First masuk dewan, terkejut. Kenapa? Sebab tengok kerusi brothers kosong. Biasanya pun memang kosong, tapi kali ni memang melampau kosong. (ni bukan kritikan untuk brothers, tapi cabaran. =))
Dr Syed Abdul Khaliq menyampaikan pengalamannya di Gaza sangat menarik.
Kadang-kadang saya terfikir,
dalam masalah Palestin, kita lebih banyak bercakap berbanding bertindak.
Soalan pertama yang nak tanya,
berapa ramai yang setiap kali doa lepas solat, memang WAJIB doakan Palestin?
Jujur, saya sendiri TIDAK.
Itu belum termasuk berapa ramai yang baca Qunut Nazilah.
Ternyata, disitu kita dapat nilai, 'care' atau tidak sebenarnya kita akan Palestin.
Perkara pertama yang saya fikir, bila tengok video yang disediakan,
kalau saya kat sana, sanggup ke saya melahirkan anak, dan anak itu dihantar untuk mati?
Atau saya memilih untuk tidak melahirkan anak. Agar anakanda saya tidak terseksa di bumi Palestin, dengan bom dan peluru di merata tempat.
Tapi saya cukup kagum dengan kecekalan muslimat di sana. Dimana perkahwinan mereka, PASTI bukan kerana NAFSU. Tapi benar-benar kerana MAHU menyambung ZURIAT yang akan MEMPERTAHANKAN serta MEMPERJUANGKAN Diinul HAQ.
Reflek semula pada diri sendiri. Am i that so GOOD and IKHLAS?
Kebanyakan orang bila bicara soal kahwin, PERASAAN akan di dahulukan. Soal dakwah, soal jihad, soal SYAHID, dinombor-duakan. Meskipun ramai yang bercita-cita membina BAITUL MUSLIM. Tapi 'jenama' Baitul Muslim itu dicipta seenak rasa. Bukan tidak meletakkan dakwah padanya, tapi tidak menjadikan 'dakwah' itu yang TERATAS diantaranya.
Sesetengah orang berkata, saya agak memilih soal jodoh. Kerana saya tidak mencari pasangan yang mahu hidup bersama-sama. Tapi mencari pasangan yang mahu mati bersama-sama. Mendalam maksudnya. Kena cerita lain kali. =) Yang pasti kerana kita menuju ke AKHIRAT. Dan KIAMAT itu terlalu DEKAT. Wallahu a'lam. Oh ya, tak bermaksud tak sabar nak kahwin. Itu perancangan SENDIRI. Calon pun tadak lagi. Tinggal lagi menunggu perancangan ALLAH. =)
Yang lagi seronok, bila lihat kanak-kanak yang mungkin belum baligh ditembak oleh senapang-senapang kejam Zionis, wajah mereka SUBHANALLAH sungguh berseri, tak tertanding orang yang pakai SIMPLYCITY. Memang NATURAL NUR... =)
Saya berfikir, agaknya bagaimana BAHAGIAnya seorang IBU menghantar MUJAHID KECILNYA menjadi SYUHADA'.. Menanam cita-cita untuk melahirkan MUJAHID. Insya ALLAH.
Yang paling saya terkesan,
pengajaran buat diri,
mereka disana berjuang dengan senjata dan kesusahan, namun tidak pernah mengeluh apatah lagi putus asa. Kita disini berjuang, penuh kemewahan. Tapi penuh keluh-kesah dan gundah-gulana. Mereka disana, berjuang tanpa mengira penat lelah. Tapi kita disini, mengorbankan waktu tidur pun sudah lebih dari LIAT. Mereka disana, berebut-rebut bergelar SYUHADA', kita disini berebut-rebut nak berada di barisan belakang. Berbezanya MEREKA dengan KITA. Sedangkan Tanah Palestina itu milik kita, ORANG ISLAM.
Alhamdulillah, kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak lebih tiga ribu. Jumlah yang agak sedikit berbanding populasi UIA yang agak BESAR. Takpe, USAHA LAGI!
Seronoklah CAMPRO! Rasa macam 'terisi'. =)
Orang kata pada saya, "dulu kat PJ, nak p majlis ilmu senang ja. Turun tangga ja semua ada depan mata. Tinggal pilih ja nak yang mana. AMF ka, lecture hall ka, seminar room ka. Semua boleh tanpa sempadan. Tapi bila kat sini, susah nak pi. Kena tunggu bas, kena jalan kaki... Hemmmmmmmm"
Jawapannya mudah walau bunyinya sangat 'biasa',
"Takpe, lagi susah nak pi, lagi dapat banyak pahala jihad. Setiap langkah menuju majlis ilmu itukan sedeqah."
JOM JOM. CAMPRO masih sedang AKTIF berlangsung. Jangan pulak kita terperuk kat BILIK.
Tak guna jadi MAHASISWA 4K. (Katil Kelas Komputer Kafe + lagi satulah KOREA).
Semua orang sedar dunia ini sedikit masa lagi bakal berakhir. Semua orang berkejar-kejar mencari akhirat yang hakiki. Tapi kalau kita masih ASYIK dengan DUNIA SENDIRI, ternyata kita memang tidak punya 'hati'.
moga kita berjaya GRADE dari DUNIA dengan KEJAAN yang totally CEMERLANG. Insya ALLAH. |
p/s: Tahniah Malaysia atas KEMENANGAN bola SEPAK menentang INDONESIA. ^___^
: Bola oh Bola ::
Team kita ada Khairul Fahmi Che Mat yang CERMAT tangkap bola,
Baddrol Bahtiar yang sentaias BERIKHTIAR jaringkan GOL,
Asra yang sentiasa MARA ke hadapan,
Gurusamy yang menjadi GURU kepada pasukan kita,
Fakri yang memang NGERI,
paling penting ada ONG KIM SWEE yang mmg ada ONG la..!!
p/s : Kemenangan Negara... Kegembiraan Kita... Moga ada manfaat buat Agama...
#Zikir Didahulukan... kemenangan Diraikan... ^_^"
No comments:
Post a Comment