♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 10, 2012

Overview : Interview kos ALLHS

Terimbau segala kenangan, rupanya dah nak dekat setahun meninggal bumi Petaling Jaya.

"I cannot make the class on this day, i need to be at Petaling Jaya for your junior interview session."
Wah, gembira bila lecturer cancel class. Tapi dalam hati terdetik, "alamak, hari tu ada adik-adik suruh share pasal interview."

So, terupdatelah blog ini dengan cerita ini.
Tengok blog ni berhabuk, rasa sedih. Ramai orang tanya, "Eh, sunyi sepi kenapa?"
Jawapnya diri sendiri pun tak tahu. ^_^

Straight to the point.
Dulu, waktu nak interview, tidur mula tak lena. Mandi nasib baik basah. Makan pun lalu je kat Ali Bistro menyantap roti canai planta yang lazat. ^_^

Siang malam fikir, apa nak pilih nanti interview ni. (ALLHS).
Tepon mak, tepon kakak, tepon senior. Tepon semua oranglah yang boleh ditelefon.
Bila berbicara soal masa depan, kita mungkin terlupa, DIA adalah orang terbaek yang mengatur segalanya. Tapi berusaha tetap berusaha. Dengan jalan berusaha itulah insya ALLAH dimudahkan jalan kita untuk dapat yang terbaek.

So, berdoa dan istikharahlah kepada ALLAH moga ditunjuki jalan yang baek. ^_^

At first, saya punya first choice adalah diet. Entah kenapa. Maybe sebab dengar senior kata, diet ni subjek takde kira-kira. Banyak menghafal. So, macam berminat. Dalam hati, terdetik, nak pilih diet la 1st choice nanti. Dah bincang segala bagai dengan mak ayah. HALA TUJU HIDUP. Semua say, OK!

Sampailah on the day yang ditunggu-tunggu. Cek jadi orang nombor berapa. Oh, lambat rupanya. Maka, berlegar-legar di kafe. Sambil berborak dengan rakan yang sama group untuk interview.

Borak punya borak (sebab lama sangat tunggu turn untuk interview), tapi borak baik-baik la pasal kos, takde mengumpat. ^_^
Dia tanya, "Ko nak amek ape?"
"Diet, insya ALLAH." (confident kot jawab).
"Aku nak amek opto....." Dia ceritakan sebab dia nak amek Opto dengan panjang lebar. Saya mengangguk, lemah.
"Diet ni... bla...bla...bla... Dengan kau tak sesuai.. bla... bla..." panjanglah hujahnya segala bagai.

Saya diam je. Dalam hati mula bolak balik.
Betul ke pilihan aku ni.. Betul ke..

Kebetulan, beberapa minit lepas tu, Mak telefon.
"Dah interview? Macamana?"
"Belum lagi. Sekejap lagi. Kakak nak tanya, Ibu rasa, kalau kakak pilih Optometry ok tak?"
"Ok. Ibu pun suka. Kenapa kakak tak nak radiography?"
"Sebab tak familiar sangat dengan radiography tu. Entah apa tah. Macam scary je. Kalau kakak amik optometry, nanti dah habih belajar, kakak buka kedai spek. Pastu kakak sambung belajar. Dah ada Master ke Phd ke nanti kakak jadi lecturer. Dah jadi lecturer nanti boleh jadi penceramah. Ibu setuju?"
"Alhamdulillah, kalau tu jalan yang kakak nak, Ibu suka hati dengar."

Selepas beberapa minit menamatkan perbualan dengan mak, tibalah giliran saya untuk diinterview. Masuk saja ke bilik interview, dengan empat orang ahli group. Razani, Hisyamudin, Mustafa Syawwal, Aina dan saya. Kebetulan, semuanya x-darul quran.

Tiga panel ada di depan. Yang paling saya ingat, Brother Zainul. Merangkap lecturer kesayangan kami sekarang. ^_^

Dan lepas ni pun beliau juga yang akan jadi interviewer adik-adik. ^_^
Jangan takut, beliau memang suka provok, just make sure u have the answer, strong answer. ^_^

First sekali, beliau suruh saya introduce myself. Just cool. GUnalah apa saja cara yang kreatif untuk perkenalkan diri. Jangan skema dan kuno. ^_^ Macamana? Check it out.

Lepas perkenalkan diri, mereka suruh kami state our 1st choice, 2nd choice and 3rd choice.

"My first choice is Optometry. My second choice is.. diet. And my third choice is radigraphy."

"Why you choose optometry?"

Please jangan jawab parents saya suro, saya minat dengan kanta... Tu jawapan lapuk yang akan diketawakan mereka.

Saya lupa apa jawapan saya. But at the end of my turn, saya ingat brother Zainul kata pada saya,
"So, i will wait you prove me that. Make sure."

(padahal malu nak bagitau apa jawpaan saya pada beliau. ;p)

Dan demikianlah yang berlaku kepada tiga orang kawan saya yang lain. Ada yang pilih nak Fisiology sebagai 1st choice. Tapi tak offered lagi sem kami waktu tu. So, selain dari tu, semuanya dapat first choice depa.
Hisyam dapat diet, Syawwal pun dapat diet. Razani pun diet. Aina pun opto. Their first choice.

Dan memang kebiasaannya akan dapat first choice. Tapi saya, got my third choice. Radiography.

Frustrated? 1st day dapat offer letter tu termenangislah jugak. Sebab tanya kawan-kawan semua dapat yang diminta. Menangis sekejap je. Lepas tu OK. Still remember my brother cakap, waktu dok nangis tu,
"Masa depan ni bukan dok kat tangan kita. U do your best dear. Kita dah bincang. Kita dah solat hajat sama-sama. Kita dah istikharah. So, ni yang terbaek Allah nak bagi hasil solat hajat awak, solat istikharah awak. Kenapa tak gembira?"
Then he took me to kedai eskrem yang femes tu. Susah nak ikhlas, tapi mesti cuba,insya ALLAH boleh. ^_^

Lepas tu, i told my parents about the offer letter. Mereka tak terkejut langsung saya dapat 3rd choice. Malah, kata ayahanda,
"Bukan kat DQ dulu kakak memang nak radiography ke?"
Yes, indeed. I do remember. ^_^

Kadang-kadang, kita nak ni banyak sangat, sampai kita sendiri lupa. ^_^

Ada juga kawan yang tak dapat 1st choice, tapi sekurangnya dapat 2nd choice. Saya kiranya kes terpencillah dapat 3rd choice. Seronok apa jadi ghuraba'. ^_^

So, tip untuk adik-adik yang bakal diinterview, istikharah dan bincanglah dengan parents. Itu persediaan yang paling utama dan make sure kena buat.
Then, bila dah ada pilihan, find the concrete reason kenapa mereka kena bagi pilihan kita.
Walaupun, insya ALLAh dapat apa yang kita nak, tapi still kena persiapkan diri. make sure jangan nampak bodoh dengan interviewer. Susah tu, so kena well-prepared. Kalau yang tak biasa cakap depan, dan jenis yang mudah gugup, please well-practice. But, just cool. Ok je. ^_^

Make sure kaji sikit tentang kerjaya yang kita nak pilih.
COntoh, ada my friend tu, dia story pada saya.
"Bila interviewer tu tanya, kenapa nak pilih optometry, ada orang tu jawab, sebab saya suka operate mata orang. HAHA. Kelakar. Optometry mostly conduct lens, bukan operate mata."

Nampak tak? kadang-kadang kita salah faham dengan kos tu, menyebabkan interviewer tu tergelak dan malukan kita. Bila kita malu, mood kita untuk terus diinterview pun rosak.

Tapi takpe, insya ALLAH adik-adik doing well belaka. ^_^

Yang penting, never stop praying ok. Praying ALLAH bagi yang terbaek. Even after dah interview pun, still doa lagi. Waktu tu lah nak doa sehabis baek. Moga-moga offer letter nanti, bila dah publish kat MyIIUM, kita redha. Kita gembira. Kita suka. Mak Ayah kita pun senyum juga. Insya ALLAH, bila dapat offer letter pun keep on praying juga. Moga-moga dalam jalan yang ALLAH bagi untuk kita, kita terus sukses. Konklusinya, jangan pernah berhenti berdoa. ^_^
Insya ALLAH berjaya dunia, cemerlang akhirat.

Rasanya, setakat tu sajalah perkongsian dengan adik-adik. ^_^

wallahu a'lam. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Unknown said...

terima kasih atas info.... ana akan jalani sesi interbiew ni sem ni. takut juga nak buat pilihan... tapi tak tahu la kenapa, hati ni mmg nak sgt amik radiography. sebab pon tak tahu. cuma takut sebenarnya kalau dapat course lain. doakan ana ye

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.