Dalam perjalanan melihat keputusan, selawat banyak-banyak. Mohon Allah tenangkan hati, redhakan jiwa atas apa saja natijahnya.
Tiba di tempat yang dituju, list di'scan' satu persatu mencari nombor matrik diri sendiri.
Ahh, akhirnya jumpa juga nombor matrik yang cumel tu. Kemudian.............................. Mark : **.*
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiba-tiba,
"Eh tau tak highest mark 97!" tersentak.
"Alhamdulillah aku dapat 90!"
Dan kemudian, dalam hati mula terdetik,
"Lah, mereka dapat lagi banyak.."
Disitulah kerja SYAITAN bermula. Perasaan dengki, cemburu, hasad, mula timbul. Dan yang lagi menakutkan, perasaan TIDAK PUAS HATI DENGAN TUHAN.
"Aku rasa aku usaha banyak dah. Tapi awat tak dapat 90 lagi.."
"Laa. Tingginya markah dia.."
Tiba-tiba, UCAPAN SYUKUR yang pada awal tadi diungkapkan hilang nilainya.
Kalau tak SYUKUR, bimbang nanti KUFUR jadinya.
Beristighfarlah. Memohon ampunan pada ALLAH.
Benar susah menjadi manusia yang MAMPU BERSYUKUR senantiasa, walau musibah yang melanda. Tapi itulah MUJAHADAH yang paling manis natijahnya. Insya ALLAH.
Pernah juga saya mengeluh pada Abang. Tentang akademik saya. Ya, saya bukan budak genius yang mampu skor 4.00 atau dean list setiap semester.
Katanya, kurangkan bersaing dengan orang lain, banyakkan bersaing dengan diri sendiri. Sentiasa mencabar diri untuk lakukan yang terbaek dari yang sebelumnya. Kalau kita selalu melihat pada orang lain, kita akan selalu rasa diri kita tak cukup. Sedangkan ALLAH beri pada setiap seseorang berbeza 'habuan'nya.
Ya, sentap. Saya mula terfikir, setiap kali saya melihat orang lain, saya akan selalu rasa saya KURANG dan dia LEBIH. Dan saya mula rasa kenapa ALLAH buat saya KURANG dan dia selaluuuuu LEBIH?
Sejak itu, saya kembali positif. Walaupun tak dapat 90 marks, takpe. Next time cuba lagi yang lebih baek. Mesti sentiasa ada peningkatan. Bersaing dengan diri sendiri.
Kalau kita bersaing dengan orang, kita akan improve diri sampai kita berada di paaaaaaaaaling atas. Tapi kalau kita bersaing dengan diri sendiri, achievement kita takkan ada PENAMATnya. INFINITY tuuuuu!
Teringat kata sahabat di FB, Ustaz Jamnul Azhar Mulkan, ada lebih dari satu Ph.D. But still beliau tak pernah berhenti menuntut ilmu. Masih menuntut ilmu. KAGUM! Sangat kagum. Ya, beliau tidak bersaing dengan orang lain. Kalau beliau bersaing dengan orang lain, tentu beliau SUDAH RASA CUKUP. Tapi kerana beliau faham, tuntutan menuntut ilmu itu adalah FARDHU bagi ummat ISLAM, maka beliau move move move ke stage yang seterusnya, tanpa rasa BOSAN, dan tanpa rasa BANGGA DIRI.
terutamanya diri saya sendiri. tak kata kat orang lain.. |
Masya ALLAH. Saya begitu kagum dengan beliau. Saya pun mahu mencontohi beliau. POSITIF dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaek, bukan kerana mahu mendapat PUJIAN manusia, bukan kerana nak berada TERATAS dalam kalangan sahabat satu batch, tapi kerana FAHAM bahawa MENUNTUT ILMU itu FARDHU. Dan melaksanakannya dengan cara yang betul, adalah IBADAH.
Insya ALLAH. Lepas ni saya kena mulakan langkah lebih giat.
Erk, ada orang kata, saya 'gila study'. Post saya sangat 'akademik'. Yelah, post orang lain semua tsiqah-tsiqah. Segan den. =)
Takpe, saya takkesah. Saya dalam proses 'project' diri sendiri. Pengalaman di PJ banyak memberi INSPIRASI untuk saya TIDAK MENGULANG SEJARAH yang sama. Pengalaman di PJ banyak memberi saya PENGAJARAN. Saya mesti menyediakan PELURU yang MANTAP, sebelum saya TERJUN SEDALAM MUNGKIN ke lautan yang saya YAKIN, perlu pada JUTAAN pengorbanan. Tapi tak bererti sekarang tak 'terjun'. Tapi masih perlahan. Ya, saya perlu siapkan satu LESEN BESAR untuk saya 'bergerak' tanpa 'SEKATAN'. Insya ALLAH. Doakan deh~
Saya mencabar diri sendiri, kerana saya mahu mengelakkan masalah hati. Kerana saya yakin, perasaan cemburu pada sahabat, hanya membuahkan rasa benci, dan tidak puas hati, hanya mengundang murka Allah pada kita, hanya menggelapkan hati kita dengan dosa, ya, perasaan dengki itu sangat KOTOR dan ia MENGOTORKAN. Mohon dijauhkan daripadanya.
Gembira atas KEJAYAAN orang lain. Senang atas KESENANGAN orang lain. Tapi jangan DIAM DIRI dalam usaha MENCIPTA KEJAYAAN SENDIRI.
Tak guna bertepuk tangan untuk orang lain, tapi diri sendiri jatuh seperti nangka busuk. Tepuk tangan untuk orang lain, dalam masa yang sama, diri sendiri MENCIPTA SEJARAH yang TERSENDIRI.
Kita semua ada KELEBIHAN masing-masing. Bagaimana kita APLIKASI kelebihan itu, terserah. Tapi INGAT, ALLAH adalah RAJA pada segala NIKMAT. Jagalah DIA, agar DIA menjaga KITA. Tunaikanlah HAKNYA, agar termakbul DOA dan berbaloi segala USAHA kita. Insya ALLAH.
Wah, panjang pulak update blog bila dah habis exam ni.
Alhamdulillah hari ini Allah beri banyak nikmat. Alfu Syukr. =)
Pssss. CAMPRO 2011 akan membuka tirainya. JOM JOIN, jangan lepaskan PELUANG KEEMASAN ini!
Rebut AKHIRAT, nescaya DUNIA ikut di BELAKANG.
Oh ye, dan lagi satu, bila tengok tajuk tu, rasa dah terlupa dari niat asal nak tulis pasal apa. Takpelah, share sikit. Dalam CAMPRO nanti, ada TALK bertajuk 'I'm ROCK, I'm OK!' oleh Sham Kamikaze.
Kemudian, saya mula mencipta angan-angan, nanti saya nak buat talk tajuknya, 'Saya DAIE, Saya OK!' Jadi 'OK' kat sini, PERLU BANYAK ASPEK yang menjadi PROJECTION. Mujahadah. Mujahadah.
Jom. Kita buat tagline pulak, "SAYA DAIE, SAYA OK!" =)
Gua ikut enta~
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment