♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, November 24, 2012

Meniti 10 Muharram 1434H




Malam 10 Muharram, tercapai impian nak bersidang dengan mereka. Mereka yang buat rasa hilang berat beban dibahu apabila bersidang. Walau tak cukup ahli, very meaningful meeting. Apakah yg boleh mengikat hati kita selain dari aqidah perjuangan. Kan kan? Sejak awal sem lagi rancang,tapi nak habeh sem,baru tercapai. Maklumlah,pakat busy belaka.
Selepas bersidang di bulatan kecil yg istimewa, saya menyambung persidangan besar yg bermakna. Meeting IKOD di mana-mana. Adehh.
Keesokan paginya,bangun saja dari tidur, hati rasa begitu tersentuh dan menangis. Entah apa musabbabnya,tidak saya tahu. Apa yang terjadi pada hati saya? Adehh. Misteri betul. Sejak nak tidur semalam lagi,saya rasa hati saya berkelakuan pelik!

Selepas solat berjemaah dan bertazkirah riang, saya membelek tablet. Sejak semalam saya sembunyikanya di dalam kereta. Kadang-kadang kena lawan nafsu suka online ni. Hehe.
Melihat whatsapp family,penuh. Satu persatu nesej saya baca dan akhirnya deru air mata macam air terjun Jeram Linang. Adehh.
Anak anak mithali.
Kami minta Ibu dan Ayah rehat di rumah.
Biar cucu-cucu yang jaga Nenek di hospital.
;)
Ketiga-tiga abang ada dalam gambar.
Mereka memang awesome!
Semua pakat dok ungkit cerita dengan Arwah Nenek. Ada yang cerita hari ini tapi dua tahun yg lepas. Abang Long asyik mengingatkan pesan Nenek yang mahu bertemu anak cucunya kelak di dalam Syurga. Abang Ki pula tak henti mengimbau saat pemergian Nenek. Seolah satu persatu bermain dimata.
Kami tidak sedih,sekadar teringat kenangan yg menggamit hati.
Pesan Abang yg sangat menginspirasikan saya,
"Dekna, sambung perjuangan Nenek. Abang sokong sokmo."
Anak cucu Nenek tak henti baca Yaasin buat Nenek. 
Abang Ki berbaju Merah (dari pagi di hospital lagi dia pakai baju ni)
sapu air mata.
Abang Long, berbaju putih (dari pagi juga) khusyuk menyelesaikan urusan jenazah.
Abang Taufiq, berbaju putih khusyuk melihat orang mencangkul. Dia nak cangkul tak pandai.
Anak murid Nenek, berbaju hijau berserban sedang bersila di tepi kubur, tiada henti meratib dan bertahlil buat Nenek. Di waktu kami semua adik beradik nak balik rumah, abang ajak beliau balik, beliau menggelengkan kepala.
Hebat!
Terina kasih sebab walaupun hati abang berat bila tahu adik dia tak duk diam kesana kemari, tapi kerana memahami perjuangan ini, mereka benarkan dengan penuh kasih dan cinta.
Sewaktu saya deman teruk baru-baru ini,abang menelefon dan saya di tempat meeting. Saya tahu beliau nak marah,tapi beliau menahan rasa marah. Walaupun panggilan dimatikan,saya dapat sms yang sangat memotivasikan,
"Abang sokong awak apa saja yg awak buat. Abang yakin awak tahu kemampuam diri awak. Abang percayakan awak. Kalau awak nak duit untuk beli ubat atau check up,bagitau abang."
Terpaksa keluar dari meeting. Pergi toilet,sapu air mata. Haha.
Nenek merupakan susuk yang bermakna buat kami adik beradik. Nenek paling rapat dengan kami. Nenek paling tak serik nak ajar kami baca kitab. Kalau Nenek tak paksa saya baca kitab sampai nangis-nangis dulu,mungkin saya tidak seperti hari ini.
Akhirnya, kami adik beradik menghabiskan seharian di whatsapp menceritakan kenangan masing-masing dengan Nenek. Semua ada kenangan tersendiri. Ada juga yg sampai tergelak guling-guling bila baca. Adehh,adik beradik saya ni memang kaya dengan sense of humor.
10Muharram cukup istimewa buat kami sekeluarga.
Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

zubaidah said...

baca entry-entry kak husna, terasa best nya adik beradik k.husna..caring dan ambik berat..kadang2 rase jeles..sob3

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.