♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, November 23, 2011

Maksiat yang dicari ^__^

Semalam, dalam 'bulatan bulat',kami berkongsi. Banyak Ya banyak. Mad'u yang memang saya berhasrat menarik hatinya. Bukan menarik hati pada saya, tapi pada dakwah dan Islam umumnya.

Seronok, berkongsi dengan orang yang kadang-kadang kita tak sangka akan mendapat ilmu baru dengannya.

Pada awal perkongsian, saya mengemukakan dua resolusi untuk  menjaga iman.

Pertama, sentiasa melakukan solat sunnat taubat. Sentiasa. Kalau boleh, make sure setiap hati solat taubat. Sebaeknya before we start the day lah. Maksudnya? Sebelum Subuh. Sebab tu jangan LIAT sangat nak bangun awal pagi. Bangun seawal 5 pagi, dan terus mandi. Insya ALLAH tak ada alasan lagi untuk menunaikan solat taubat dan diteruskan dengan tahajud. Kalau tak mampu nak buat setiap hari pun, at least, dua minggu sekali. Yang penting, buat sebab memang nak cari redha ALLAH, bukan sebab taklifat semata-mata.
Profesor Muhaya berkata, yang saya dengar dari IKIM, selalu solat taubat akan membuka banyak pintu rahmat ALLAH buat kita. Kenapa? Kerana kita manusia biasa yang tak mampu lari dari dosa. Maka, menyucikan diri dari dosa, mampu membuka pintu rahmat ALLAH buat kita. Insya ALLAH.

Kedua, yang selalu Guru kami pesan, Al Fadhil Ustaz Muhadir, supaya menutup pintu maksiat. Maknanya, menjauhkan diri dari membuka peluang melakukan maksiat.

Jujurnya, kadang-kadang dalam urusan maksiat, kita sendiri yang memberi peluang perkara itu bertapak di hati sanubari kita.


taubat..taubat.. taubat..

Mana tidaknya, contoh mudah yang terlalu common. Berapa banyak movie Korea yang ada dalam laptop anda?
Beberapa orang yang saya pernah berbual, berkata, "Cek takmau dah nengok Korea ni, baziq masa cek ja."

Bagus, azam yang comel. Tapi sayang, dari segi pelaksanaanya agak kurang. Pesan saya padanya, "Hang letak segala mak bapak Korea tu dalam hardisk, jangan simpan dalam Lappy. Hardisk tu hang letak bawah katil. Hang balut tiga pat lapis. Insya ALLAH, hang malas nak tengok movie tu."

Sama juga seperti maksiat-maksiat lain.


mahkotakanku dengan TAQWA ^__^

Contoh dalam soal  menjaga hati. Kita tend to mengambil masa berjam-jam untuk 'MENGELAMUN' pada si dia. Kemudian, kita mula mengeluh, "Dah cuba dah tamau pikir dia, tapi muncul jugak!"

Soalannya, siapa yang cari sebenarnya?

Sebolehnya, dalam soal masalah hati, setiap kali terfikir kat si dia, pi baca quran ka, pi lawat bilik kawan ka, pi makan ka.. Yang penting jangan dilayan perasaan itu. Tapi first thing to do, doa banyak banyak kat ALLAH, agar Allah jauhkan hati dari rasa cinta pada Maksiat. Insya ALLAH.

Tak dinafikan, dunia siber yang semakin terkehadapan membuatkan maksiat itu terlalu mudah untuk dicapai. Gambar-gambar yang agak lucah berada di mana-mana. Iklan-iklan yang menaikkan syahwat, dimerata-rata. Tidak pelik dalam keadaan dunia hari ini.

Tapi tinggal lagi TAQWA kita yang dinilai. TAQWA ini yang memilih. Apa yang boleh, mana yang tak boleh.

Kerana orang yang BERTAQWA itu, takut melakukan sesuatu yang HALAL yang boleh jatuh hukumnya kepada HARAM.

COntoh, tengok TV. Halal kan? Tapi bila tengok benda-benda lagha, atau tengok iklan-iklan syahwat, dah jadi hukumnya HARAM.

Erk, jadi kurangkan tengok TV. Kalau nak tengok, tengok cerita Melayu saja, sekurangnya IKLAN sex tidak seperti movie Barat. Walaupun filem Melayu pun kadang-kadang tahhapehape jugak. Konklusi, tengok yang penting-penting je. ^__^

Suka pada perkongsian. Kerana di akhir perkongsian, saya diingatkan kembali dengan apa yang saya tuturkan.

Waktu itu terasa seperti, YA, Ini PERKARA SERIUS YANG AKU ORANG PERTAMA YANG MESTI MELAKSANAKANNYA.

Cabaran buat para DAIE, yang bagi saya mencabar, ialah melaksanakan apa yang dikatakannya. Ya, mencabar. Dan saya tercabar untuk melaksanakannya.

Sama juga sepertimana saya tidak suka orang yang LAMBAT apabila berjanji. Lebih-lebih lagi bila melibatkan masa. Jadi pertama-tamanya, tentu saya yang mesti menjadi ORANG YANG PALING SHARP kat atas dunia ni. Be on time. So semua orang nanti automatik tertarbiyyah dengan kita. Seronok. Dua dalam satu. Dalam masa kita tarbiyyah diri sendiri, kita juga boleh bantu mentarbiyyah orang lain.

Mari sama-sama aplikasi. ^__^

Minggu ni jarang 'tengok' buku. Checklist tu dah 3 hari tanda pangkah. Maksudnya tak spend 30 minit pun untuk belajar. Masya ALLAH, bersalah sungguh. Yang penting, jangan ulang untuk hari yang keempat.

Entah kenapa merasakan selepas mid-term, jadual kelas sudah mula tidak padat, tetapi jadual 'kerja' sudah mula padat. Dan I LIKE IT. ^__^

Doakan saya mampu istiqamah di jalan ini. Ameeeeeen!





beta rindu kat budak ni. Tapi laani dah besaq dah. Waktu beta tidoq rumah dia hari tu, asyik buat beta seronok je dengan keletah dia. Budak ni gagah sungguh. Sebab nama dia ALI. Nenek dia selalu habaq, "gagah Ali.. gagah Ali.." Laani memang gagah. Tak larat nak perang dengan dia. Tengok mata dia, memang ada harapan nak jadi ALI nombor dua ni. =)
budak ni pulak lagi baguih. Umminya tinggai kat Johor 3 hari dah. Ummi kena p kursus. Baba pulak sibuk kerja tengah laut. Laani dia baik-baik ja duk umah Mak Long dia kat JB. Dah ada henfon dah. Bila beta call, dia habaq, "CIkna tayah call Munir, Munir busy. Kenapa semua orang call Munir ni?" Orang call dia sebab risau dia rindu Ummi dia ka. Tapi buleh pulak dia habaq lagu tu. Munir..Munir.. Kalau dengaq dia cakap, memang gaya orang tua dah. Waktu beta habaq, "Mak Uda masuk hospital." Dia pub balas balik, "Apsal Munir tatau. Kenapa Mak Uda masuk hospital? Hospital kat mana nanti Munir pi tengok Mak Uda dengan Aleeya" Comel sungguh. Tahun depan dah sekolah dah. ^___^ Yang ni memang beta sayang. Dia besaq dengan beta. ^___^


p/s: Tiap hari depa kat Johor dok tepon. Suruh p sana. Insya ALLAH, bakal menjejak Johor hujung minggu nanti. Keadaan Kakak Ipar become worst. Keadaan disana pun agak 'huru-hara'. Yelah, si Abang tak mampu nak jaga anaknya tanpa ibunya. Diri sendiri tidak terurus, inikan pula nak menguruskan anak. Maka, tugas saya tentu sekali 'menyelia' keadaan mereka di sana. Ya, sehebat mana pun lelaki, mereka gagal dalam urusan yang mahir bagi kaum wanita. Baru tau macamana susahnya tugas seorang IBU. ^___^

Wallahu a'lam. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.