♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 10, 2012

Buat bakal doktor. ^_^

Slot forum bersama Sheikh Dr. Yusri Sayyid al-Jabr, Ust. Nazrul Nasir sebagai penterjemah dan saya sebagai moderator pada 8/4/2012



Ada beberapa soalan yang tak sempat ditanyakan kepada Syeikh pada malam tersebut memandangkan kekangan masa. Namun ketika berlakunya masalah teknikal pada microphone, saya sempat bertanyakan soalan tersebut dan Syeikh minta saya sebarkan kemudian.

***

S: Ada sebahagian daripada kita yang masuk bidang perubatan untuk mendapatkan status tinggi di kalangan masyarakat. Tak kurang juga kerana harta atau perkara duniawi lain seperti harta kekayaan, Nobel Price dsb. Apa pendapat Sheikh jika ia dilakukan dengan alasan supaya mudah untuk berdakwah dan infaq fi sabilillah nanti?

J: Sebab itu sangat perlu kepada tajdid niat (pembaharuan niat). Kebanyakan orang beralasan begitu hanya sekadar kerana mahu menjustifikasi keinginannya untuk menjadi kaya dan terkenal. Sebaik mana pun niat kamu, ia tidak menghalalkan perbuatan kamu mengambil duit daripada pesakit lebih daripada kadarnya.

Bagaimana jika pesakit seorang yang miskin dan tiada duit? Adakah kamu tak akan merawatnya?

Tiada gunanya mengejar sesuatu yang telahpun ditetapkan untuk kamu (harta) tetapi meninggalkan apa yang sepatutnya perlu dikejar dan diusahakan (kepakaran).

Sebelum hidup selesa, perlu melalui satu tempoh yang penuh dengan cabaran. Yang penting ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Insya Allah, Tuhan akan menjamin rezeki kamu kelak.

***

S: Apakah sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang doktor untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidangnya?

J: Pertama, sifat rahmah. Pandang semua makhluk Allah dengan kasih sayang. Hormati semua pesakit sesuai dengan status mereka sebagai manusia, bukannya sekadar sekeping daging.

Kedua, tawaduk dan rendah diri, sama ada kepada pesakit mahupun sesama rakan sekerja. Jangan hanya kerana kamu merasa ilmu kamu dah cukup tinggi, kamu bersikap sombong kepada mereka. Ilmu ini milik Allah dan kamu tidak layak untuk berbangga, sedangkan kita tak tahu berapa ramai yang lebih tinggi ilmunya daripada kita.

Ketiga, amanah kepada pesakit. Jika kita tak tahu, katakan tak tahu dan jangan buat-buat tahu. Refer pesakit kepada mereka yang lebih pakar.

Keempat, jangan kejarkan harta duniawi, kerana rezeki telahpun ditetapkan oleh Allah. Jika Allah nak bagi, larilah macam mana pun, tetap akan sampai rezeki tersebut. Sebaliknya jika Allah tak nak bagi, carilah macam mana pun, tetap tidak akan diberikan kepada kita.

Allah menjamin rezeki kita, tetapi tidak menjamin kepakaran kita. Maka utamakan apa yang perlu dicari terlebih dahulu dan yakin dengan Allah Taala.

***

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.