2012 dah dekat, exam lagi la dekat. Tak sabar nak balik rumah, cuti.
Waktu kelas UNGS tadi, seorang sahabat lama, SMS. Dah dekat setahun kot tak berhubung.
Saying that, "Una ingat dop modul hok kita main masa sekolah dulu? Yang pasal nak cari suami tu?"
Kemudian lipatan ingatan diputar ke zaman sekolah menengah. Form 2 kalau tak silap. Masih pakai kain purple, sekolah agama rakyat.
Bulatan sederhana besar itu diketuai seorang kakak senior. Garau suaranya, tapi baik hatinya. ^__^
Masa tu budak-budak lagi, tapi memang dah cakap banyak. Akak tersebut keluarkan arahan,
"Dale kertas ni awok tulih ciri-ciri yang awok nok ado pado calon tok laki awok."
Terkesima. Calon suami? Ciri-ciri? Form 2 dok mikir lagi mende tu.
orang kata, umur kita semakin dekat dengan perkahwinan, tapi ingatlah, lebih dekat dengan kematian. ^__^ |
Tapi semua orang khusyuk menulis. Biasalah, zaman budak-budak dulu, rebel sikit. Saya diam, tak tulis. Tapi sahabat kat sebelah ni, bukan main panjang list yang dia tulis. Woh, semangat syeikh! ^__^
Lepas tu, akak tu tanya sorang-sorang, apa yang ditulis.
Macam-macam respon ada.
Macam-macam jawapan. Ada yang tulis sampai 10 ciri kot. Orang kat sebelah tu ada la tulis 4 ciri.
Semua orang baca, tiba giliran saya, saya kata,
"Maaf kak, tak fikir lagi benda tu."
Innocent kot. Akak tu tak puas hati, puas diterangkan macam-macam, complete hadis Nabi lagi. Biasalah, budak Maahad asal nak hujah je mesti ada dalil. ^__^ Bertuah jadi Maahadian ni.
Then akak tu teruskan pusingan lagi dan janji akan kembali pada saya. Alamak. Serius ke kena tulis? Takkan tak tulis nanti kena denda kat thobur kot? (thobur = perhimpunan)
Orang kat sebelah saya pun cakap jawapannya,
"Nak cikgu, hafal quran, memahami jiwa perempuan dan dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak."
Pergh. Lengkap perancangan masa depan.
Sampai dah habis pusingan, depa kembali pada saya.
Terpaksalah fikir apa jawapan sesuai, dan terlintas je terus cakap,
"Yang macam mak saya suka lah."
Semua orang gelak.
"Yang nak kawen awak, bukan mak." Kata seorang kawan.
Kecik hati saya. Takpelah, memang yang nak kawennya saya.
ibu di majlis perkahwinan kakak. Sebak seorang ibu melepaskan anak perempuannya kepada lelaki ajnabi. Penuh amanah dan harapan. ^__^ |
Tapi semua orang tahu, semua ibu pasti nak yang terbaek untuk anakandannya.
Dah lebih 20 tahun ibu jaga saya, mustahil beliau tidak mengenali siapa saya. Dan mustahil beliau tidak tahu orang yang bagaimana boleh menjaga saya. Tak gitu?
Soal diin dan khuluq, mustahil ibu nak serahkan anaknya pada orang yang tak de agama kan? Dah puluh-puluh tahun beliau didik anak dia dengan agama. Tak mungkin beliau merosakkannya sewaktu perkahwinannya. Cewwahh. ^__^
Kemudian sesi diteruskan dengan huraian kakak tersebut. Katanya,
"modul ni bukan saja-saja. Bukan nak main-main. Tapi nak suruh kita sedar, semua orang ingin yang terbaek. Tapi kita tengok balik semua ciri-ciri yang kita nak tadi, semua tu ada tak pada diri kita? Kalau tak ada, berusahalah ada kan semua tu, secepatnya, sekarang. Takde tangguh-tangguh. Kalau tak, harapan tinggal harapan. Yang nak suami soleh, kena jadi anak soleh dulu. Yang nak suami hafal quran, kena cintakan quran dulu. semuanya back to our self semula actually"
Dan panjanglah penerangannya. Berputas segar di ingatan. Ops, kakak tersebut dah kawen pun, pernah jumpa sekejap kat DQ. Alhamdulillah. Terima kasih untuk modul yang bukan sekadar modul ^__^
Putaran kenangan terputus bila Dr Ibrahim Shogar, Ustaz UNGS, minta diberikan dalil tentang hari kiamat. Aduh, nasib baik tak keluar dalil kawin tadi. ^__^
Selepas jawab soalan Ustaz, kembali memutar kenangan silam.
Sahabat yang menghantar SMS itu adalah sahabat yang sewaktu bulatan sederhana besar itu, beliau yang berada di sebelah saya. Yang menyatakan empat ciri suami yang beliau mahukan.
Dan next SMS, katanya,
"Una, i got all the characteristic that i list down before. Huhu. Dia cikgu. Dia hafal Quran. Erm... tentang memahami dan untuk jadi ayah tu, insya Allah dia boleh. Doakan aku. Dan mesti datang majlis nanti ya bos!"
Erk, tentang hadir ke majlis tu, insya Allah, harap-harap tak bertembung dengan tarikh perkahwinan abang saya, raya cina nanti. Wallahu a'lam.
Tahniah atas baitulmuslim yang akan dibina. Dan tahniah juga atas hajat dan keinginan yang sudah tercapai. Moga Allah berikan yang terbaek buat anda. ^__^
Lepas sorang-sorang.. Tahun depan my bestfriend maahad pulak. Memang budak Maahad berkat belaka, awal belaka jodoh depa. ^__^
Nanti reunion, ramai baby penghibur majlis. ^__^
Wallahu a'lam.
p/s: Exam is around the corner. SEMANGAT SEMANGAT!
4 comments:
doh kalu lening orang tanye, menda kak jawab?
hi orang gombak,
mesti kak husna jawab,
"nak yang berdisiplin dan tak lembap!"
atau pun gini,
"yang waktunya tepat!"
ataupun gini,
" yang planningnya lengkap!"
ataupun gini,
"dah ada dalam hati, alhamdulillah molek doh!"
hehe.
syah, hok last tu best. :D
semua betul, kecuali hok last sekali tu, tak berapa tepat. ^__^
Post a Comment