♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, January 21, 2012

Banyak sangat ber'facebook'!

9 comments:
***
Dia membelek-belek fail putih itu. Sesekali dia menjeling tajam memandang aku. Cuak. Lama bilik itu sunyi. Sesekali dia menulis sesuatu di helaian baru. Akhirnya dia bersuara.
"4 bulan tak datang check up. Inilah padahnya."
Aku menguntum senyum yang dibuat-buat, tapi tidak berbalas. 

"Mata saya kenapa?" Soalku pula. Seolah tidak bersalah.
"Entah. Rasa-rasa? Saya pun pelik. Banyak tengok maksiat kot!"
Jawab dia yang berkot putih. Aku terkesima, dia pula senyum sinis.

"Sampai hati doktor.."
"Eh, salah ke Nurul?"
Memang rasa 'spesial' orang panggil Nurul. ^_^

Dia menyambung,
"Kalau tak tengok maksiat diri sendiri, mungkin tengok orang lain buat maksiat. Memang bukan salah kita, tapi kita tak tegur, salah juga. Tak begitu, ustazah?"

"Betul dah tu. Pastu macamana? Susahlah doktor, saya tak suka pakai spek. Nampak skema je"

"Kalau macam tu tundukkanlah pandangan. Perkasakan dakwah tu. Tengok maksiat tunduk. tengok maksiat tegur. Nurul lagi tahu kot."

Dia bangun, mencari sesuatu di dalam tray. Dia memang lebih suka melakukannya sendiri daripada menunggu nurse datang. Alamak, dia ambil 'benda' alah itu lagi.

"Kahwinlah Nurul. Baru dapat jaga pandangan. Pandang yang sorang je."

Saya mula membela diri.
"Doktor, saya takde melilau-lilau pandang brothers walaupun saya single lagi."

"Mungkin awak banyak sangat tengok facebook kot!"
Kali ni aku tersentak. 
"Skrin tu boleh bagi kesan tau. Tambah-tambah orang 'photophobia' macam Nurul."

Dalam hati, berkira-kira. Banyak ke?

"Berapa jam online sehari?"
Tanya dia sambil tangannya melihat-lihat laporan darah dan urine.
"2 jam kot. Tengok keadaan. Kadang-kadang 3 jam." 
Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Ye ke 3 jam? Atau lebih?


"Baca Quran pun ada ke sampai 3 jam Nurul?"

Whoa. Kali ni aku rasa nak menangis.

Tapi dia gelak.
"Haa. Itulah jawapannya. Facebook tu banyaaaaak maksiatnya Nurul. Bukan tak boleh online. Ada bagusnya facebook tu. Tapi biar seimbang dengan Quran."
"Erk. Alamak. Terkenalah hari ni doktor."
"Bukan sengaja nak kenakan awak. Muhasabah untuk awak dan saya juga."


"Tip kali ni apa doktor?" 
Tanya saya setelah dia selesaikan melakukan urusannya.
"Kahwinlah Nurul! Kalau kahwin, sibuk layan suami, tak sempat nak layan facebook!"


Sinis.
"Kalau kawin nanti tak sempat nak layan Quran juga macamana doktor?"

"Eh, kawinlah dengan orang beriman. Mencintai Quran. Takkan takde calon kot?"

Kali ini aku yang gelak.

"Masalah calon tu satu. Masalah bersedia dan kesediaan pun satu doktor."

Dia bersenyum saja sambil mengangguk.

Kali pertama bertemunya untuk tahun 2012. Memang sudah lama teringin berbicara dengan dia.
Banyak himmah dari kata-katanya. Mengingatkan aku pada dakwah serta pada nikmat yang Allah beri.

"Nikmat Allah ni kalau nak jaga, bukan kena makan vitamin dan makanan yang baik-baik saja. Kena jaga pancaindera ni. Allah bagi suruh guna untuk kebaikan. Kalau guna tak cukup baik, bila Allah tarik,kita nak salahkan siapa?"

Akhirnya dia berseloroh,
"Kalau takde calon, saya pun single lagi!"

***
Syukurilah nikmat yang Allah beri. 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, January 19, 2012

Lelaki, Allah sayang padamu. ^_^

No comments:


Sejak saya membaca tulisan seorang sahabat berkenaan 'Lelaki yang ditarik wanita ke syurga', saya keep on thinking. 
Kenapa lelaki yang dipertanggungjawabkan? Saya terfiikir-fikir sendiri.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Akhirnya saya yakin, memang benar dan begitulah aturannya. Maha suci Allah yang memberikan tanggungjawab kepada seorang lelaki, atas dasar kemampuannya yang 'lebih' berbanding wanita. 
Pada 1999, Prof Emeritus dalam bidang Psikologi di Universiti of Ulster, Ireland, Richard Lynn berkongsi analisis yang dilakukannya. Analisis itu menunjukkan purata IQ lelaki melebihi kira-kira tiga hingga empat mata daripada wanita. Seterusnya, beberapa kajian lanjutan yang dikendalikan beliau dan pakar lain juga turut menunjukkan kelebihan mata kepada jantina lelaki dalam tahap IQ.

"Saiz otak lelaki yang lebih besar daripada otak wanita turut dikaitkan sebagai faktor lelaki lebih pintar daripada wanita. Otak yang lebih besar dikatakan mempunyai lebih banyak isu yang boleh memproses maklumat."
Memang layak lelaki perlu lebih bertanggungjawab.


Dari sudut pandangan saya, ketegasan dan kurang mengikut perasaan yang ada pada lelaki menjadi mereka layak menjadi pemimpin. Tegas. Ya, kebanyakan lelaki tegas dalam membuat keputusan. Dan berfikir matang tanpa melibatkan emosi. Pengalaman saya bekerja bersama lelaki juga lebih menyenangkan. Mereka lebih optimis berbanding wanita. Tapi tidak semua, ada juga certain lelaki yang jenis pemalas dan suka timbunkan semua kerja pada wanita. Lelaki macam ni saya kategorikan sebagai lelaki yang kurang matang dan sangat kebudak-budakan.

Mungkin kerana dasar ego yang keterlaluan menyebabkan mereka rasa 'BOSS' sangat. ^_^

Wanita suka berfikir perkara yang remeh temeh dan lagi pula, wanita sangat terhad pemikirannya. Buktinya, jarang wanita teror baca peta. Sebab pemikiran para wanita terhad. Tak dapat melihat apa yang ada jauh dihadapan. Tapi pemikiran wanita yang terhad inilah yang membuatkan wanita teliti dan jarang melakukan kesilapan. Oh, kelihatan bias di situ. ^_^


Kenapa lelaki perlu bertanggungjawab pada keluarga?
Saya kerap kali mendengar abang-abang saya mengatakan begini,

"Apa-apa jadi pada awak, abang yang susah. Tolonglah ikut cakap abang. Bagitau dulu apa awak nak buat. Awak tu tanggungjawab abang. Kalau boleh suami awak pun biar abang pilih."


Kakak saya juga sering menerima 'ayat' yang sama. Bezanya, dia sudah berkahwin. Dan saya juga teringat sewaktu kakak nak kahwin. Abang bukan main liat nak terima suami kakak sekarang. Sampai suami kakak setiap kali jumpa abang, pucat lesi mukanya. Tapi bila dah jadi suami, ok je. Molek-molek je pergi masjid sama-sama. Cuma mungkin sedikit sukar abang ipar saya nak belajar loghat Kelate. ^_^


Saya percaya, semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab. Dan perasaan bertanggungjawab pada seorang lelaki itu adalah normal. Sekiranya ada lelaki yang tidak punya rasa bertanggungjawab, tentu ada something wrong. 


Perasaan tanggungjawab bukan saja perlu pada adik-adik perempuannya saja, malah kepada wanita-wanita lain disekitarnya.




Macamana rasa tanggungjawab itu?


Terdorong rasa ingin menegur wanita yang membuat salah, tidak mempermainkan wanita, menghormati wanita dan banyak membantu wanita. Bukan sebaliknya.


Saban hari, walaupun bilangan lelaki lebih sedikit berbanding wanita, namun peranan lelaki tidak boleh dipandang enteng. Anda tetap 'pemimpin' walaupun kuantiti anda sedikit berbanding kami.


Mana slogan 'kualiti lebih penting dari kuantiti' yang sering kaum Adam laungkan? Tenggelam kerana nikmatnya hidup tanpa rasa tanggungjawab,mungkin.


Saya sering juga tertanya-tanya. Kenapa abang yang mesti bertanggungjawab pada saya? Kenapa bukan kakak? Kalau diikutkan, hubungan saya dengan kakak jauh lebih rapat. Kami mapu berkongsi semua benda, seperti pakaian, syampu rambut yang sama, pencuci muka yang sama, dan berus gigi pun kadang-kadang kalau terdesak kami berkongsi yang satu. Rapat.


Tapi saya mula menyedari keterbatasan bersama kakak, apabila kedua-dua kakak saya sudah berkahwin. Mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengambil tahu tentang saya seperti sebelum mereka berkahwin. Terhad masa untuk melayan suami dan mendidik anak. 


Sejak itu, saya mula sedar, ibrah kenapa Tuhan menjadikan lelaki sebagai ketua dan kenapa lelaki dipertanggungjawabkan. 


Wanita, apabila sudah berkahwin, hampir seluruh hidupnya berkhidmat untuk suami tercinta. Lelaki pula, tugasnya memimpin. Menjaga keluarga. Termasuk ibunya sendiri. Dan mereka mampu melakukannya. 


Apa saja masalah yang saya hadapi, biasanya abang yang saya cari. Resolusi yang dia beri. Berbanding kakak yang lebih banyak menyenangkan emosi. Hakikatnya mereka saling melengkapi. Ya, lelaki dan wanita itu saling melengkapi.


Dr Khaidzir berkata, baik lelaki atau wanita sewajarnya melihat kelebihan dan kelemahan kedua-dua jantina ini sebagai hikmah mengapa Tuhan mencipta lelaki dan wanita sebagai pasangan yang saling melengkapi.
Perbezaan cara berfikir antara lelaki dan wanita



  •  Otak manusia merangkumi dua jenis tisu iaitu tisu kelabu dan tisu putih. Kajian menunjukkan lelaki lebih banyak berfikir menggunakan tisu kelabu manakala wanita lebih banyak berfikir menggunakan tisu putih. Bagaimanapun, cara berfikir yang berbeza ini tidak mempengaruhi pencapaian intelektual mereka.
  •  Secara amnya, lelaki mempunyai hampir 6.5 kali jumlah tisu kelabu yang berkaitan dengan kepintaran berbanding wanita manakala wanita mempunyai hampir 10 kali lebih tisu putih berbanding lelaki.
  • Dalam otak manusia, tisu kelabu bertindak sebagai pusat pemprosesan maklumat, manakala tisu putih bertindak sebagai jaringan bagi ‘pusat pemprosesan’ ini.




  • Ini mungkin dapat menghuraikan mengapa lelaki dan wanita boleh berjaya dalam tugasan yang berbeza. Sebagai contoh, lelaki lebih bagus dalam tugasan yang memerlukan pemprosesan setempat seperti matematik manakala wanita lebih bagus dalam menyepadu dan ‘mencernakan’ maklumat daripada bahagian tisu kelabu otak. Ini secara tidak langsung membantu mereka menguasai kemahiran bahasa.
  •  Lelaki dan wanita menggunakan dua pusat aktiviti otak dan laluan neurologikal membuatkan mereka menunjukkan prestasi yang agak setara dalam pelbagai kebolehan kognitif seperti ujian kepintaran.


  • di copypaste dari SINI

    Saya yakin, kehebatan para lelaki sudah terbukti. Tinggal lagi kesedaran mereka akan tanggungjawab yang mereka pikul.

    Duhai lelaki, usah merasa lena dengan bilangan wanita yang ramai. Tapi gusarlah, kerana semakin ramai bilangan wanita, semakin banyak tanggungjawab yang tersandang dibahumu. Malah percayalah, meskipun engkau merasakan 'nikmat' dengan ramainya wanita, perlu berjaga-jaga, risau nanti 'nikmat' itu cuma didunia, sedangkan 'bala' bertimpa-timpa di akhirat kelak. 
    Saya begitu optimis dengan keupayaan lelaki untuk menjaga dan bertanggungjawab. Tapi dalam masa yang sama, saya tidak menolak peranan kaum wanita dalam urusan memakmurkan bumi ini. Kaum wanita haruslah berusaha untuk melahirkan lelaki yang bertanggungjawab. Saya yakin, seorang ibu mampu mendidik dan mencorakkan anaknya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Bukan itu saja, malah seorang isteri juga boleh berperanan membantu suaminya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. 



    Lenturlah lelaki di sisi kalian. Agar mereka menjadi lelaki yang punya rasa tanggungjawab. Dan bisa melaksanakan amanah yang diamanahkan Allah untuk mereka.





    Firman Allah:
    Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;
    dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
    (Maksud: an Nisaa':32)



    Wanita sesekali tidak boleh berlepas tangan. Caranya, janganlah menjadi beban kepada lelaki. Mudahkanlah dia untuk menunaikan tanggungjawab pada keluarganya.

    Ada sesetengah wanita rasa tercabar apabila lelaki menunjukkan rasa tanggungjawab pada keluarganya. Mungkin wanita itu terlupa, meskipun suami itu miliknya, syurga sang suami itu tetap di bawah telapak kaki ibu sang suami. 


    Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". 
    (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 



    Usah menjadi beban pada lelaki. Tapi bantulah mereka. Gilaplah mereka menjadi pemimpin ummah.

    Wanita punya kepakaran dalam mendidik. Kerana itu, tugas IBU, diberi pada wanita. Jangan cuma mendidik anak-anak, SUAMI juga boleh dilentur menjadi lelaki budiman. ^_^

    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
    pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

    "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) 

    Wallahu a'lam.


    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    Wednesday, January 18, 2012

    Gathering GEN9 DQ/UIAM ^_^

    No comments:
















    Bila tiada, 
    kita akan lebih menghargai.
    Bila hilang, 
    kita mula mencari.

    Kita memang manusia yang tidak bersyukur.

    15hb Januari 2012
    Gathering GEN9 DQ/UIAM di Horizon Garden Kuantan.

    Seronok. Walaupun sekejap, tapi bermakna. Alhamdulillah.
    Siap ada persembahan nasyid dari banin.
    Lagu freedom.
    Dan ada lagu Sungai Lui.
    Saya memang minat lagu Sungai Lui. Ada kenangan. ^_^

    Lepas makan dan persembahan, kami buat penggambaran pula.
    Sampai berpinau-pinau mata main amek-amek gambar.
     Dari dalam restoran sampai la keluar restoran,
    penat posing.

    Tapi tak dapat lagi gambar tu.
    Tengah tunggu Mad Qeda proses. ^_^




    Hampir 3 tahun meninggalkan bumi DQ.
    Banyak benda sudah berubah.
    Bukan cuma keadaan yang berubah,
    malah kita juga yang berubah.

    Tapi ada satu yang akan selalu kekal,
    KENANGAN.

    Terima kasih SAHABAT
    banin wal banat. 
    ^_^

    Sedap juga makanan kat sini. 
    Berbaloi dengan bayaran.

    Sotong goreng tepung ni memang sedap. Yummy.
    udang ni pun sedap. Bukan udang je, yang kuning2 tu telur. Pun sedaaaaap!

    ikan siakap ni menu utama. Rasanya, PERGH. Sedap OK! ^_^
    kasi promote sikit. Seronok. Ada dewan kecil. Siap ada persembahan dari banin lagi. Kalau ada yang nak buat reunion dalam kuantiti +-70 orang boleh la tempah dewan kat restoran ni.
    harga satu kepala? CUba teka. =)
    ni ayam ala-ala horizon. Sedap juga.


    red tomyam. 

    Kata Cik Bahiah,
    "Lepas ni kalau nak reunion, tunggu ada kenduri kawen. Baru dapat makan free."

    Insya Allah.


    "Jazakumullahu khairan jaza' buat semua organiser yang terlibat. Terutamanya Afiqah Ibrahim, Azam Amirudin,  Shahid Mohamad dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima kasih juga buat banin wal banat dari UIA Gombak yang sanggup turun ke Kuantan. Alhamdulillah. 2 tahun lagi kita gathering lagi insya Allah! "


    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    Tuesday, January 17, 2012

    Cuti : Rehat dari UNIVERSITI ^_^

    No comments:
    Berulang. Ya, berulang. Setiap tahun, lebih kurang dua kali kita akan bercuti panjang.
    Ya, cuti yang berulang. Bagi saya, tiga minggu bukan tempoh yang pendek. Semua orang gembira.


     Sewaktu habis exam 13hb Januari hari tu, wajah semua berseri-seri untuk balik kampung. Termasuk saya. Walaupun saya masih belum menjejak bumi Kelantan sehingga saat entry ini ditulis, tapi saya tetap gembira dan senang hati. Almaklumlah, dah lebih dua bulan tak balik. Semua eksaited kot. Tapi, setiap kali cuti, saya takut. Takut perkara sama berulang. Perkara sama yang mana?

     Iaitu tak buat apa-apa. 

     Malanglah cuti yang panjang tapi tidak dipenuhi dengan aktiviti yang 'membina jiwa'. Lakukanlah sesuatu, walaupun sekadar membaca sebiji buku. Takpelah kalau buku tu tak habis pun, sekurang-kurangnya 1/2 buku itu dibaca. Opss. Tapi berhati-hati dengan bahan bacaan. Pilihlah bahan bacaan yang bagus dan 'membina'. Paling koman pun bacalah Solusi. =)

    Saya takut sangat, sekiranya buka semester dua nanti, saya termenung panjang, berfikir tentang cuti tiga minggu yang sia-sia. Sekurang-kurangnya, masuk semester dua nanti, saya ada 'ilmu baru' hasil dari cuti tiga minggu.

    Tak salah nak berehat. Orang kata, cuti itukan rehat. Tapi rehat bukan alasan untuk tidur 15 jam sehari dan marathon movie 12 jam sehari.


    Istilah 'rehat' adalah rehat dari tanggungjawab universiti. Rehat dari esaimen, rehat dari kuiz, rehat dari kuliah. Itu rehat. Tapi tak bermakna rehat dari aktiviti itu dengan tidur.

    Jadilah mukmin. waktu cuti itu bukan untuk mengikut nafsu, tapi untuk melentur nafsu. Insya Allah

    Berehatlah dengan menggantikan aktiviti universiti dengan aktiviti yang kita tak boleh buat diuniversiti.

    Contoh?

    -Tolong Ibu Ayah
    -Baca buku bukan akademik
    -Hubung silaturrahim dengan saudara-mara
    -Melawat sekolah lama

    dan macam-macam lagi.

    "Jangan lupa doa banyak-banyak. Natijah peperiksaan final itu belum kita tahu bagaimana. Berdoalah Allah beri yang terbaik. Jangan terlalu langha, bimbang kelaghaan itu menjadi sebab tertahannya rahmat Allah buat kita. Jauhi maksiat. Bimbang maksiat menjadi menyebab 'gagal'nya final exam kita. Manfaatkan dengan syariat. ^_^"



    Boleh nak tidur. Bukan tak bagi tidur. Biasanya kita stay up sampai pukul 2 pagi dan bangun semula seawal 5 pagi di universiti. Kat rumah, tidur lah awal sedikit. Kalau takde apa-apa, tidurlah. Jangan cari pasal tidur lewat dengan tengok movie.

    Tak berbaloi tidur lewat tengok movie kemudian terlepas Qiam. Lagi malang kalau TERLEWAT solat Subuh. Rugi. Rugiiii. =)

    Apapun, saya menulis untuk peringatan diri sendiri. Saya cemburu mereka yang mampu menghabiskan cuti dengan baik.

    Kalau mahu kerehatan yang abadi, ia akan ada selepas mati. Selagi hidup, banyakkanlah berbakti.
     

    Berubahlah. Cuti masih panjnag bersisa. Gunakanlah sebaiknya. Kalau anda tidur sepanjang hari, memang anda tidak akan merasa panjangnya cuti ini. Tapi sekiranya kita menggunakan cuti ini sebaiknya, kita akan rasa, "Panjang dan bermaknanya cuti ini!"



    Manfaatkan sebaiknya ya. Jangan jadi manusia rugi (Surah Al-Asr).

    Alhamdulillah, saya masih di Seremban dan insya Allah esok akan ke Petaling Jaya, menziarah Sheikhuna Ustaz Muhadir serta sahabat yang masih disana, Asyitah Idris, Afiqah Zulkifli dan adik-adik menerus legacy kami.  Insya Allah,moga Allah mudahkan urusan.

    Insya Allah hari Khamis akan berada di bumi Kelantan terchenta. =)

    Selamat memanfaatkan cuti semua. =)

    Jangan jadi manusia rugi. =)

    Bersiap-siagalah untuk mati. =)


    Doakan saya dan keluarga di mudahkan semua urusan ya. Allah sedang menguji kami. Besar ujian Allah buat kami sekeluarga. Dan saya yakin, ujian itu untuk lebih mendekatkan kami kepada Dia dan mendekatkan kami sesama kami. Insya Allah. Saya terfikir, ujian ini datang untuk keluarga. Tanpa ikatan kekeluargaan yang mantap, tentu kami tak mampu melaluinya. Semalam dapat tazkirah 'berbayar' dari abang, sejam juga. Panas telinga menekap telefon bimbit. =) Doakan kami sekeluarga ya!
    Insya Allah tidak ada sesuatu yang sia-sia pun yang datang dari Allah. Biadikal Khair!


    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    Friday, January 13, 2012

    Finished 1st semester with love +_+

    No comments:
    Tidak terungkap kalimah syukur. Melantun-lantun kalimah Allah ditutur bibir yang kesejukan.

    Tinggal lagi harapan dan doa. Moga usaha disulam tawakkal itu membuahkan hasil yang ranum. Hasilnya nanti bukan untuk diri sendiri, tapi mahu dijadikan 'baja' untuk ummah. Ameeen.

    Melihat wajah-wajah mereka yang exam di KOM, semuanya senyum dan gembira. Meskipun, cabaran sedikit hebat sewaktu  menjawab paper Medical Physic tadi. Teradunlah semua capacitor dengan resistance. Membuahkan vacuum diode yang memang high speed. Akhirnya terlukislah four-diode rectifier yang 'cacat' di kertas kosong yang bersih dan suci. Memang tercabar.

    Aku cuma punya doa. Usaha yang lalu, moga menjadi bunga dalam doa. Doa yang lepas, moga menjadi madu pada tawakkal. Insya Allah.

    Sedikit teruji apabila terpaksa bermandi hujan. Kereta? Ditarik balik buat sementara waktu. Kenapa? Wallahu a'lam. Harap-harap tak lama. ^_^



    Perancangannya, lunch di restoran nasi arab bersama coursemate. Insya Allah. Sanggup berlapar nak makan tengahari sama-sama. Dah lama mengidam dan makan nasi arab kat Tarbush. Tak dapek Tarbush pun, yang lain takpe jugaklah. ^_^

    Beberapa hari bakal offline, insya Allah petang ini akan memulakan musafir ke segenap alam. Musafir pertama ke Shah Alam- Petaling Jaya- Seremban. Insya Allah, Ahad nanti kembali ke Kuantan untuk gathering Darul Quran generasi kesembilan.

    Doakan yang terbaik untuk semua. Moga apa saja yang terjadi, kita sentiasa tsabat memilih perjuangan yang penuh tribulasi.

    Moga-moga, selepas ini, kaki ini  menjejak semester dua, dengan penuh semangat membara yang dipandu iman dan cinta. ^_^

    Selamat bercuti untuk semua sahabat UIA dan bagi yang bakal berwalimah, selamat berwalimah.


    444
    terima kasih follower
    ^_^

    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    Tuesday, January 10, 2012

    Hatiku PANAS.

    3 comments:
    Dulu, waktu budak-budak, bila marah atau kena marah, mesti cari aiskrim. Kesejukan aiskrim mampu membuat perasaan marah itu hilang. Kerana aiskrim bersifat sejuk, marah itu kan panas. Maka, pelbagai jenis aiskrim yang digemari dan dimakan. Waktu tengah tensi, takkira harga, bedal sajalah.


    Bila dah sekolah menengah, still cari aiskrim. Tapi upgrade sikit, bila makan aiskrim di tepi sungai, atau tempat yang tenang dan berangin sepoi-sepoi bahasa.


    Kerana angin itu yang menyapa badan boleh menyejukkan. Menghilangkan rasa marah. Menenangkan rasa sedih. Memberi rilek pada masalah.

    Pernah juga cuba cara yang ekstrim seperti :

    pandu motor laju-laju sampai puas hati.


    Angin yang menyapa badan bila 'race' motor boleh menjadi 'coolant' pada hati.

    Tapi sekarang, semua kepuasan yang dicari, tidak pernah memberi ketenangan yang abadi. Aiskrim yang disangkakan sejuk, boleh menyejukkan. Tapi rupanya kesejukannya cuma beberapa minit. Tempat yang damai kononnya boleh menenangkan, tapi rupanya ketenangan itu pada tempat itu cuma. Tidak di tempat lain. 

    Dan memandu dengan laju pula, cuma memberi bahaya pada diri. Tidak ada sedikit pun ketenangan sekiranya mendapat berpuluh-puluh kertas saman. Semuanya tidak memberi ketenangan.

    Lantas, aku kembali pada fitrah.
    Fitrah. Fitrah yang suci lagi menyucikan.

    Aku melihat lembaran itu. 
    Di atas meja tulisku.
    Aku capai.

    Aku mulakan dengan lafaz ta'awuz.
    Kerana ada sesuatu yang sedang 'memanaskan' aku. 
    Dan sememangnya ia bersifat panas.
    Iaitu syaitan.
    Ia dibuat dari api neraka.
    Maka memang sifatnya panas dan memanaskan.

    Moga dengan lafaz ta'awuz itu, tidak ada lagi syaitan yang teringin mendampingiku.
    Menyucuk nafsu ammarahku.
    Memberi gelisah pada hatiku.

    Lambaran itu aku buka. 
    Belek satu persatu.


    Tiba di surah Taaha.


    Lantas aku teringat,
    bagaimana lembutnya hati zauj Saiditina Fatimah.
    Dengan alunan kalam ini.


    Tiba di surah Ar-Rahman. Hatiku terpukul dengan ayat yang Tuhan ulang-ulang.

    Bertambah lembut dengan alunan Al-Quran.

    Aku membelek lagi. 
    Tiba di surah Al-Waqi'ah.


    Aku terkesima melihat cerita-cerita di syurga dan neraka yang dinukilkan Allah di dalam kalamNya. 

    Sungguh, pada syurga itu ada satu ketenangan. Ketenangan yang mungkin tidak ada di dunia yang fana.
    Sungai yang tenang mengalir, dengan bidadari Huruun Eien yang menemani, mustahil masih ada gusar dihati.

    Lantas aku teringat surah yang dikatakan jantung pada Al-Quran.

    Yasiiin.

    Mengingatkan aku pada talkin dan tahlik bila jasad sudah terkubur kaku.

    Tidak ada lagi ketenangan yang mungkin aku cari dengan aiskrim, mahupun tempat yang damai, melainkan yang tinggal cuma...


    ... hitungan amalanku yang soleh. 

    Yang boleh menjadi sumber ketenangan kelak di alam baru.

    Mengapa mencari ketenangan dengan cara yang lain,
    seandainya sumber ketenangan itu dari Allah?

    Mengapa mencari penyelesaian dengan cara yang susah,
    sedangkan Allah menyediakan jalan yang damai dengan mendekatiNya?

    Benar, kecantikan alam yang menjadi sumber ketenangan itu juga ciptaan DIA. Aiskrim itu juga satu nikmat dunia dariNYA. Tapi sebelum aku  mencari yang dunia, biarlah aku menghadap DIA. 
    Memohon agar ketenangan itu datang. Walau dalam apa jua saja caranya.

    Kerana aku mahu tenang,
    dalam dakapan cinta DIA. 

    ^_^

    Wallahu a'lam.

    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    Monday, January 09, 2012

    OVERVIEW : Pharmacy di UIA

    10 comments:

    • Pharmacy by Maisarah Hadzri



      Assalamualaikum..
      Baru berkesempatan nak menulis, xtau pun tulisan ni akan masuk blog khusna so sebelum ni buat gitu-gitu jer ingat kn nk wat dlm bntuk risalah dan dgn harapan ditokok tambah oleh khusna sendiri. (^_^) sory k husna ..

      PhArMaCY???
      Pharmacy antara kos yg terawal wujud di kuantan selepas medic. Bangunan pharmacy pun nampak baru lg (xpasti siap bila). Bak kata seorang sahabat ni, bangunannya mcm shopping complex especially time malam 


      Seperti yg semua dah tau pharmacy ialah critical course selain drpd medic dan dentistry. Xfaham jgk apa yg dimaksudkan dgn critical course sebenarnya, nk kta susah semua kos susah.. maybe kos critical dari segi peluang pekerjaan dan diperlukan. Tahun pengajian student pharmacy kat uia ialah 4 tahun.

      Ni antara subject yg akan dipelajari kat kuantan ( berdasarkan modul latest tahun 2011/2012)

      Year 1, sem 1
      - Islamic inputin pharmacy
      - Basic anatomy & histology
      - Fundamentals of physiology
      - Intro to pharmacy practice
      - Phy pharmacy 1
      Year 1, sem2
      - Organic chemistry
      - Pharmaceutical microbiology
      - Medical biochem
      - Pharmacology
      - Pharma analysis 1
      Year 2, sem 1
      - Pharmacology of peripheral NS
      - Medicinal chem
      - Anti-infectives agents
      - Phy pharmacy 2
      - Community pharmacy practice
      - Pharma analysis 2
      Year 2, sem2
      - Body system 1,2,3
      - General pathology
      - Immunology
      - Dosage design 1
      - Sterilization and aseptic tech
      Year 3, sem1
      - Research in pharmacy
      - Pharmacokinetic
      - Hospital pharmacy practice
      - PT 1
      - Body system 4,5
      - Dosage design 2
      Year 3, sem2
      - Herbal medicine
      - Body system 6

      - PT2
      - Pharmacy management
      - Pharmacy ethic & law
      - Pharmacognosy
      - Anti cancer chemo
      Year 4, sem1
      - Quality assurance
      - Pharmaceutical biotech
      - Clinical pharmacokinetics
      - Pharmacoeconomics
      - Innovation in pharm practice
      - PT3
      Year 4, sem2
      - PT4
      - Industry pharmacy

      Hush.. banyakkan subject 
      . Klu compare subject2 pharmacy di uia dengan university lain xbyk beza cumenyer di uia sahaja ad Islamic input of pharmacy, subject ni sbgai guideline pd kita how to be a good and professional muslim pharmacist insyaAllah ingatlah sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah yg akan mendekatkan diri kita pada Pencipta.

      Di uia kuantan, pharmacy adalah satu-satunya kos yg guna system sem yang xde mid sem exam. Markah diambil kira melalui quizzes , lab report and assignment. Jadinyer, quiz 2 diibaratkan mid sem. Suasana belajar? Berbeza ngan CFS dan belajar dalam kuantiti yg ramai iaitu dalam dewan kuliah, jgn risau dan insyaAllah boleh focus.

      Selepas tamat 4 tahun di uia, student pharmacy diwajibkan utk mengikuti `FRP’ xsure nama penuh die tapi die lebih kurang macam houseman ship for medical student. Wajid ikuti coz tuk mendapatkan lesen A sebagai pharmacist yg sah di Malaysia. Selepas tu, kita masih ada kontrak ngan JPA selama 6 tahun tuk kerja di sector kerajaan. Untuk peluang pekerjaan di Malaysia, Alhamdulillah banyak cabang boleh pilih contohnya hospital, penguatkuasa, penyelidikan, bisnes dan beberapa sector lain. Maklumat lanjut blh rujuk baca di sini

      http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=134&action=view&retrieveid=296&lang=EN
      http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=132&action=view&retrieveid=297&lang=EN

      akhir kalam, ahlan wasahlan pada adik-adik yang bakal menjadi family Rx iium kuantan. Sekadar pesanan jangan letakkan target di kuantan hanya nak pulun study jer. Gunakan masa di kampus tuk timba pengalaman dalam organisasi dan tambah ilmu selain akademik coz pharmacist adalah kerjaya yg melibatkan massyarakat sekeling.



      p/s: Thanks Sarah, jadi Kak Husna letak dua-dua post kat sini. Kira ok lah kan. Semoga semuanya bagi manfaat kat adik-adik yang bakal menjejak bumi Kuantan. Insya Allah. 


      Pharmacy? Hm… xtau nk start mcm mn  memandang 
      kan di cfs, semua kos belajar asas yang sama anda semua xnampak apa sebenarnya pharmacy 2.. ni sekadar pandangan beberapa pihak, ‘pharmacy is very enjoy when we enjoy it’, bila masuk 1st year kita akan didedahkan dengan pelbagai jenis ‘drug’ bukan dadah erk, tapi ubat-ubatan. Anda akan belajar teknik-teknik untuk membuat ubat contohnya cream dan sirap penadol, sangat best bila dapat buat ubat sendiri. 






      Memandang semua student pharmacy mendapat biasiswa JPA, selepas tamat belajar pharmacist akan terus diserapkan untuk bekerja dengan kerajaan. Walaupun ada khabar angin menyatakan pharmacist dah ramai sekarang coz mereka ramai hanya menumpu di klinik @ hospital. Skop untuk pharmacist sangat luas contoh, menjadi pensyarah, penyelidikan di kilang-kilang ubat, penguatkuasa bahagian ubat-ubatan dan lain-lain. 




      Di kuantan, pharmacy terkenal dengan kos yang sangat padat masanya kerna biasa kelas akan start 8.00 pagi - 5 ptg@ 6ptg, lg padat dari medic dan dentist. Sangat banyak experiment dan report kena hantar (1st year xbyk lagi). Bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan tapi sebagai persediaan awal untuk adik2. Sejujurnya ramai antara batch kami culture shock dengan suasana study di kuantan. 

      Sekadar beberapa pesanan pada adik2 bagi 
      • Semai minat pada kos pharmacy di cfs 
      • Melatih diri study smart ( jgn study last minit)
      • banyak merujuk senior

      Antara sedikit kelebihan student pharmacy, dapat biasiswa JPA rm5+++ per sem,mempunyai bangunan kuliyyah yang besar, cantik dan lengkap kemudahan. Pensyarah-pensyarah pun sangat baik termsuk pensyarah luar Negara.

      Anything adik-adik boleh contact senior pharmacy :


      Untuk brothers pulak, do contact :



    :: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


    :: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

    About Me

    My photo
    a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.