♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 05, 2012

Saya tumpang gembira. ;)

Semalam Ibu menelefon. Saya di Bandar Pekan sedang menyantap makan malam.  Fuh, jauh juga rupanya Pekan ni. Baru tahu 'pengorbanan' Abang setiap kali datang outstation kat Pekan, dan saya 'mendesak'nya turun ke Kuantan. Jauh juga. Tapi takpelah dia ada driver. Tambah pula semalam jalan agak sesak. Hujan pula lebat. ;)


Kata Ibu, "Dah 3 kad kawin sampai rumah ni. Kawan-kawan kakak yang pos ke rumah."

Ibu sebut satu persatu nama yang ada di kad itu. Ada juga nama yang saya dah 'ingat-ingat lupa'. Haha.
Ibu sebut pula tarikh-tarikhnya.
Allah, semuanya tak dapat dipenuhi jemputan. Kena pula tarikh kawen depa ni dengan tarikh exam saya. ;)


Rasanya dah banyak miss jemputan kawen sahabat-sahabat. Sejak tahun lepas lagi, dah ramai sahabat yang menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Tapi satu majlis pun saya tak pernah attend. Jahat jugak bunyinya. ;)

Bukan sengaja tamau attend, tapi kekangan lain yang banyak. Kadang-kadang waktu saya tak cuti. Kadang-kadang bertembung dengan majlis keluarga. Sewaktu kakak ( Jun 2011) dan Abang (Februari 2012) kawen, banyak majlis yang redundant. ;)

Saya minta maaf pada sahabat-sahabat yang menjemput saya. Ala kulli hal, saya gembira menerima semua jemputan tersebut, dan berhasrat memenuhi jemputan sekiranya tiada halangan. Minta maaf sebab tak dapat hadir. ;)

Walaubagaimanapun, saya tumpang gembira atas hari bahagia yang bakal berlangsung. Ada yang bercinta sejak sekolah menengah, ingat lagi saya menjadi peneman mereka borak tepi tingkap (jangan tiru aksi ini), sekarang dah nak naik pelamin. ;) Alhamdulillah. Kawin jugak~

Ada sahabat yang kawin dengan TUDM. Seronok je asyik berhijrah. ;)

Semoga perkahwinan bukan penamat kehidupan. Tapi dengan perkahwinan, satu kehidupan baru sedang bermula. Maka kuatkan hati, cari iman yang lebih sempurna, dan hadapi hidup dengan sejahtera. ;)

Hari perkahwinan saya tak dapat datang, tapi insya ALLAH kirim hadiah. Dah pesan siap-siap pada Ibu tolong belikan dan poskan mereka hadiah. ;)

Tahniah juga buat semua yang bakal berkahwin cuti sekolah nanti. ;)

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

fatin hamimi said...

nak adiah gak la una. hehe

husnataqwa said...

kawin la dulu. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.