♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 04, 2012

Fikir dulu sebelum buat. Haih.

Sepanjang hari yang dihabiskan di library sungguh indah. Rasa macam, "Wah saya sedang belajar!' ;)

Malamnya, saya mengikuti satu program. Kebetulan ditugaskan menyediakan makanan untuk penceramah.

Terpaksa dalam rela menunggu penceramah makan sampai siap untuk kemas meja dan peralatan.
Dalam hati waktu ni, "Aduh, lab report belum siap ni. Cepat-cepat la makan ustad.."

Selepas laju-laju kemas barang dan bergegas balik ke mahallah Tabari terchenta. Tanpa buang masa, saya terus ambil fail yang tertulis "Radiation Physic".

Cari pen dan buka nota eksperimen. Saya menulis dan menulis. Dengan hasrat nak menyiapkan report sebelum pukul 2 pagi.



Dah hampir tiga helai saya menulis. Lenguh tangan.

Seorang classmate datang ke compartment.

Dengan kagumnya beliau berkata,

"Kak, bukan lab report ni kena computer typing ke?"

Waktu ni, rasa nak baling pen di tangan. Dan saya belek nota di depan fail.

Tertulis dengan pen merah disitu,
"SILA TAIP LAB REPORT CIK HUSNA!"

Saya berhenti menulis. Istighfar beberapa kali. Dalam hati kata, "Takpelah, malam Jumaat ni. Sila senyum 'Abdullah Hanzalah!"

Dan sekarang sudah pukul 1.30 pagi. Saya sedang menulis blog dengan harapan siaplah lab report tersebut!

Pengajaran : Sila jangan buat tindakan melulu. Make sure anda tahu apa yang anda buat.

Hanya orang bodoh yang tidak berfikir sebelum bertindak.

Oh Allah, forgive me. ;(

Dan mudahkanlah urusanku untuk siapkan lab report ini. ;)

Sayang physic. ;)

semua orang balik. Saya pun nak balik. Tapi ada jihad ilmu di sini. Saya mesti kuat. ;)
Tinta Pelajar Itqan : husnabaek
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

tinta pelajar itqan. huhu

madam narina kata, husna tu suka belajar. sebab tu pointer dia stabil.

tapi kak husna siang malam tak pernah ada kt bilik. ke library kah selama ini??

patutla scorer.....

husnataqwa said...

pagi tadi hari pertama jejak library. haha

usrati said...

lawakla husna. sejak bila clumpsy ni. bukan slalunya BERDISIPLIN sangat ke?

penat sangat lah tu kot.. take ur rest dear!

husnataqwa said...

penat teman raja makan tadi kat masjid. hehe ;)

Anonymous said...

p buat report la. sok nak tiru. haha

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.