14 JUN akan datang, target setiap tahun adalah berbeza. ;) doakan saya ya. Kalau dipanjangkan umur. entah entah 14 JUN 2013, dah jadi arwah. Moga moga dimatikan dalam husnul khatimah! |
14 Jun satu masa dulu adalah satu tarikh yang ditunggu-tunggu. Waktu ni lah nak dapat kek.
Teringat zaman kanak-kanak. Pada tarikh ini, saya akan setia menunggu Ayah pulang dari pejabat di beranda rumah. Saya menunggu dan menunggu. Bila Ayah pulang, saya akan menjenguk ke dalam kereta, melihat samada Ayah belikan saya kek atau tidak. Itulah rutin saya saban tahun. Pernah Ayah terlupa belikan kek, terus saya merajuk. Diam, tidak bercakap, muka masam, dan tak keluar dari bilik. Dan lagi teruk, tutup pintu bilik atau pintu tandas dengan kuat, tanda protes. Kemudian,selepas Maghrib, Ayah keluar dapatkan saya kek. Kek comel dua tingkat berwarna biru. Masih segar diingatan saya. Waktu itu Ayah juga belikan KFC. Satu set saja, hanya untuk saya. Waktu tu kami sekeluarga tidak 'banyak duit'.
Tersenyum saya dengan kenangan zaman lampau. Itu zaman kanak-kanak.
Zaman persekolahan pula, bila tiba 14 Jun, lukisan moral penuh di papan hijau. Macam-macam ucapan selamat di tulis. Kemudian dapat pula sekeping kad yang ditanda tangan oleh semua ahli kelas. Waktu tu bukan kad sangat pun, cuma satu kertas A4 yang dilipat dua. HAHA. Tapi bertahun juga saya simpan kad tu waktu muda-muda dulu. Ingat lagi tampal di dinding bilik, bila Ibu nak buang, saya kata JANGAN. Maklumlah kertas tu dah usang dan tak nampak rupa dah. Tapi ia tetap nostalgik bagi saya. Yelah, waktu muda-muda, ada tanda tangan jejaka yang kita minat kat kertas tu, mestilah nak simpan kan? Ehhe. ;)
Bila meningkat dewasa, caranya pula berbeza. Bila tiba 14 Jun, hadiah memenuhi ruang laci meja. Dengan kad yang cantik. Hadiah paling comel dari kawan sekolah menengah adalah sebiji replika kapal layar yang besar. Wah, ini budak lelaki kelas saya yang bagi. Besar sangat. Ada orang bagi coklat, letak di laci dengan kad. Tapi tak tahu sapa. Waktu ni mulalah nak perasan kita ada secret admire. Ahha. Padahalnya kot-kot kawan sebelah je yang letak. ;)
Di Darul Quran pula, sambutan 14 Jun juga berbeza. Biasanya dibuat di dalam usrah. Pukul 12 malam, ramai-ramai datang ke bilik, menanyikan lagu SELAMAT dan makan kek coklat atau kek dari KKB. Walaupun kek tak berapa nak sedap, tapi sebab manisnya ukhuwwah waktu tu, memang sodap jo jadinyo. ;)
UIA, kenangan manis, kenangan pahit, semua adaaaa.... ^_^ |
Di Petaling Jaya, paling sweet bila bangun dari tidur, buka pintu untuk ke toilet, ada kad dan poster,
HARI INI ULANGTAHUN NURUL HUSNA KAMARUDIN. SAY HAPPY BIRTHDAY TO HER!
sambutan waktu di PJ. So sweet moment. ;) |
Dan kad dari Fatihah Jaffri, Emilia Mustafa dan of course tak lupa roomates. ;) Waktu kat PJ, ramai orang sambut birthday dengan buat prank dan sebagainya. Ada yang baling dengan tepung, telur dan air. Saya pantang benar dengan sambutan yang begini. Cara siapa? Mengenakan orang sehingga menyusahkan mereka. Pernah saya sedang khusuk belajar di bilik study, tiba-tiba kebuk putih memenuhi ruang study. Sampai terbersin bersin, rupanya ada orang baling tepung satu bilik tu. Punyalah nak hangin. Bagi saya sendiri, kalau nak buat prank hari jadi macam tu, jangan buat pada saya. Boleh jadi bertukar hari menangis satu dunia kena ceramah. HAHA. ;)
Kalau di rumah, ulangtahun bila sudah dewasa jarang benar disambut. Kadang-kadang, orang yang beli kek adalah orang yang diraikan. Beli kek pun untuk Ibu Ayah. Sebab sudi besarkan dan didik kami adik beradik. Tapi sebab Ibu Ayah tak suka makan kek, kami ubah dengan makan sate, murtabak raja, atau apa-apa yang digemari Ibu Ayah. Jarang benar ada kek, melainkan hari jadi anak saudara. Tapi sejak akhir-akhir ni, kami adik beradik jadi penggemar kek Fresh Cream Home Made. Seriously sedap kek tu. Sampai kami adik beradik pernah beli kek tu tiap-tiap hari. Dah semua suka. Mula-mula abang belanja. Lepas abang yang lain pula belanja. Tapi tak muak pun makan kek tu. Seriously sedap. Fresh Cream Blueberry Cake, home made pulak tu. Ooooh, tiba tiba rasa nak makan sekarang. ;)
inilah fresh cream blueberry cake tu. sangat sedap lah! |
Sekarang, bila sudah terlalu dewasa. 20-an bukan satu umur yang boleh dapatkan kek dan mainan sebagai hadiah ulangtahun. Sekarang, ulang tahun adalah satu muhasabah. Muhasabah buat diri sendiri. Prestasi yang dicapai sepanjang tahun. Ada peningkatan atau sebaliknya. Saya sangat particular, untuk setiap tahun, saya set up satu bench mark untuk dicapai. Kebanyakannya tercapai, alhamdulillah. ;) Tapi ada juga yang kurang cemerlang pencapaian. Sekurangnya, kita ada tujuan dan wawasan sepanjang tahun.
Pssss... Sekarang ni azam saya nak belajar sungguh-sungguh sampai boleh buat Master, jadi pejuang yang komited, istiqamah, dan kawin dengan yang soleh, yang boleh beri kebahagiaan yang baek didunia dan akhirat. Ameeeen. ;) Tolonglah aminkan juga. Ehhe. ;)
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan saya. Saya gembira membaca semua wall post anda semua. Semua doa kalian, saya harapkan diterima Tuhan. Saya sukaaaa sangat bila kalian doakan saya. Kalau boleh, hari hari nak hari jadi. Nanti semua orang doakan kita. Ehhe. ;)
kawan kawan yang mendoakan saya. ;) |
Doa yang baik, ucapan yang baik, nasihat yang baik, semuanya indah di ulangtahun kali ini. Terima kasih. Beruntunglah saya dikelilingi kawan-kawan yang soleh dan solehah. ;)
Tak kiralah di FB wall, FB inbox, SMS, call, email, semuanya comel dan menarik. Semuanya saya suka. Alhamdulillah. ;)
peringatan yang paling baik |
Tapi disebalik kegembiraan menyambut dan membalas semua ucapan dan doa di FB, saya terkejut dan menitiskan air mata dengan berita pemergian Ustaz Yahya Othman. Beliau adalah murabbi tarbiah gerakan Islam yang cukup mantap bagi saya. Pernah sekali kami menziarahi rumah beliau, sungguh sudah saya jatuh hati dengan beliau. Hemah dan hikmah beliau benar-benar bukti keimanan.
Innalillah buat Allahyarham Ustaz Yahya Othman. Beliau juga merupakan Mantan Exco PAS Kerajaan Negeri Kelantan pada satu masa dahulu.
-ALFATIHAH-
Perasaan yang saya rasa sewaktu mendapat berita ini sungguh syahdu dan sebak, seperti saya menerima berita pemergian Arwah Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah. Saban bulan sewaktu muda-muda, saya selalu benar mengunjungi Pondok Lubuk Tapah. Disitu saya banyak berubah dan mula jatuh cinta pada Masjid. Waktu itu, orang lain ke Pasar Malam, saya lebih bermiinat untuk menadah kitab bersama nenek daripada Tuan Guru Haji Abdullah. Berita kematiannya saya dapat dari seorang kawan swaktu sedang mengulang Al-Quran. Kawan menelefon saya, dan mengajak saya pulang. Tetapi ajakan itu terpaksa saya tolak, memandang dua hari lagi saya bakal menduduki peperiksaan akhir semester di Darul Quran.
Perasaan yang saya rasa hari ini sama. Sebak sekali. Sangat. Saya pasti, kalau Nenek masih ada hari ini, tentu dia akan berkongsi rasa dengan saya. Pemergian Ust Yahya Othman pasti meninggalkan banyak amal jariah. Boleh kata, hampir semua pejuang gerakan Islam hari ini adalah hasil didik dan air tangan ust Yahya Othman.
Rupanya, 14 Jun juga merupakan tarikh ramai orang hebat dijemput menghadap Ilahi.
Bukan mahu berbangga dengan tarikh lahir saya, tapi ia adalah satu peringatan yang baik. Saat saya seronok membalas komen di FB dan SMS di phone dengan ulangtahun kelahiran, saya diingatkan dengan kematian. Satu peringatan yang sungguh bijak. Allahu Allah. Berkatilah aku. LIndungilah aku dan berikan aku husnul khatimah seperti mereka yang beriman kepadamu. ;)
Ameeeen. ;)
Oh ya, sejak posting ni, saya selalu collapse awal. Pukul 10 dah lelap. Tapi masalahnya, pukul 4 pagi dah tak boleh pejam dah mata ni. Nak pergi toilet pula cuak. Sebelum ni kalau bangun awal, tak pernah cuak, tapi setelah berlaku kes dua lelaki pecah masuk ke asrama, saya sedikit berhati-hati. Tambah pula, kedudukan bilik saya sangat tidak strategik. ;)
Tapi pukul 5 pagi saya gagahkan juga. Bawa senjata siap, untuk mempertahankan diri. Segala doa saya baca sebagai perlindungan dari syaitan dan juga dari syaitan yang bertopengkan manusia. Susah hati betul saya. Harap-harap cepat balik kampung, nanti tak takut nak bangun awal. Sebab setiap kali saya bangun awal, Ibu pasti sudah ada di sejadah. Atau kadang-kadang bangun saja dari tidur, saya sudah dapat menangkap bait bait sayu alunan Al Quran dari Ibu. Sungguh banyak hikmah yang aku dapat dari seorang Ibu. beliau yang mendidik aku dari kecil sehingga aku menjadi besar gedabak macam hari ni. Dan beliaulah orang yang mengajar saya istiqamah dengan Qiam sejak form 3, Ramadhan yang sangat bermakna buat saya. Ramadhan yang membuka pintu hati saya kearah jalan kebaekan. Alhamdulillah. ;)
Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah. Terima kasih Abang Yu. Terima kasih Kak Elly. Terima kasih Abang Ki. Terima kasih Abang Fiq. Terima kasih kakak. Terima kasih Adik.
Terima kasih sebab bersama saya menjadi dewasa. Bersama mendidik peribadi saya, membina modal insan seorang HUSNA. Kalian banyak membantu, banyak memberi tunjuk ajar dan yang paling penting, banyak memberi kasih sayang walaupun diri ini banyak melakukan kesalahan.
Terima kasih kepada guru-guru, dari sekolah rendah masuk sekolah menengah, ke darul Quran, ke UIA PJ dan sekarang UIA Kuantan. Terima kasih banyak. Kalian banyak mencorak rasa cinta pada ilmu dalam diri seorang HUSNA.
Terima kasih kawan-kawan. Kalian banyak bersabar dengan seorang HUSNA, kalian banyak menasihati, kalian banyak menerima dan memberi. Kalian mewarna-warnikan hidup saya dengan lukisan yang indah dan memberi pengajaran yang bermakna. Terima kasih teman. ;)
terima kasih juga buat adik adik yang banyak mentarbiah diri saya swaktu saya mentarbiah mereka. RIndu semua. ;) |
Terima kasih PERJUANGAN. Kerana dengan adanya PERJUANGAN, aku yang bernama HUSNA menjadi gagah dan tabah. Menjadi cinta pada ISLAM melebihi diriku sendiri. Mencintai Allah melebihi segalanya.
Dan juga,
terima kasih kepada semua orang, semua medium yang pernah mencorakkan hidup seorang HUSNA samada secara langsung ataupun tidak langsung. ;)
Kalian semua bermakna dalam hidup HUSNA. ;)
Insya Allah, yang penting selalu selalulah kita saling mendoakan antara satu sama lain, semoga Allah menjaga kita dan kita menjaga Allah sentiasa. Insya Allah. ;)
Tak sangka panjang pula post kali ni. Ingat nak tulis pendek je.
Tapi bila HUSNA menulis, memang bertompok-tompok idea turun dari langit. Tak nak berhenti menulis rasanya. Ehhe. ;)
Ok,jangan lupa doakan saya. Semoga Allah beri saya kebaekan dunia dan kebaekan akhirat.
^_______^
Tinta Birthday Girl,
HusnaTaqwa.
No comments:
Post a Comment