♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, May 03, 2012

500 - ujian buat yang menulis

Hari ini meluangkan masa melepak di library IIUMK. Memandangkan kelas batal dan saya tidak perlu ke JHC untuk sesi praktikal, sebab dah qada' praktikal hari Isnin lepas. ;)


Alhamdulillah. Tercapai juga impian nak lepak di library,setelah sekian lama memendam hasrat dihati. Kalau sem lepas, saban minggu terjejak juga kaki disini. Sekarang, bila tengok jadual exam dah dekaaaaat, baru hati tergaru-garu, apa aku nak buat.

Apa salah dengan sem dua sehingga tidak terjejak kaki ke library, saya sendiri tidak tahu sebab. ;)

Mungkin jadualnya yang sedikit padat berbanding semester lepas. 20 contact hour untuk pelajar IIUMK bukan sesuatu yang sedikit. ;)
Kalau kat PJ, 23 contact hour pun steady jah. ;)

Sambil mengoptimumkan fungsi Sheikh Google untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan assignment, terbuka sekejap blog ini. ;)

Dan alhamdulillah, dah ada 500 follower.

Blog ni bukan best sangat pun. Kadang-kadang sekadar diari penulis yang tercatat. Kadang-kadang luahan rasa je yang ada.

Tapi kadang-kadang ada seruan ke arah kebaikan. Kerana itu, tangan yang menulis dah mula cuak.

Kelak, nescaya bakal dipersoalkan satu persatu akan apa yang tertulis. Laksanakan atau tidak? Buat atau tidak?

Bukankah dosa yang besar bagi mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan?
Masya ALLAH. ^_^
 
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
 

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Kadang-kadang bila kembali membaca tulisan sendiri, tersentak dan terasa bagai dihunus dengan keris Hang Tuah. Mana tidaknya, ada yang istiqamah dilaksanakan, ada yang terhuyung hayang melaksanakannya.

Tapi yang bestnya, bila baca tulisan-tulisan lama tu, kembali rasa semangat dan fresh untuk jadi lebih baik. 
Yelah, sebab kita tulis. Orang semua tahu kita tulis, maknanya, kita kena buat.

Ia satu cabaran. Dan saya, orang yang memang suka pada cabaran.


Sejarahnya,
dulu pernah saya mencabar diri sendiri untuk bersaing dengan seorang sahabat.
Bersaing untuk menjadi hebat dalam berpencak.
Tapi akhirnya,
sahabat itu telah jauh berpencak, 
lebih hebat.
Tak terkejar saya. ;)
Apapun, saya masih menyimpan rasa tercabar untuk menjadi lebih baik.
Walaupun tak sama macam dia,
saya tetap berubah.
Melangkah.
Menjadi lebih baek. 
^_^
Yeah!

Tiba-tiba rasa bersemangat menulis entri ini di library yang sejuk. ;)

Ohh ya, saya terlupa nak ucapkan terima kasih pada follower yang ke500.
;)

Semoga semua yang tertulis disini yang baik itu dijadikan teladan,
yang kurang baik itu dijadikan sempadan.
 
Yang penting,
berebahlah ke arah yang lebih baek.
^_^

Tinta Pemudi Juang,
Husnataqwa. 
^_^

   

 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.