Tersenyum panjang. Orang kata, benda yang kita benci itulah yang selalunya kita dapat. Tapi saya gembira, kerana ALLAH hadirkan rasa cinta kepada saya dalam bidang ini. Sehingga hilang rasa ingin bercinta dengan manusia. Ehhe.

Terima kasih kepada Ibu yang selalu memberi saya semangat dan ayat-ayat penguat dari Rabbul Izzati. Terima kasih Ibu. J



Semoga ALLAH memudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat yang lain dalam urusan menuntut ilmu dan pengalaman hidup di persinggahan yang sementara ini sebelum memasuki alam yang kekal abadi di akhirat sana. Insya ALLAH.

Sehingga bertemu lagi.




 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

insya allah husna strong. semoga Allah sayang pada hsna..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.