♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 07, 2011

Kuantan, I LOVE YOU!


Alhamdulillah dan bersyukur kepada ALLAH. Tangan ini masih mampu menari di keyboard yang kian usang dan gersang dengan tinta-tinta buat pembaca. Syukur jua kerana ALLAH masih memberi peluang untuk survive di bumi Kuantan, walaupun semakin hari, kekuatan semakin menipis, namun kuasa ALLAH masih membenarkan hamba daif ini masih menapak dan masih kelihatan gagah. Subhanallah. J

Minggu ini agak kurang tough. Seronok dapat meluangkan banyak masa untuk menguruskan diri sendiri. Waktu yang lapang ini perlu digunakan sebaik mungkin. Insya ALLAH. Waktu itu amanah, buat saya dan anda. J

Radiographer-to-be : Alhamdulillah, sudah dua kali diberi pendedahan dengan lapangan yang sedang diceburi ini, semakin hari perasaan cinta semakin bertambah, alhamdulillah. Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Minggu lepas, saya dan kawan-kawan membuat 'lawatan sambil belajar' ke Hospital Temerloh. Seronok tu memang seronok. Mencabar juga nampaknya lapangan yang diceburi kini. Dan Selasa lepas saya ke JHC ( Jalan Hospital Kampus). Menarik sangat. J Suka sebab daat discover banyak benda baru. Dan mostly, dah ada basic pengetahuan, abang kata, "General Knowledge make you love your course more." J Dan sekarang, memang terbukti macam tu. Alhamdulillah.

Semakin seronok mempelajari, tak bererti semuanya semudah yang disangkakan. Semakin dalam gedung ilmu ini diterokai, semakin susah yang perlu difahami. Rumitnya ilmu ALLAH yang Maha Hebat. Masya ALLAH.

Oh ya. Semakin banyak kemalangan yang berlaku berhampiran tempat tinggal saya di Indera Mahkota. Seram sejuk juga jadinya. Kemalangan bukan yang biasa-biasa. Bukan basikal jatuh parit, tapi kadang-kadang melibatkan tiga biji kenderaan. Kadang-kadang, mangsa sangat teruk. Risau juga. Semoga ALLAH selamatkan semua penduduk AL-TABARI. Ameenn.

Setakat ini, saya masih belum mendapat kenderaan. Konflik besar fasal kenderaan ni. Dah dapat kelulusan parent, tapi 'masalah' dengan abang-abang yang terchenta. Orang kata, jadi 'adik' seronok. Itu memang. Tapi dalam bab membuat keputusan, biasanya terpaksa bergantung pada mereka. Pening kepala. Ayah cadangkan nak 'belikan' Viva untuk saya 'pinjam'. Tapi 'Persatuan Engineer' dalam keluarga saya pula tak mahu. Macam-macamlah alasannya.Terpaksa bersabar dan hanya mampu menunggu tindakan 'Persatuan Engineer' itu membuat keputusan. Kata mereka, 'Jangan fikir apa-apa, dah ada keputusan nanti abang bagitahu.' Maka, bersabarlah menunggu saatnya tiba. Moga ALLAH mudahkan urusan insya ALLAH. Kadang-kadang, diri sendiri juga tak suka untuk 'merempit', tapi keadaan memaksa. Bukan tak biasa 'merempit', tapi keadaan di sini berbeza. Kalau di Pasir Mas, kiri kanan saudara mara. Tapi di sini, semua orang seperti musuh nombor satu negara. J Semoga ALLAH melindungi keselamatan muslimat-muslimat sekalian. Insya ALLAH ameennnn. J





Demikianlah tinta bingkisan dari bumi Kuantan

Mohon doa agar semua pejuang ilmu di sini dirahmati ALLAH selaaluuuuu!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

n08N said...

ingatkan dah jatuh cinta dengan orang kuantan tadi huhuuu

husnataqwa said...

rindu nya kat orang gombak ni. =)

tak sempat nak jatuh cinta dengan manusia lagi setakat saat ni.

n08N said...

rindu jugak kat korang.. korang ramai, mesti best...

wah, berbunga2 ayat tu. orang hebat memang tak sempat fikir tentang cinta.. huhuuu

selalu2 la update, teringin dengar cerita orang kuantan tau

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.