♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, May 06, 2012

Seloka UAI : Oh, hebat!


ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...
mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...



*hebak mung orang ppuang ... :)

Bila baca seloka UAI, saya terus teringat pada SEORANG PEREMPUAN yang begitu hebat disisi saya. 
Ibu saya. ;)
Bila baca ini, 
teringat bagaimana PERIT PAYAH beliau menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama merupakan seroang Ibu bagi 7 orang anak yang nakal-nakal ini. 
Ibu saya kawin muda, umur 16 tahun. 
Waktu tu tengah belajar lagi.
Bila kakak saya cerita, 
waktu dia kecik-kecik, 
bila Ibu kena pergi maktab perguruan,
Ibu tinggalkan abang dan kakak di rumah dengan Ayah.
Ibu selalu nangis each and every time nak tinggalkan anak-anak.
Tapi Ibu takpernah undur ke belakang. 
Walaupun nangis, 
Ibu tetap move move move on ke depan.
Ibu belajar sampai berjaya, walaupun waktu tu dah ada 3 orang anak. ;)
HEBAT. 
^_^
Waktu Arwah Nenek masih ada,
Nenek selalu cerita pada saya,
susahnya Ibu waktu kami kecik-kecik.
Kami bukan keluarga berada. 
Dulu-dulu,
rumah kami kecik.
Muat untuk 4 orang tidur. Tanpa bilik. Itulah bilik, itulah ruang tamu, itulah dapur.
Dan sampai sekarang ruang kecil itu masih wujud, tapi dah renovate lah.
Istana di Kubang Batang sekarang,
rumah tinggalan arwah Datuk; Sheikh Ahmad.
Rumah tu, 
nenek sayang sangat.
Nenek kata,
dulu-dulu,
rumah ni Datuk selalu buat majlis ilmu. 
Baca kitab.
Datuk orang kuat agama. 
Memang asalnya keturunan Sheikh. ;)
Sebab tu nenek tak bagi bila Ibu Ayah minta izin untuk buat rumah baru.
Nenek kata,
ia nostalgia yang penuh barakah. ;)
Tak sangka nenek ni sentimental juga macam saya. 
eheee.
Akhirnya rumah itu terus kami imarahkan. 
Sekadar renovate apa yang perlu. 
Cukuplah.
Walau tak cantik macam rumah orang lain,
takpe. ^_^
Asalkan bahagia bila setiap kali menapak di dalam istana itu.
Alhamdulillah.
Dan betul kata Nenek,
rumah itu ada sentimental value yang cukup tinggi.
Dan selepas pemergian nenek,
sentimental value itu bertambah-tambah.
Menjadikan saya semakin sebak setiap kali nak tinggalkan rumah itu. ;)


Oh, macam dah lari tajuk.
;)

macam nak dapatkan buku ni. ;)
Macam best.
NAK!!

Seloka UAI very nice. 
Sometimes, people keep on talking about marriage
and forgot about responsibilities.
Yeah, again,
RESPONSIBILITIES.
Saja eja kasi PLURAL, suro nampak banyak. Ehhe.

Bila fikir how tough my mum be a MUM,
saya rasa,
saya perlukan banyak persediaan,
to be that TOUGH or more. ;)
Ya, banyak persediaan.
Tambah pula,
bukan nak jadi surirumah saja,
tapi nak jadi
SURI UMMAH.
;)

Perlukan pengorbanan kan?
And the journey just started.
Insya ALLAH.
;)

Hebat rupanya menjadi wanita. 
Wanita,
dia boleh buat apa yang orang lelaki tak boleh buat.
Orang lelaki jangan perasan kuat sangat,
sekuat anda pun,
ALLAH tetap memilih wanita yang MELAHIRKAN zuriat. ;)

Whoa!

Ok, 
maaf,
entri yang ditulis selepas study analog memang penuh fog and artifact! ;p

Tinta Pelajar Itqan,
Husnataqwa. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.