♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, July 25, 2012

Jaulah Kelate : Disini segalanya bermula


Bismillahi Alhamdulillah. Summa Alhamdulillah.

Orang tua-tua kata, hubungan dengan sahabat akan bertambah rapat bila kita kenal keluarga mereka. Bila kita kenal ibu ayah mereka. Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif menziarahi rumah sahabat-sahabat yang available. Atau lebih tepat, sahabat yang jemput menziarahi rumah mereka. Yang tak jemput, takkan nak pergi pulak. 

Aktiviti ini dinamakan Jaulah Kelate.  Siapa yang bagi nama, pun tak tahu. Yang penting, saya bukan orang penting mahupun pengasas kepada program ini. Jauh sekali jadi komiti. Hanya ikut jadual yang sudah disusun oleh organizer terhormat, Ukhti Athirah Ariffin. =)

Program bermula awal pagi dan berakhir selepas Maghrib selama 3 hari berturut-turut.
Tugasan yang perlu dicompletekan adalah : tangkap gambar setiap rumah yang dijejaki.
(banyak sangat tangkap gambar sampai rasa nak muntah dengan flash ;p)


Perjalanan Jaulah Kelate dimulakan pada hari Selasa bersamaan 17 Julai 2012. Rumah pertama yang dijejaki adalah di Kubang Kerian, berdekatan dengan HUSM. Berbaloi tak sarapan, dapat makan Laksa Sarawak dengan Mee Goreng yang sungguh lazat hingga menjilat jari.  (ikut sunnah)


Anggota rombongan tak ramai lagi waktu ni, maklumlah rumah first. Ada 8 orang semuanya. 4 muslimin da 4 muslimat.


Kemudian perjalanan diteruskan ke Lundang. Rumah Alifah, tauke bas Kelate. Tumpang solat Zohor sebelum berangkat ke rumah Cik Izzati Johari di Panji. Waktu ni kelakar, sebab Ibu Izzati Johari sungguh sporting, macam anak dia jugaklah. Lagi kelakar bila ada sorang anggota rombongan terkejut bila tahu lokasi rumah Izzati, rupanya mereka jiran. Jiran tu dalam jarak 40 buah rumah kan? Kira jiran lah. Dari rumah Izzati, boleh tunjuk rumah dia. ;p


Selepas menyantap pisang sira di rumah Izzati, kami berangkat ke Makam Tok Kenali. Dah lupa di idea siapa. Tapi very nice, sebagai peringatan akan kematian. Waktu tengah gembira Jaulah, diberi satu peringatan yang bijak, memang kattang la sep jaulah ni. =)
Selama hidup ni, walaupun ore Kelate tulen, tetap tak pernah sampai makam Tok Kenali. Rupanya Tok Kenali ni wali. Bukan sembarangan orang. Al-Fatihah buat Almarhum Tok Kenali.


Kemudian, stop solat Asar di Masjid Kubang Kerian. Dan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Chepa.

Menziarahi bait Dr Ariffin. Abu Athirah Ariffin.
Sudahlah sesat sampai ke airport nak cari rumah dia, tapi terkejut kot tengok nasi kerabu hasil air tangan Athirah terhidang di meja makan. Pergh. Memang hebat dan kattang la. Kagum sungguh. =)



Selepas azan Maghrib, para muslimin menghadiri majlis ilmu di Masjid Kubang Kerian. Para muslimat? Wallahu a'lam. Saya terus balik rumah. Kang kena marah drive malam. Kat Kelantan kurang peluang nak drive malam. Padahal mata bukan kronik sangat pun. Cuma kurang boleh agak jarak dan silau je. ;p

Hari kedua bermula dengan menziarahi rumah sekitar Pasir Mas dan Salor. Yang ni paling tragis dan nice.
Bermula sarapan di Bunut Susu, rumah Ainu Mardhiyah Razali. Seronok boleh pilih nak makan nasi apa. Pergh, nasi ayam pedas sangat sedap OK. Rugilah yang tak pilih ayam pedas. ;p
Lagi best dapat tazkiatun nafs dari Papa Ainu. Sangat nice. Terisilah jugak jaulah ni.


Selepas rumah Ainu, memang tak tahu nak hang out kemana. Dicadangkan oleh muslimin untuk ke Pantai Seri Tujuh. ON sajalah! Bila lagi nak jelajah pantai dengan budak-budak kattang ni. ;p

Ingat nak buat usrah di tepi pantai, tapi banyak 'berukhwah' pulak sambil minum air kelapa di bawah pokok yang berwarna hijau. Alhamdulillah cuaca pun tak panas sangat. Angin pun tak kuat sangat. Sedan-sedan saja. ;)

"Lepas minum, kita tangkap gambar!"
Rutin.. Rutin. ;p



On the way nak keluar dari Pantai Tujuh, tiba-tiba pemandu yang 'lead', stop tepi tasik. Ingatkan kenapa, rupanya nak main Pedal Boat. Semua semangat nak main. Gembira je semua orang. Macam budak-budak. =)




tiga buah kereta jaulah depan Maahad Tumpat.

Perjalanan diteruskan ke Maahad Tumpat dipandu pemandu bertauliah Saudara Darwish Abd Aziz.
Dan rumah seterusnya adalah berdekatan Pondok Berangan, Tumpat, rumah Cik Maisarah Hadzri. =)
Singgah solat Zohor dan kenal-kenal famili Sarah. Cantik rumah Sarah, macam kat dalam air terjun, tenaaaang sangat. ;)

kereta rombongan jaulah. Kancil saya, dan honda city kat depan kancil tu dipandu Darwish.

Waktu ni tuan rumah seterusnya tak henti-henti mesej suruh cepat-cepat ke rumah beliau. So, kami move ke rumah seterusnya, Abdul Hayyi. Kali ni pun santap nasi kerabu juga, hasil buatan Abdul Hayyi. Kattang molek. Sep Kelate semua pandai buat nasi kerabu. Lepas ni kita pakat buat persatuan Nasi Kerabu la. ;p

Kat rumah ni paling lama lepak. Solat Asar, juga meeting untuk hari esok punya perjalanan. Paling best, jumpa budak kecik nama Nazrul yang sungguh comel. ^_^

"Klik Klik" (tangkap gambar) dan move ke rumah seterusnya di Wakaf Bharu. Rumah Zulhilmi. Sampai rumah beliau dah nak dekat Maghrib. Tapi tak dekat sangat pun, almost la. Sempat lagi tolong-tolong mak beliau sediakan makanan dan kami pun... MAKAN LAGI. Hari kedua ni paling menyeksakan, banyak sangat kena banyak. Tapi semua sedap-sedap. Makan sajalah. ;p
Mula-mula semua orang kata, "kenyang..kenyang". Sekali bila makan, semuanya licin jugak. Aduh*

Azan Maghrib berkumandang. Asalnya niat nak solat disitu. Tapi muslimin nak cepat, muslimat pun nak pergi Bicara Selebriti di Balai Islam. Kami batalkan hasrat nak solat dirumah Zul, dan niat nak solat di masjid.
Sebelum balik, ambil gambar dan salam-salam dengan famili beliau. Bila semua dah masuk kereta, hon hon dan babai-babai, sekali tengok-tengok semua terjelepuk semula naik rumah Zul solat Maghrib. Waktu ni memang tragis.

saat saat tragis
Berlaku sedikit kemalangan. Kereta salah seorang dari kami masuk longkang besar depan rumah Zulhilmi. Sebelah kereta nasib baik bukan semua. Berdebar kot waktu ni. Akhirnya semua masuk solat Maghrib. Malu je masuk semula lepas dah salam-salam. Tuan rumah siap pelawa tido situ sajalah,alang-alang dah ada musibah.

Lepas Maghrib, ramai-ramai masuk longkang tolong tolak kereta. Muslimin sajalah. Muslimat tolong tengok je. Tapi saya kira berjasa jugak tolong halakan lampu kearah mereka. ;p
Gambar pun tak sempat nak ambil sebab semua ketar-ketar cuak kot. =)

Alhamdulillah, tak lama selepas tu keadaan kembali normal. Sekali lagi salam dengan tuan rumah dan babai babai, kali ni yang betul betul real dah nak balik. ;p

Penat tak tipu hari kedua. =)

Hari ketiga pula, perjalanan dimulakan dengan lebih santai. Semua pakai baju gaya-gaya nak pergi rehlah pulak. Sebelum rehlah, kami ziarah dulu rumah Syarifah Hidayah. Lama juga kat rumah Syarifah. Awal lagi lagi dah sampai. Sampai sampai tu semua pakat lapar. Lawak sungguh budak-budak ni. ;p
Dapat tengok bakery factory milik keluarga Syarifah. Tak sangka kot. ;)

cari rambutan
Muhsin, adik Syarifah.
 

Depa ni siap masuk kebun cari rambutan lagi. Memang nice lah. ;)


Lepas dah penat cari rambutan, kami bergerak ke Pasir Putih. Next tentatif adalah ke Jeram Linang. Air terjun Jeram Linang. Kali ni kita ada BBQ session dan mandi-manda session.




Lama jugak spend kat Jeram Linang, macam-macam hal. ;)
Diserikan dengan kehadiran adik kepada Hasanah. Dan juga adik kepada Syarifah.

Alhamdulillah, BBQ best. Makan time pun best. Masuk Asar, kami semua kemas-kemas untuk balik. Hari yang ketiga pun memenatkan.

Balik rumah, solat Maghrib dan sekali lagi bertemu di Kota Baru. Ni klimaks event ni. Paling best dan istimewalah kot.

Dinner at restoran Arab A.M Tarbush, dekat dengan Billion.
Alhamdulillah, ada orang sponsor. ;)

@ A.M Tarbush
Makanan Arab citarasa Malaysia.
^_^

Selepas makan, kami ambil gambar buat kali terakhir dan tangguh majlis dengan tasbih kafarah.
Dengan harapan, semoga jaulah dan rehlah yang berjalan selama 3 hari benar-benar memberi kesan ukhuwwah pada hati. Moga-moga objektif ziarah tercapai. Objektif ukhwwah juga, dicapai.

Yang penting, selepas jaulah, kita lebih mengenali siapa sahabat kita. Maklumlah, tiga hari musafir bersama. Dah kenal dah perangai sorang-sorang. Alhamdulillah, semuanya menjaga solat diawal waktu dan solat berjemaah. Semuanya juga berakhlak dengan Al-Quran, kecuali dalam bab masa masih perlu dipertingkatkan.

Ala kulli hal, alhamdulillah program sebegini mampu menautkan hati-hati yang jauh. Mampu merapatkan hati-hati yang dekat. Mampu membina persefahaman. Walaupun jarang jumpa, tapi kalau hati rapat, tentu tetap rasa dekat.

Pada awalnya, jaulah ini mengambil idea daripada jaulah utagha yang berlangsung dua minggu sebelum jaulah Kelate. ;) Meniru sesuatu yang baik itu baik kan? =)

Semoga dengan apa yang terjadi, semada keriangan yang tercetus atau ketegangan yang tercipta, kita semua sentiasa berusaha untuk terus membina legasi dakwah ini. =)

Oh ya, sejak jaulah, terbentuk Geng Konvoi. Semangat nak ke mana-mana bila ada Geng Konvoi. Kalau ada yang malas, ada yang tolong tarik telinga. Kalau ada yang liat, ada yang tolong push. ^_^

Ibu pun bila saya minta kebenaran keluar, lebih mudah nak lepas. Sebut saja nama-nama Geng Konvoi, terus lepas. Sorang-sorang Ibu kenal. Alhamdulillah. =)

Tiga hari jaulah adalah satu permulaan untuk sebuah perjalanan yang lebih panjang.  

Insya Allah.

Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

fatin husna said...

jumpa akak kat bazaar ramadhan! tengok orang pun tak. sombong macam dlu jugakk.. hihi

husnataqwa said...

ish2, mana ada sombong.. fatin tak panggil akk, mana akk nak perasan. next time panggil tau. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.