Destinasi terakhir percutian saya selepas Kuala Lumpur, Seremban dan Terengganu adalah Johor. Johor merupakan tempat wajib kunjung apabila cuti semester. Mana tidaknya, kalau dilihat pada planner saya sejak tiga tahun lalu, tiga kali setahun, paling kurang, wajib saya singgah ke bumi Johor.
Johor menyimpan banyak kisah kami adik beradik. Termasuk kisah peribadi saya. Suka untuk saya katakan, Johor adalah bumi memori buat saya.
Tiada banyak yang ingin saya nukilkan. Saban waktu melayan karenah anak saudara di bumi ini membuat saya lelah dan penat. Tambah lagi satu, serabai. Anak saudara saya boleh tahan ganasnya. Ehhe. ;)
Sempena maulid Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, suka untuk saya ingatkan semua untuk terus menyemai rasa cinta kpd Baginda dengan banyakkan selawat dan amalkan sunnahnya.
Saya juga sedang mengambil sedikit ruang buat hati,jiwa,fikiran dan perasaan. Untuk mereka, sekalian alat kurniaan Allah tersebut, damai dan lengang. :)
Maka, mohon maaf andai saya tidak reply mesej di FB, Whatsapp, Viber, Twitter dan emel. Melaenkan yg urgent dan terlalu penting. ;)
Kenapa? Hati saya sedang sejuk dan membeku. Sebab dalam hati sedang turun salji, ^^ seronoknya!
Esok, bermula gathering family di Johor sempena Maulid Nabi.
Keluarga saya, sangat menyenangkan hati. Tapi cukup psiko sebab semua dah berkahwin kecuali adik. Memang psiko, ok. ;)
Wassalam. JB, peace yo!
No comments:
Post a Comment