♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 30, 2012

Random update

A lot of things happen. Kembali ke Kuantan dengan senyuman. Walaupun spanjang perjalanan penuh ujian.

Hidup, tidak selalunya tenang dan mendamaikan, sesekali datang resah dan gelisah bertandang. Bila ditanya pada Ustaz Azhar Idrus, kenapa seorang wanita seringkali merasa sedih tanpa sebab dan menangis tanpa musabbab? Kata Ustaz, itu fitrah, hanya lelaki sejati yang mampu merawatnya. Guling-guling gelak. Ustaz Azhar,jawapannya tak pernah mengecewakan.

Kembalikanlah hati pada pemiliknya. Rabbul Izzati. Disitu ada ketenangan sejati.
Serahkan jiwa pada yang menciptakannya. Al Khaliq. Disitu ada keabadian cinta teragung.

Hidup, adakalanya tidak seperti yang kita rencanakan. Begitu begini. Begitu begini. Hati mula gelisah bila rencana kita tidak berjalan dengan baek. Sehingga kita terlupa, Allah punya perancangan jauh lebih sempurna.

Kita sering terlupa, Allah itu maha bijaksana. Kita lebih suka berlagak bijak daripada Dia. Celakalah manusia.

Hidup, kita mengharap sesuatu yang laen, tapi Allah hadirkan sesuatu yang berbeza dari harapan kita.
"Aku mengharapkan dia,tapi kenapa yang datang adalah kamu?"
Siapakah kita mahu mempersoalkan percaturan Dia? Kita makhluk, yang boleh mengharap, tapi wajib redha dan bersangka baek dengan aturan Sang Khaliq.

Ya Allah, jiwa ini memberontak keluh kesah,gelisah,resah.. Angkatlah rasa ini dari jiwa ini. Hadirkan rasa tenang,damai,ikhlas untuk melalui sebuah kehidupan pendek,menuju ke syurga abadi.

Ya Allah, jiwa ini mempersoalkan pelbagai soalan. Gantikan rasa ini dengan rasa redha,tulus dan qudus menerima qada dan qadar.

Esok,bakal bermula pertarungan sengit berentap dengan pen,kertas dan tulisan. Mengharap demam kebah dan jasad kembali sihat dan kuat. Terbuktilah, sakit memberi kesan pada psycology. Termasuk hari ini,sudah tiga hari tidak menyentuh nasi. Sekadar mengalad perut dengan air milo tin. Tiada rasa ingin makan. Walaupun lapar. Itulah nikmat yang kita dustakan sewaktu sehat. Tidak oernah syukuri. Sekarang,baru tahu bagaimana seksanya nak stay up tanpa bekalan tenaga yang cukup. Kirim salam sajalah,memang collapse awal. Adehh =·='
Ya Allah,sekiranya sakit itu penghapus dosa, aku ikhlas dengannya. Semoga sakit ini bukan alasan untuk skip mengaji,skip tahajud,skip belajar,skip buat kerja Islam.
Kita tidak ada masa untuk berhenti seketika, kerana masa bergersk terlalu pantas. Berhenti sekejap pun boleh membuat kita rugi dengan banyak. Keep on moving,Husna!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

Kalau sakit,kena rehat. Tunaikan hak pada badan. Kalau tak rehat, macam mana nak sembuh?

husnataqwa said...

erk,doktor dah bg cuti saket sehari hari ni.

amira said...

patutlah muka kak husna dok berseri. Dok sihat rupanya.. Syafakillah kak. Cepat sembuh,nk tengok kak senyum dan ceria~

husnataqwa said...

jazakillah ukhti.. ^__^
Insya Allah sehat doh ni,tunggu fully-recover jah..

bos jk said...

BRAPO KALI NOK OYAK, KENO MAKE! Pakso la sikit dekna,nok make ubat lagi. Go and chill with friend,eating whatever can make you eat. Go,please eat!

Anonymous said...

Kak husna keno make kfc tu.. Hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.