♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 21, 2012

Bingkisan Aidilfitri ^_^


Alhamdulillah, berakhirnya Ramadhan diraikan dengan Aidilfitri. Hari merayakan fitrah yakni untuk kita semua kembali kepada fitrah, fitrah berTuhan.

Malam Aidilfitri, selesai memasak dan mengemas dengan abang + kakak, kami bersidang. Memperbetulkan niat merayakan Aidilfitri. Antara kata-kata Abang yang terpatri dihati,
Photo: di pagi hari raya......
with abang Ki dan Ahmad Naim.
"Hari raya ni kita satu keluarga dapat berkumpul sama-sama. Allah bagi peluang besar, nikmat yang banyak, berganda-ganda. Sebab tu, dalam segala hal kita kena letak Allah nombor satu. Raya ni kita bersederhana deh?"

 
Menjadikan Allah sebagai matlamat utama tampak senang, tapi melaksanakannya tentu sekali tidak mudah.

Pagi Syawal cukup tenang dan syahdu. Meskipun seorang kakak, Hannani Murni Indah tidak pulang beraya di kampung, suasana tetap damai. Sudah dua tahun kakak tidak beraya bersama kami dek kerana tuntutan jihad ilmu di Indonesia. Semoga Kakak diberi ganjaran yang setimpal dengan pengorbanannya.



Tema pilihan selepas syura adalah purple. Semua orang tampil bergaya dan sederhana dengan busana purple masing-masing. Paling comel kelima-lima anak saudara yang kelihatan sedondon.

Photo

Selepas solat sunat IdulFitri, tetamu mula datang. Sekaligus menjadikan kami adik-beradik sebagai multitasker. Kami semua buat JANJI,

Open House kali ni Ibu Ayah rehat je, biar anak-anak yang buat semua.

Dan janji itu terlaksana. Bermula malam hari raya lagi kami bertungkus lumus memasak nasi minyak. Belajar macam-macam benda baru. Ibu Ayah goyang kaki sajalah, anak-anak dah besar, menantu dah ramai.

Tetamu tidak putus-putus sehingga Isya'. Nak pengsan rasanya! Berapa kali kena masak nasi sebab nasi tak cukup. Yang jadi mangsanya yang perempuan. Abang-abang tu walaupun ramai dan gantang-gantang semuanya, masak nasi tetap nak suruh kita. Sabar sajalah*
Photo
Yang paling tak best bila ada orang tanya,

"Kakak belum bagi Amin duit raya lagi. Nak duit raya!"

Semua ingat saya dah kerja. Ceyt, muda lagi kot. Jiwa kanak-kanak lagi! Baru habis tahun pertama.  Tahun kedua pun belum jejak. Pening nak terangkan kat budak-budak.

Kalau orang tanya pasal jodoh, tak perlu jawab, ramai orang nak tolong jawab.

"Eh, baru tahun satu. Tahun depan pun belum tentu dia kawen. Acik baik tak payah tunggu kenduri dia nak datang ziarah lagi!"

Soalan yang lagi mencabar, orang tua zaman sekarang tanya, macam ni bunyinya,

"Yang nombor enam ni, menantu orang mana?"

"Eh, dia memang kena cari orang Kelate. Wajib dah orang Kelate. Kalau nak kawen orang luar, syarat lebih sikit. Orang Kelate baru kena dengan anak bongsu ni."

Ceyt, suka hati hempedu dia je nak jawab macam tu. Macam la boleh main pilih-pilih nak menantu orang mana. Abang saya memang melampau. Dah banyak kali dia jawab macam tu. Dia kawen orang Johor takpe pulak. Adeh. Nasib la jadi 'adik', semua benda orang nak tentukan bagi pihak kita. Bagi dia, kita ni budak kecik yang tak reti buat keputusan. Sabar sajalah* Yang penting, kita tahu, dia buat macam tu sebab dia sayang kita. Abang mana yang tak sayang adik. 

Raya pertama dihabiskan di rumah sendiri. Memasak, mengemas, dan yang penting makan. Banyak pula makanan sedap terhidang. Nasib baik penyakit nak muntah dari Kuantan masih ada. Makan banyak sikit je, terus keluar balik. Untunglah, dapat jaga makan. Tapi cemburu tengok orang makan macam-macam. ^_^

Raya kedua mula berjalan ke rumah sanak saudara. Ziarah dan bertemu dengan orang yang kita tak pernah kenal. Oh, rupanya dia saudara aku! Something new yang sangat nice. Comel kan? Rupanya kita ada ramai saudara yang macam jauh tapi dekat dengan kita.


Malam 2 Syawal pula saya menghadiri akad nikah sahabat baik sejak di MMPM. Akhirnya terijab kabul juga dua insan yang saya kenal sejak form 3 lagi.

Sejak dulu lagi mereka ni 'kenal', akhirnya kawen. Pelbagai badai rintangan, depa tetap cool je janji nak kawen.
Kadang-kadang saya terfikir, beruntung juga kawan baik saya ni, dalam hidup ni, dia kenal bakal suami dia je. Tak pernah 'kenal' dengan lelaki lain selain suaminya. Sejak form 3 tu, dia dengan suami dia dah rancang nak kawen. Waktu tu saya siap ejek lagi, cinta monyet la segala bagai. At last, kawen pun depa. Comel pulak. Terimbau segala kenangan waktu muda remaja tengok depa berdua kawen tadi. Punyalah gembira. Punyalah tabah kawan saya menunggu suaminya, almost 7 tahun kot! Den tak sanggup tunggu 7 tahun, lamo beno tu! ^_^

Insya Allah hari raya ketiga akan memenuhi undangan walimah sahabat UIA bersama Geng Konvoi. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

*Gambar hari raya belum masuk lappy lagi. Next post insya-Allah. ^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Nur Ahmad said...

hehe kita serupa. sy pun ada 'penyakit' yg tak boleh makan banyak tu, kalau makan terlebih sikit je mesti perut tak terima... selama ni sy fikir sy sorg je mcm tu...

Ore kelate ye? minat sgt nak belajar kecek... Selamat hari raya & salam ukhwah! :)

husnataqwa said...

Wassalam. Oh ye ke? Mungkin ni petanda Allah suro jaga kesihatan. ^_^

Haah, ore kelate tulen. Jom belaja kecek kelate. =)

Salam aidilfitri juga. =)

Anonymous said...

Ish2,sian la dia kena cari orang kelate. mane nak cari tu. sian lagi 'orang tu' yang baca post ni...

husnataqwa said...

'orang tu' mana plak..

Anonymous said...

orang negeri sembilan, dari kuantan sudah ke gombak.

dair said...

tak baik la buat kontroversi kat page orang. fitnah. kasihan tuan punya blog dan orang yang dikaitkan dengannya. wallahu ta'ala a'lam.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.