Have a very nice day,outing dengan Ibu. Jalan jalan cari kelengkapan di sekitar bandar Kota Bharu.
Memandang cermin mata kesayangan sudah menjadi arwah,saya berhajat mendapatkan cermin mata baru. Saya mencari outlet yang disenaraikan di dalam list diskaun kad siswa 1Malaysia. Akhirnya,saya dengan wajah gembira, berhasrat dapat cermin mata gaya baru penuh style, masuk ke outlet tersebut.
"Akak, ada disksun untuk kad siswa kan?"
"Ada ada. Adik nak spek macamana?"
Punya rasa lega dalam hati. Untunglah, hari tu tanya di Kuantan, cermin mata baru yang sama function spt arwah cermin mata, harganya mencecah RM800++. Then,now you know kenapa sanggup bersengkang mata rabun tanpa cermin mata. Mahai kot nak dapatkan yang baru. Drive malam malam sampai ke Muadzam Shah,berbekalkan tawakkal dan dapat juga leteran berbaldi baldi.
Selepas pilih style spek yang diminati,warna biru jadi pilihan hati, pilih yang murah murah je frame spek tu,sebab dah expected cermin anti silau yang mahu dimiliki,harganya mahai. Selepas dah test power, hati punya girang nak dapat spek baru yang penuh style.
Tiba tiba,
"Maaf dik, untuk cermin anti silau jenis ni takde diskaun..,"
Terkejut saya tengok bil yang disediakan. Ok,tak cool langsung.
Saya kata dengan tak malunya,
"tajadik ahhh"
Ibu disebelah bising, "Ya Allah budak ni, beli sajalah,spek tu kan keperluan...blaaa blaaaa...."
Dalam hati saya mengomel dengan comel, "Apa gunanya ya kad ni kalo kesana kemari takboleh guna? Atau aku yang tak reti nak guna?"
Ada orang tahu tak macamana the exact way untuk maksimakan kegunaan kad siswa ni? Yelah,alang alang dah ada kad,lawa olak tu, nak juga dapat privilage as a student. Tapi till now,masih cari HOW to use it wisely.
Akhirnya tajadik lagi buat spek baru,mood rosak sebab kad siswa. Dalam kereta,sepanjang drive, Ibu jadi mangsa dengar omelan comel anak dia tentang kad siswa dan macam macam. Sabarlah Ibu, dapat anak debater pencen!
Saya terfikir, nanti pergi TC makan KFC dengan Geng Konvoi, bole la kot nak guna kad siswa ni. Tapi kalau setakat KFC, bukan keperluan pun. Kami pergi TC pun sebab nak berukhuwwah sambil makan KFC. Itu je ke?? Tak cool pun OK.
5 comments:
hahaha,lawaklah mu ni hanzalah.
Erk,tengah serius kot ni.
comei je budak ni...
:)
Ahhah. <3 <3 <3
cik h, nk senyum jgk, lagi lebar, :-D
Post a Comment