♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 10, 2012

Tanda kasih ALLAH. ^_^

 


Sering sangat terlupa,
ujian itu datang dari ALLAH.
Boleh jadi kerana dosa-dosa kita.
Kerana maksiat kita.
Kerana kelalaian kita.
Kerana kita melupakan DIA.
Atau kita terlalu cintakan dunia sehingga lupakan akhirat.

Kerana itu dihantar ujian.
Besarkan jiwa menempuhnya.

Insya ALLAH,
sehingga tiba satu saat,
bila hati penuh ikhlas dan redha,
sebarang ujian pun yang datang bertandang,
pasti senyum mekar dibibir mu,
pasti nama Tuhan diratibmu.
Pasti dengan Tuhan cuma tangismu.
Manisnya waktu itu.
Lebih manis dari saat bercanda dengan insan tercinta.
 ^_^

Ya Tuhan,
tuntunilah aku ke jalan yang benar.
Mudahkan urusanku.
Bantulah aku berjalan atas syariatMu,
menegakkan kalimah tauhidMu,
memperjuangkan agamaMu. 

Ya Tuhan,
Acap kali jiwa ini mengeluh.
Bukan benci dengan ujian,
tapi seringkali tertipu dengan syaitan.
Acap kali jiwa itu merintih.
Bukan takut dengan ujian,
tapi hati ini kurang iman.

Ya Rabbil Izzati,
terimalah aku disisiMu,
terimalah sujudku untukMu.
Lindungi aku dan mereka yang aku sayang,
dibawah lindungan rahmah dan maghfirahMu.

Sesekali aku tertawa pada diri sendiri.
Dulu bilang pada diri, "Aku harus kuat",
Tapi bila tiba saat diuji,
lemah terduduk dengan ujian.

Dikala itu,
terbuktilah,
kata-kata harus diteguhkan dengan tindakan.

Insya ALLAH,
aku akan terus kuat.
Kuat.
Dengan izin kekuatan itu dari DIA.

^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.