♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 14, 2011

Jodoh: Muslimat Jangan Risau.

Alhamdulillah. Kembali menaip, dengan tajuk yang berbaur kontrovesi. Bukan mencari publisiti, tapi hanya sekadar berkongsi. Insya ALLAH.

Saya, bertuah. Kenapa? Dikelilingi mereka yang 'berpengalaman' dalam soal jodoh. Bukan saja pengalaman, malah banyak ilmu pulak.

Sesekali bila berkelapangan atau mencari sedikit ruang untuk istirahat dari menatap nota-nota yang perlu pada penatapan, saya suka menjenguk sahabat. Dan topik yang selalu tidak lari dari perbualan, jodoh.

Ya, tidak dinafikan. Umur semua orang sudah mula dewasa. Semua orang sudah mula berputik rasa ingin memiliki dan dimiliki. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Itu adalah satu fitrah yang bukan luar biasa, malah terlalu biasa. Cuma, kadang-kadang cara kita mempersoalkan tentang jodoh, kurang sedap didengar.

Jodoh, urusan yang besar. Ya, semua orang tahu. Tak perlu bagitahu pun, memang dah tahu.

Satu benda yang saya belajar tentang jodoh. Bila berkait dengan jodoh, semua orang boleh berubah. Dari baik, jadi jahat. Tapi tak mustahil dan berlambak yang jahat jadi baik kerana jodoh. 

Hebat kuasa jodoh. Kagum.

Tapi satu benda yang kita mungkin lupa.

Jodoh, bukan satu subjek yang perlu kita agungkan. Persisnya, setiap detik dan saat, hanya memikirkan jodoh. Sedangkan jodoh itu rahsia Allah.




Umur kita meningkat dewasa. Dan semakin mendekati kerangka masa 'lafaz ijab dan kabul'.

Yang sudah berpunya, punya pelbagai perancangan.
Yang belum berpunya, sedang ligat mencari.

Ada juga mereka yang ibu ayahnya menelefon. Bertanya soal bakal calon suami. Kata si ibu, "Di universiti tu boleh la mula cari-cari calon suami."

Pesan ibu terlalu cantik.

Tapi, pesanan itu terlalu empuk, membuat kita terlena dibuai bayu angan-angan.

Tidak salah mencari. Asalkan jangan sampai terlupa matlamat utama kita disini.
Tak salah merancang, tapi jangan sampai segala prinsip diketepikan.

Saya bangga dengan sahabat-sahabat saya. Mereka semuanya mempunyai impian yang tinggi dalam rumahtangga. Terpegun dengan cita-cita cinta mereka.

Semakin dewasa kita, semakin perlu kita berfikir dengan matang. Matang. Terlalu subjektif maksudnya. Tapi saya yakin, apabila perkataan 'matang' disebut, anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya.

Matang, bermaksud mengenepikan jiwa 'budak-budak'. Dan melakukan sesuatu atas dasar syariat, bukan atas dasar semangat.

Ahh. Matang itu terlalu panjang untuk dibahaskan dalam soal jodoh.



Yang penting, tidak salah mencari jodoh. Baguslah. Tapi pastikan mengikut syariat yang betul. Mencari kerana apa? Untuk apa?

Suka untuk saya bertanya pada diri sendiri, kalau dah ada calon, saya sudah bersediakah?
Ada sahabat yang mengeluh. Muslimin sedikit dengan bilangan muslimat yang ramai. Ya, ada yang mengeluh bila mengetahui kebanyakannya sudah berpunya.
Tapi mungkin kita lupa melihat kapasiti diri sendiri.

Bersediakah aku untuk berkomitmen dalam urusan ke arah pembinaan bait muslim?

Jika YA, jawapan anda, giatkan mencari dengan iman. Dan sebelum itu, banyakkan menjadi mar'ah idaman.

Jika TIDAK, banyakkan berdoa kepada Allah. Agar di'jaga'NYA seorang rijal soleh buat kita. Moga kelak, bila waktunya sudah sesuai, bila kita juga sudah bersedia, rijal soleh itu datang menjemput mar'ah idamannya di taman larangan dengan izin walinya tercinta dengan penuh hormat dan cinta. 

Saya menulis, bukan hanya untuk diri sendiri tentunya. Saya menulis, kerana saya terdengar keluhan. Keluhan muslimat yang risau tidak ada rijalul dakwah yang sudi menyunting bunga di taman. Keluhan risau langkah terbantut kerana dipetik jejaka bukan igauan. Keluhan jua dek kerana masalah hati yang tidak pernah selesai.

Keluhan. Demi keluhan.

Bukan salah mereka. Saya mengakui, itu fitrah biasa.

Tidak ada penyelesaian yang mampu saya nukilkan. Penyelesaian itu biarlah tersimpan dalam gelung-gelung otak saya. Mungkin boleh dikongsikan, tapi bukan disini.

Jika ada yang kurang senang dengan post ini, ketahuilah, walaupun post ini kelihatan pesimis dan sinis, tapi percayalah. Saya juga tidak berada di 'zon selesa'. Juga takut dengan gelaran ANDARTU seperti anda takut. Maka, saya menulis sebagai peringatan kita bersama.

Jodoh. Soal yang sering dipersoalkan. Tapi jawapannya tidak akan ditemui oleh orang yang masih belum ada jodoh.

Maka, selagi anda tidak berkahwin, anda akan terus diasak dengan persoalan berkaitan jodoh.




Jika ditanya, jawablah dengan iman. Bukan sembarangan. Kerana kita, mar'ah di taman larangan, menunggu rijalul dakwah memetik dengan harga iman, bukan dengan nafsu yang tak pernah kenyang. Kerana kita, mar'ah solehah, bakal ibunda mithali buat abnaul harakah, bukan 'santapan' buat yang mengejar dunia. Kerana kita, mar'ah mukminah, bakal menggegar dunia tanpa 'panah', dan bakal menggalas amanah. Kerana kita, mar'ah yang tersimpan buat rijalul harakah yang memerlukan sayap kiri yang tidak rapuh dan mudah patah.





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

oooo... tidak........!!!!

Syahmi Syazeril said...

suko kerah ana baca post ni walaupun saya tahu ini cerita sedih.. wallahu a'lam.. tak tahu kenapa..

Syahmi Syazeril said...

'ala kulli hal, bukan mat sahaja yang perlu berfikir mengenai pkara ini.. muslimin juga sama.. ana stuju bahawa dalam berfikir dan berbicara bab ini, CARA, NIAT mesti betul... kalu dop gak, pah ceroh Allah dok wi kebaikan utk kita.. na'uzbillahi min zalik.. perkongsian yang baik..

sukma atiqah said...

sy suke topik ni kak. memang tak lari bercakap soal jodoh.. masing-masing dah mula pikir..

jodoh tu ajaib. contoh betul2 depan mata sy, dan sy memang tak sangka.. terfikir sejenak ttg diri sendiri..

sape tak risau kan..

semoga akk bertemu rijalul dakwah idaman iman.. =)

Izzati Nur said...

topik panas n xbkesudahan.kdg letih juga mndengar tp itulah lumrah bila dh kumpul rmai2 =)
lbih2 lg bila msuk U institusi pkahwinan nieh

suka bca 1 en3
'jodohmu dalam tahajudmu"

hnya yakin dgn janji Ilahi
'perempuan baik utk llki baik'

Anonymous said...

topik ini dibahaskan oleh saudari dengan baik sekali. Alhamdulillah

husnataqwa said...

@Anonymous, moga2 itu bukan sindiran. ^_^

Anonymous said...

bile dah dewase, kemane2 org tnye, bila nk kawen...tension eden...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.