♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, December 22, 2012

Lebih.

Lumrah,memang kita akan rasa tergugat dengan orang yang lebih dari kita.

Bila orang tu dapat markah tinggi,kita rasa tergugat.
Bila orang tu asyik perform je kita rasa tergugat.
Bila orang tu lebih mendapat tempat dihati orang ramai kita rasa tergugat.

Setiap orang ada kelebihan. Jangan banyak melihat kelebihan orang lain sehingga kita tidak nampak kelebihan kita.

Saya?
Terlalu banyak kurang. Tapi,saya tidak mahu kelihatan lemah. Ahha. Hakikat. Semua orang macam tu kot?
Hanya sedikit kelebihan. Dengan kelebihan yang sedikit, perlu kita sharpen the saw sampai kelebihan tu menutup kelemahan yang banyak.
Meskipun kerap kali tidak sepenuhnya berjaya, but i did satisfied.

Jangan rasa kemah melihat kelebihan orang laen. Sebaliknya kita juga wajar turut sama merasa senang dengan kelebihan yang dia ada. Semuanya, samada yang kita atau dia ada adalah pinjaman dari Allah. Berlapang dadalah dengan rezeki yang Allah telah tetapkan buat hambaNya.

Saya mudah rasa tercabar. Dulu, kat sekolah, sebab termakan cabar, sampai peringkat kebangsaan saya perform dalam syarahan arab. Debat dan pidato di peringkat negeri. Huh,memang mudah tercabar. Tapi bentuk cabaran harus betul dan melaksanakan cabaran juga perlu tepat.

Sekarang, lebih membumi. Bila lihat orang laen hebat, dalam hati, bukan niat nak jadi hebat dan jatuhkan dia. Sebaliknya, nak jadi hebat kemudian bergandingan dengan dia, sweet tak? Ehhe.

Kenapa perlu ada hasad sedangkan kita di dunia saling bergantung harap sesama kita untuk menuju matlamat yang sama. Bekerjalah dengan harmoni dengan posisi masing-masing. Tidak perlu hasad.

Saya cemburu bila ada orang lagi perform dalam kelas. Resolusinya? Saya tak balik kampung walaupun sekalian orang dengan girang mencium tangan ibu ayah mendapat berkat. Saya kena perform. Nak perform kena study overtime.

Saya bertuah sebab ada ibu yang sangat hebat. Beliau tahu saya terlalu ingin pulang. Alasan saya, nak makan buah. Keluarga tahu benar saya penggila buah. Kalau bqlik kampung, anggur, pisang, pear,epal,limau memang memenuhi peti ais. Resolusi ibu bagi, tambah duet poket, hanya khusus untuk saya beli buah. Melompat gembira! Bila saya kata saya serabut banyak perkara yang berlaku di uia, ibu kata, telefon ibu vila-bila pun, ibu dengar kakak cerita.
Sejak dua tiga hari ni, memang saya tak henti bergayut dengan ibu. Semua benda saya cerita. Saya gembira,saya sedih,saya terluka.. Ibu dengaaaar je. Sampai terpaksa tunda kerja ibu semata-mata mahu dengar bicara saya.

Kendian fikir saya, apalagi alasan saya untuk tidak perform, samada di medan akademik,mahupun di medan harakah dan dakwah. Saya tiada alasan. Cuma sesekali diuji sakit penghapus dosa. Benar,saya kurang kudrat dan tidak seperti manusia biasa. Tapi bukan alasan untuk saya lemah dan berehat sentiasa.

Dalam semua perkara,saya mahu lebih. Tapi saya tidak boleh cemburu,hasad dengan kelebihan orang laen. Rezeki kita masing-masing. Saya perlu usaha lebih untuk mendapat lebih. Dan mhon Allah memberi yang terbaek. Insya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Yang mulia said...

Huhu. Saya jeles ngan k.husna. Study sikit,tp scorer.. Wooohiiiiii. Kuiz analog, tak study, pastuh dengar k.hajar terangkan. Jawab kuiz penuh kertas. Adehhai... Bestnye gitu...

husnataqwa said...

Alamak. Tak scorer mane pun ehh. Jom struggle!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.