Betul kata orang-orang, siapa kita banyak dicorakkan oleh dengan siapa disisi kita. Kalau disisi kita penjahat, kita cenderung menjadi penjahat, dan vice versa. Maka sebab tu kita kena berhati-hati memilih kawan.
Zaman sekarang, susah nak cari sahabat yang tulus ikhlas. Tambah-tambah kat Kuantan. Hidup makin mencabar, semua orang start fikir diri sendiri. Memang.
Kat Kuantan, kena banyaaaak berdikari. Kena pandai urus diri sendiri. Kemudian saya semakin tahu, itulah agaknya budak UIA shuke kawen cepat. Memang keadaan disini sangat menggalakkan perkahwinan. Alhamdulillah. Itulah kelebihan universiti yang ku chenta ini. =)
Mid-term paper berakhir pada Khamis yang lalu. Beban terasa diangkat. Tapi sebenarnya, berehat dua tiga hari sebelum prepare untuk final exam. Takmau dah prepare last minute. Serik dengan pengalaman lalu. Alhamdulillah Allah dah 'ajar' awal-awal. Awal lagi tak tahu erti GAGAL, dan ia sungguh PAHIT.
Sekarang mahu mengulang KEGEMILANGAN yang pernah dicipta DULU. Waktu pakai kain warna biru dan berbaju kurung putih. =)
Bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami. Ibu Ayah yang tidak pernah berat menyediakan kemudahan untuk meneruskan jihad ilmu. Syukur. Walaupun saya tidak berasal dari keluarga yang kaya raya, berada sakan, tapi Ibu Ayah benar-benar 'kaya jiwa'.
Baru-baru ini TAD saya (bukan milik saya) rosak. Almaklumlah, tinggal dah 2minggu tak layan TAD tu. Tuannya happy sangat gembira balik kampung. Lepas exam, nak start, dah merajuk. Terpaksalah m'repair'. Takpe, awal-awal Allah bagi tarbiyyah. Waktu rosak tu, Ibu kata, "Mintak tolonglah dengan kawan-kawan kakak yang lelaki tu. Takkan Ibu nak suruh Abang turun dari Johor, jauh tu." Memang waktu kereta rosak, saya terfikir nak minta Abang dari Johor saja yang turun. Sebab memang taktau nak buat apa. Kalau rosak kat Kelantan, tahu juga mana nak hentam. Ini kat bumi Kuantan, yang baru 2 bulan bermastautin. Kuantan ini dirasakan terlalu 'baru' lagi bagi saya. Kemudian terfikir, "aku ni ada ke kawan lelaki yang boleh minta tolong?" harap maklum, ini bukan statement 'saya budak baik takde kawan lelaki', tapi statement ini bermaksud, 'saya kurang pandai bina network'.
Baru dapat rasa, ada juga rupanya perkara yang memang kita (wanita), tak dapat selesaikan sendiri. Patutlah Allah bagi lelaki pelengkapnya. Maha Agung sungguh aturan Allah.
Walaupun dah belajar banyak kali nak 'jumping' bateri kereta, tapi tetap tidak ada 'KONFIDEN' nak melakukannya sendiri. Waktu ni memang dalam hati menangis panggil ABANG sajalah. =)
Mencabar. Sejak ada kereta, macam-macam kena fikir. Tak masuk lagi maintenance kereta. Minyak tu toksah cerita. Patutlah awal-awal lagi dipesan segala bagai, "kena jimat-cermat, kita bukan JUTAWAN HARTA, kita cuma ALLAH beri sedikit NIKMAT untuk DISYUKURI. Kita tak KAYA, Kakak."
Inspiring ME. =)
Minggu yang ke 11 ini, memang asyik demam dan kurang sihat. Nak kata penangan rindu pada kampung, macam teruk sangat. Mencari masa sesuai nak menjejak Doktor di klinik UIA. Tapi sayang sungguh, setiap kali pergi, KLINIK tu mesti tutup, kadang-kadang takde DOKTOR. Kadang-kadang dah tak ambil registration baru. Seminggu tunggu. Akhirnya atas desakan Ibu, terpaksa ke klinik luar. Susah juga nak cari klinik kat area Kuantan. Maka, saya sendiri, explore Kuantan. Dan dijodohkan bertemu sebuah klinik. Alhamdulillah. Tapi masalah kalau ke klinik, BAYARAN yang AGAK &*^%#$. Redha sajalah. Nasib baik saya tidak ke KMC (Kuantan Medical Centre), entah-entah bayarannya berlipat kali ganda. Begitulah negara ini yang terchenta, hanya ORANG KAYA saja yang mampu menikmati KEMUDAHAN yang TERBAIK. Kalau kita yang duit tak berapa nak BANYAK, boleh dapat yang 'biasa-biasa' je. Aduh, Malaysia Terchenta... =)
Balik dari klinik, singgah solat Asar di Masjid Afzan. Dek kerana lapar, singgah makan di kedai berdekatan, seorang diri. Bernasib baik, ada orang tolong bayarkan makanan. Agak serba salah, tapi semangat sangat orangnya. Den pun cuak sebab den sorang-sorang. Cepat-cepat 'cabut'.
Abang dari Johor pula menelefon. Memaklumkan kakak Ipar di wad. Dalam proses nak melahirkan anakanda kedua. Katanya, banyak komplikasi, mungkin tak dapat bersalin normal. Dah induce dah, tapi still ada problem. Sebak semacam je suara Abang. Saya pula yang 'banjir' disini bila dengar suaranya.
Perbualan agak pendek dan tidak seperti biasa. Yang saya pasti, Abang bertanya, "Tak nak datang sini ke?"
Ajakan itu jelas membuktikan, saya diperlukan disana. (Perasan sikit. ^__^)
Saya kata, saya cuba berada disana. Sebaik mungkin saya cuba. Saya tahu dia perlukan orang disisi. Setiap kali saya ada masalah, dia tak pernah tak ada disisi saya. ^___^
Akhirnya panggilan dimatikan. Ya, saya tahu ia sengaja. Kerana suaranya makin lama makin berubah.
Abang, doa yang mampu adinda utus, moga dipermudahkan segala urusan kakanda dan keluarga disana. ^__^
p/s: Teringat waktu menghabiskan cuti di JB, Abang sangat suka saya buatkan sarapan untuknya. Kadang-kadang dia mengada-ngada taknak makan luar, nak suruh kami (saya dan kakak) masak. Apapun, dia seorang abang yang sungguh BAIK. =)
Hidup ini diciptakan sungguh warna-warni.
Kadang-kadang Allah beri kita ujian, supaya kita MATANG. Bila MATANG, segala kesusahan kita rasa SENANG.
Hebat sungguh Allah. =)
Catatan minggu kesebelas yang agak 'melalut', sama seperti keadaan penulisnya yang kalut.
Doakan yang paliiiiing baik untuk saya dan keluarga. =)
Semoga DOA kalian, menjadi hadiah terbaik buat saya. =)
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment