♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 22, 2012

musim demam ^__^

Biasanya, saya susah nak demam. Tapi bulan ni dah dua kali. Yang peliknya, demam ni dapat setiap kali dari Kelantan nak bertolak ke Kuantan. Jasad dan hati berat sangat nak balik Kuantan? Rasanya tidak. Terlalu banyak urusan cinta di Kuantan yang menggembirakan. Yang risau melebihnya,tentu Ibu Ayah. Bila tengok anak demam, hati mereka paling gelisah. Rasanya,sejak saya lahir,sampai besar gedabak pun,asal demam ke sakit ke, mereka yang paling tak tentu hala. Eh,tapi bila dah makin besar ni,ada juga orang laen tumpang risau. Sape? Itu, Encik Abang dan Puan Kakak. Bukan risau kot,lebih tepat, Tukang Bebel.

"Itulah awak.. Itulah kan orang dah cakap jangan makan jajan. Sampai bila jajan tu nak jadi kawan baek awak?"
"Brape kali nak demam? Minum ais banyak? Dah besar,tak reti jaga diri. Pastu kalo abang control,cakap dah besar,bukan budak kecik. Awak dari dulu macam tu."

Dulu,selalu jygak tensi bila kena bebel. Sekarang dah biasa dah. Bila dapat mesej bebel macam tu, dalam hati cakap, "its ok. This is how they show their love."

See, positive thinking always GOOD.

Demam ni seronok, Ibu kata. Sebab bukan semya orang boleh rasa demam. Demam memang kafarah dosa. Dapat bersihkan hati kita. Dengan syarat,jangan banyak mengeluh. Jamgan banyak merungut. Kalau tak,tak dapat pahala sabar. Huh,besar tau pahala sabar.

Demam ni nqk uji hati kita dengan Allah. Nak uji tawakkal kita pada Allah. Kalo demam, kita minta dengan Allah untuk sembuh ke atau bergantung pada ubat? Haa,time macam ni boleh cek siapa yg kuat imannya,tinggi tawakkalnya.

Dah balik Kuantan, 4hari demam,coolfever tak lepas kat dahi. Overheating. Sekarang dah beransur pulih,tapi ramai pulak kawan sekeliling yang demam. Ni memang musim demam? Mungkin.

Dalam hidup, ni paling lama demam. Hari ini dalam sejarah. Biasanya demam dua hari je. Bila dah lama demam, Tuan Diktator siap keluarkan surat pekeliling lagi, berbunyi,

"Tolong pergi KMC. Cek kenapa. By Thursday tak check, balik Johor. Duet untuk ke KMC, dah bank-in. Titik"

See, memang diktator. Tapi belum sempat lagi nak pergi, demam dah OK. Kelas full, meeting overfull. Bilamasa nak pergi. KMC tu bukan dekat, kat bandar kot. Huh,bagi saya,bandar tu jauh. Dalam satu sem,berapa kali je sampai bandar,walaupun cuma 15 minit je dari UIA. Kalau pergi pun, sebab ada kelas di JHC, atau nak beli tiket bas, atau nak beli barang penting. Buleh kira dengan jari berapa kali ke bandar. Sebab tu liat bila kena pergi KMC. Malas nak drive, ^__^

Demam ni virus. Mudah berjangkit. Kan seronok kalau kita boleh sebar dakwah macam kita sebar virus demam. Mudah nak sebar,mudah orang terima. Bukan terima je,tolong sebar plak kat orang lain. Osem.

Waktu demam,mencabar sikit nak baca Quran. Memang hanya yang bermujahadah sahaja yang berjaya. Adehhh.

Buat mereka yg baru dapat virus demam, semoga mendapat banyak ibrah dari demam. Dan semoga dapat banyaaaak pahala sabar. Cool ok. Demam tu baru azab dunia. Hehe.

Doakan saya jyga semoga cepat sembuh,totally. Terutama suara. Kalau suara macam ni, memang Tuan Diktator takkan percaya saya sudah sembuh.

Ok,Tuan Diktator pasti baca post ini. Any how, Tuan Diktator sangat protective dan jalankam tanggungjawabnya. Memang selagi takkawen, Tuan Diktator serta kuncu-kuncunya bertanggungjawab keatas saya. Ok,fine. Esok saya pergi KMC, ya. Tuan doakan saya~ :-P






Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

Comel je kak husna ni. Cepat sembuh ye kak.

aisyah said...

Insya Allah, kakhusna sabar. Dah seminggu demam ni. Banyak dapat pahala sabar. Hehe. Tapi jangan lupa take rest tau. Gane badan tu nak sihat kalau tuan dia kehulu kehilir tak henti. Tadi dah pergi hosp kan? Jangan lupa makan ubat ya. Untunglah ada org sayang kan... XD

husnataqwa said...

Syukran semua. =)

Alhamdulillah dah beransur pulih...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.