♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, June 13, 2012

Apresiasi tanda iman ^_^

Saya pernah terdengar, 

"Orang yang tak berterima kasih pada manusia adalah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada Allah"

Saya dapat quote ni masa form 4. Masa tu saya jadi setiausaha Persatuan Bahasa Arab, maka saya siapkan risalah untuk diedarkan.

Sewaktu membaca quote itu, saya terfikir, di mana relevannya?

Kemudian, saya delete ayat tersebut dari risalah dan menggantikannya dengan ayat lain. 

Sampai satu masa, saya terfikir, BETUL jugak apa ayat tu cakap.


akhlak yang mulia,
ibarat sekuntum bunga,
walau dimana saja,
pasti semua orang suka.
Sometimes, kita rasa lupa nak berterima kasih kat orang yang tolong kita. Seolah-olah kita tak berterima kasih pun Allah hantar dia untuk tolong atau mudahkan urusan kita. 

Contoh, Afrika dalam perjalanan menuju ke rumah temannya dengan motosikal melalui highway yang gelap macam highway Kemaman Cherating tu. ;)

Tiba-tiba tayar motosikalnya pancit. Dia terpaksa turun dan berjalan dengan motosikal. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta yang tolong pamkan tayar motornya sebagai back up sebelum sampai ke destinasi. 

Sampai saja di rumah teman Afrika, pemuda berhati mulia yang membantu Afrika mahu meneruskan perjalanannya, Afrika tanpa sepatah kata membiarkan pemuda itu pergi.


Sebagai pemuda yang berhati mulia, tidak ada apa-apa yang hendak diterasakannya. Tapi dari segi adabnya, Afrika tidak sepatutnya berbuat demikian.

Sepatutnya, bagi duit minyak sikit. Bukan nak berbangga dengan duit tu, tapi sebagai tanda apresiasi. Paling koman kalau kita pun takde duit, say TQ with sweet face and lovely voice. At the same time jangan lupa say TQ to Allah sebab dah hantar bantuan untuk kita. 

Bantuan Allah ni boleh datang melalui banyak cara. That's why kita kena biasakan beradab, boleh jadi kalau orang yang membantu kata, "Ceyh, terima kasih pun tadakk!" (saya pernah dengar ayat ni berulang kali dan pernah juga menuturkannya. hihi)

Nanti Allah kata, kita ni sombong. Tak reti nak bersyukur. Bersyukur, kita cakap terima kasih. Kalau manusia tolong kita, kita say TQ to manusia n TQ to Allah juga, of course!

Kita ni kadang-kadang kita tak rasa apa-apa pun bila orang tolong kita atau mudahkan urusan kita.

Apa apa pun, kalau Allah mudahkan urusan kita, pelbagai cara ALLAH hantar. 
Persoalannya kita, nak jadi manusia beradab atau biadap?

Pilihlah. ;)

Rasulillah sangat mengajar ummatnya untuk beradab dan berakhlak mulia. Malah, Rasulillah sendiri menunjukkan contoh akhlak yang cukup mulia. Dalam segala hal, Rasulillah menjaga hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah of course sangat terjaga.

Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu. -Riwayat Ahmad.

Kita kadang-kadang syok sendiri jaga hubungan dengan Allah, tapi sayang, hubungan dengan manusia, kita abaikan. Seolah-olah ia takde apa-apa pun.

Eh, lupa ke, kalau kat akhirat nanti, orang yang kita ada hutang/kita sakitkan hati dia/ kita jahat dengan dia nanti kena tuntut satu persatu di akhirat. 

Kalau awak pukul kawan awak, sikit je, tampar bahu dia, tapi kawan awak tu rasa sakit, dalam hati dia sakit hati. Yang tu pun dituntut tau akhirat nanti. Apatah lagi kalau kita buat macam-macam.

Jangan jadi manusia biadab, hiduplah mulia dengan adab. ;)

Kawan kita tolong belikan nasi untuk kita, kita say THANKS. Kalau dia selalu belikan nasi untuk kita, sesekali kita belanjalah dia. Supaya dia pun senang hati nak tolong kita. Ini tak, kita minta tolong, THANKS pun tak cakap, apatah lagi nak belanja. Doa pun entah ada atau tidak untuk dia.

Ini zalim. Ini kejam.

Saya pernah terjumpa seorang kawan yang berkereta. Selalu di 'minta tolong' oleh sahabatnya untuk ambil/hantar di terminal. You know what, delivery hantar ke terminal mahunya makan RM7-RM8. Tapi kawan yang bercerita pada saya, semua kawan yang dia hantar, sorang pun tak hulur duit minyak. Bro, kereta tu jalan pakai minyak. Kalau pakai air pun still kena bayar tau kat Jabatan Air, ni pulak pakai minyak Bukan murah bro minyak kat Malaysia ni. Yang turun hari tu pun seposen je. Tu pun Ron97... Perghhh.

Bukan kawan tu minta RM7 pun, RM4 pun dah memadai. Bukan nak ambil upah sangat, tapi cukuplah duit minyak. Kasihan kawan saya. Katanya, setiap kali diminta tolong, nak tolak kasihankan kawan.

Tapi kawan lain tak pulak kasihankan dia. 

Kadang-kadang dalam berkawan kita kena fikir juga. Baik-baik juga, minta tolong, minta tolong juga. Kebajikan kena jaga. Walaupun mungkin kawan kita tu orang kaya, yang kaya tu mak bapak dia, dia pelajar lagi macam kita-kita. Yang kaya tu duit dia, yang kita nak mengikis tu kenapa? Ahha. ;)

Menumpang kereta orang pergi kelas pun kongsi duit minyak, ni pulak minta tolong hantar ke terminal.

Kurangnya sensitiviti kita. Kurangnya apresiasi kita.

Kurangnya adab dan akhlak kita dalam bermuamalat.

Allahu Allah.

Peringatan ini juga buat diri sendiri.



kadang-kadang timbul juga rasa janggal dengan orang yang kurang adab. Sesama manusia pun tak jaga, dengan Allah macamana pula?

Orang yang rapat dengan Allah, akan jaga hubungan dengan manusia, of course. ;)

Ia adalah manifestasi. ;)

Ooooh. 3 days posting : Penat tapi best jugak. Meet a lot of people.

And keep on thinking, 

Apa peluang dakwah yang aku boleh buat kat sini eh?


Tak tenang rasa tak buat kerja untuk Islam. DOk buat kerja untuk isi markah dalam buku log je, rasa kosong hidup ni. Macam Najwa Latiff kata, Kosong... Kosong... Kosong.... ;p

Sehingga bertemu lagi, with blessing of Allah. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

Cik Husna, kita perlu menerima, semua orang tidak sama seperti kita. Cik husna alhamdulillah diberi didikan sempurna, masuk pula Darul Quran, Cik Husna sungguh bertuah.

Orang-orang sebegini adalah ruang untuk kita dakwah. Tegurlah mereka tanpa jemu. Binalah peribadi mereka.

Nak bina peribadi orang juga susah. Mengubah tabiat orang dan persepsi orang ni bukan senang Cik Husna yang comel.

Sama juga seperti Cik Husna tension setiap kali orang lambat,sedangkan Cik Husna sangat on time. Cik Husna marah orang lembab, sedangkan Cik Husna cepat. Cik Husna masam bila orang tak berdisiplin, sedangkan Cik Husna sungguh teliti. Nak mengubah mereka Cik Husna tak boleh marah dan mudah mengeluh. Ia perlukan masa. Bersabarlah dan tegurlah dengan penuh kasih, insya Allah Cik Husna, suatu hari nanti mereka akan mengikut sifat mahmudah yang Cik Husna tunjukkan.

Saya kagum dengan Cik Husna, bukan kaki movie. Tapi Cik Husna tidak sabar melayan mereka yang kaki movie. Bila orang gila movie, Cik Husna tinggalkan mereka, kemudian update blog, ceritakan betapa tak sukanya Cik Husna pada sikap mereka.

Sepatutnya Cik Husna beri alternatif buat mereka. Cik Husna mungkin sudah biasa hidup tanpa movie, tapi tidak mereka.

Perlu saya ingatkan, perlulah Cik husna jangan menghukum orang sama seperti Cik husna. Kita tidak diciptakan sama.

benar, tidak ada toleransi dalam urusan agama. Urusan masa.

Tapi Cik Husna perlu sedikit sabar dalam mendidik dan membina peribadi mereka.

Saya juga tahu ramai orang berjaya di bawah 'tarbiah' Cik Husna. Dan akan semakin ramai orang yang berjaya, sekiranya Cik Husna sedikit bersabar dan tidak mudah marah dalam urusan dakwah.

Cik Husna,
awak sangat OSEM. Saya cemburu dengan Cik husna yang OSEM. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.