♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, October 30, 2011

Moga AKU salah seorang yang BERTUAH! *__*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama juga rasanya tidak bertemu pena. Dalam kesibukan 'mengupdate' nota-nota yang bersepah-sepah atas meja, sempat juga dicapai laptop dan berniat nak 'mengupdate' blog yang sunyi dari pengunjung, sunyi juga dari tinta pemiliknya.

Alhamdulillah. Kesihatan yang memuaskan. Kehidupan yang menenangkan. Minggu ke delapan dilalui dengan aman dan damai. Mustahil tidak ada ujian menimpa, mustahil tidak ada kesusahan mendatang, tapi semuanya jadi 'senang' dan 'tenang' bila kita letak ALLAH didepan. Alhamdulillah.

Beberapa malam yang lepas, saya 'didatangi' BUZZ dari seorang yang tidak dikenali dan tidak mahu mengenalkan diri. Khair, tidak ada masalah, selagi mana perkongsiannya itu menarik dan membuatkan saya tertarik. (tertarik pada perkongsian)

Tulisan dari Anonymous itu banyak memberi inspirasi kepada saya. Tersentap pada hati, mendayu-dayu pada jiwa. Bukan diulit dengan kata cinta, tapi dinukilkan dengan 'puisi' jihad yang membara.

Terlupa pula untuk 'save' kata-kata beliau. Tapi saya teruja dengan nukilannya. Sesiapapun anda, terima kasih saya hulurkan, sebagai tanda penghargaan atas pekongsian yang bermakna. Alhamdulillah.

Dimana letaknya matlamat kita akan datang, bermula dengan keadaan kita hari ini. Dimana posisi kita akan datang, bermula dengan bagaimana kita hari ini. Dan disisi SIAPA kita akan datang, bermula dengan BAGAIMANA kita menentukannya hari ini.
Mendambakan peneman hidup yang CINTA PADA PERJUANGAN, perlu dilihat pada diri sendiri, sejauh mana kecintaan kita pada PERJUANGAN. Kalau agenda pun 'liat' nak buat, tak perlu bercakap soal 'jihad'.


Tinta yang menarik daripada Anonymous yang paling terkesan di hati, "Allah hadiahkan Khadijah buat Muhammad, Allah hadiahkan Aisyah buat Muhammad. Allah hadiahkan Fatimah buat Ali. Allah hadiahkan Sumayyah buat Yasin. Allah hadiahkan Datin Sabariah buat Tuan Guru Nik Aziz. Bertuahnya muslimat yang dihadiahkan Allah buat mereka yang bukan calang-calangnya. Moga anda salah seorang daripadanya."
Ya, saya juga mahu jadi bidadari. Bidadari kepada seorang Rijalul Harakah. Bidadari bukan untuk dunia semata-mata, tapi juga untuk akhirat jua. Moga Allah perkenankan.

(Oh ya, tinta ni macam jiwang sangat pulak. Orang nak exam memang macam ni kot gayanya. Tambah pulak dengan hujan dan sejuk yang menggigit tulang sum-sum. Erk..)

Yang penting, budak kecik ini sungguh tidak sabar untuk pulang berhari raya di kampung halaman terchenta. Subhanallah. Hampir tiga bulan dah tak balik! Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya. Ibu Ayah Adik Abang kat rumah pun dah mula rasa rindu. Dulu depa tak sempat rindu sebab asyik balik je, sekarang baru depa tau depa akan merindui saya. Ehhe.

Doakan Allah permudahkan urusan kami. Urusan anda dan urusan semua. Ameeeeen!

Ya Allah, hadiahkanlah aku rijalul harakah. Jadikanlah aku mar'ah yang bertuah. 
Salam Mujahadah!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

nadia said...

ecececece.. secret admire ke tu?

husnataqwa said...

ecececececececececececececececeecece, HUSNUZON gok sket..

nadia said...

haha. tajam tu sheikh.. yolah2..

moga tercipta impian mung nok jadi bidadari. wallah weh, besar cita2 ni.. huhu

husnataqwa said...

Walla weh, cita2 besar, usaha kena besar.

Ape kes kecek kelate. Out ke YM lah jom!

Izzati Nur said...

peminat setia blog datang..!

wallah,mmg best kot kata2nya,
mnyentap jiwa yg sedang basah nih
(saya tak,blum ckup umur =P)

mga2 cinta pada pjuangan Allah bw kita kpd bjmpa pada pecinta pjuangan juga,allahumma ameen :)

nak jd bidadari jugak bleh..?

husnataqwa said...

Buleh... Malah jauh lebih layak. =)

Bidadari Izzati, selamat bertemu bidadara sejati. =)

huuuu...

pbl group said...

kak long.......!

Baru jumpe blog kaklong.
Nanti dalam PBL boleh usik kak long ni. ;)

comel, macam kaklong. hiiiiiii ;)

Y. Hakimi said...

kak long??

sejak bile budak kecik ni jadi kaklong?

anyway, suke bace entri husna, dapat rasa husna hidup dengan baik kat sana. bagus2. kem salam abang ye. lame tak jumpe.

NAJWA HAMALI said...

aiwah..blog dia dah berupdate..sekali update..pergh...

"Allah hadiahkan Khadijah buat Muhammad, Allah hadiahkan Aisyah buat Muhammad. Allah hadiahkan Fatimah buat Ali. Allah hadiahkan Sumayyah buat Yasin. Allah hadiahkan Datin Sabariah buat Tuan Guru Nik Aziz. Bertuahnya muslimat yang dihadiahkan Allah buat mereka yang bukan calang-calangnya. Moga anda salah seorang daripadanya."

-pendek tapi sangat menyentuh dan bermakna. andai ada kesempatan itu...

husnataqwa said...

taknaklah jadi kaklong. macam tua sangat. =)

PBL oh PBL!

Najwa Hamali : Insya Allah, akan ada kesempatan itu. Cari dan binalah ia bermula dari hari ini. Cewwwah. Macam sarkastik jah ayat ni. Tapi OK lah! =)


Dr Yusuf Hakimi : Saya jadi semua benda pun boleh. Fleksibel!
Erk.. Dia yang lagi dekat dengan abang suro kita yang sampaikan salam. Abang busy lah. Saya pun dia tak call. =(

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.