♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 28, 2012

Diari Ramadhan : Konvensyen Mahasiswa Nasional

26 Julai 2012. Khamis.

Sewaktu ke Gual Periok baru-baru ni, kami dapat kad jemputan. Siap tulis nama bagai. Kad mmadoh untuk ke Konvensyen Mahasiswa Nasional di Hotel Raudhah Kota Baru.

Maka, hari Khamis yang bertuah, kami bergerak ramai-ramai ke Hotel Raudhah. Walaupun hotel tu kat Kota Baru, tetap tak tahu kat mana. Nasib baik ada Tuan GPS yang setia. =)

Sampai saja kat Hotel Raudhah, terus buat registration dan dapat beg kertas comel. Dalam beg tu ada kain batik, buku catatan, kertas kerja dan sekotak kurma. Nice kan. Cayalah kerajaan negeri Kelantan. =)
Sampai agak lambat berbanding ada orang tu sampai pukul 8 pagi lagi. Kebetulan sampai je program dah start. Jadi kami dengar pengisian dulu.

Pengisian yang best dari Dr Fazli, exco kerajaan Negeri Kelantan. Bekas Pensyarah Kanan UIA, if i not mistaken.

Kemudian, detik yang dinanti-nantikan, bersama Rafizi Ramli. Berbicara soal PTPTN dan pendidikan percuma. Saya tak sempat meluangkan masa menonton debat Khairy vs Rafizi memandang malam debat itu ditayangkan, saya ada paper final keesokannya. Jadi, bila dapat pengisian dari Encik Rafizi di Konvensyen Mahasiswa, rasa confident dan terisi bila lepas ni nak cakap soal pendidikan percuma.

Tahniah Encik Rafizi, pengisiannya sungguh tough dan bermakna. =)
Alhamdulillah.

Lepas isu pendidikan percuma, ada sesi soal jawab.
Then ucapan penutup dan bersurai.

Sepatutnya petang ada XPDC Dakwah, tapi most of us tak dapat join sebab masing-masing ada urusan. Maklumlah, sejak akhir-akhir ni kerap sangat keluar, kena jaga juga reputasi di rumah.
Kalau nak dikira, berapa kali balik lewat malam.
Maka kami berikrar, mencuba untuk balik awal, nak ambil hati orang rumah.
Kalau tak, susah pulak nak keluar nanti. =)

Lepas ucapan penutup, semua gian nak bergambar. Hobi betul bergambar ni. ;p

Geng Konvoi Muslimat

Nice moment together. 

Betul kata mereka, ukhuwwah bekalan istiqamah. Dengan ukhuwwah, yang malas jadi rasa segan. Yang liat jadi rasa malu. 

Semoga Allah merahmati Geng Konvoi yang kattang ni. Kalau boleh, nak tambah ahli Geng Konvoi. Nak lagi ramai. Nak semua yang ada, join sekali.

Kita boleh ajak, tapi tak boleh paksa. kata kawan. Mungkin ya. Tapi tanggungjawab kita untuk teruuuus ajak tu takkan lepas sampai bila-bila. Jadi nak ajak semuuuuuua sahabat yang ada kat Kelantan, jom join. Seronok tau bila konvoi ramai-ramai. =)

Alfu mabruk to all geng Konvoi juga termasuk pihak muslimin.

Next mission, bersama PAPISMA di Rantau Panjang, 4 Ogos 2012. Jom join. ^__^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

koho comey husna loni.. apakah rahsianya..hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.