♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 30, 2013

Result: Hadiah dari Allah.

30/01/2013

Ini pertama kali saya lihat result hari yg sama dengan tarikh keluar result. Biasanya dua tiga hari selepas result keluar, baru saya tengok. Tapi kali ni disebabkan cuak,saya tewas dengan keinginan meninggi untuk tengok result.

Dan akhirnya saya berjaya buka portal dengan beberapa kali percubaan. Yang saya cari di skrin di waktu tu adalah huruf yang pelik selain dari A dan B. Ya, ada. Saya ada satu subjek yang dapat gred C. Of course subjek Pharmacology. Itupun saya sudah bersyukur. Tapi agak terkilan sebab semester ni mencoret C di transkrip yang akan saya dapat di hari konvokesyen nanti. Tentu saya akan ingat, ini C pertama yg saya dapat.

Oleh kerana telah menjangkakan bahawa saya tidak mampu perform dalam Pharmacology, maka taktik yang saya gunakan adalah score subjek laen dengan bagus. Dan alhamdulillah,saya berjaya. Agak memuaskan melihat bilangan A yang mendominasi lapan subjek yang diambil. Dan sekaligus berjaya cover pointer. Alhamdulillah,ia berhasil.

Kenapa tanak ada C? Sebab drop pointer. Dan sebab kedua,transkrip taklawa.

Alhamdulillah,kali ni pointer meningkat, sekaligus pointer tertinggi sepanjang di UIA
Kuantan.

Tidak dinafikan juga,semester lepas kali pertama saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Untuk IKOD. Ya, first time. ;)

Syukur, sebab Allah beri hadiah ini untuk saya. Terbayang kisah di minggu exam. Terkena food poisoning. Tiga hari tak dapat menikmati makanan. Sakit perut dan muntah. Ohh,boleh tahan ujiannya. Belum lagi teringat migrain akibat kena hujan. Kebetulan musim tengkujuh. Perit. Tapi manis buahnya. Alhamdulillah.

Keputusan ini bukan segalanya. Masih jauh jalan menuju kejayaan. Masih banyak ujian dan rintangan. Saya perlu perkasakan strategi untuk semester depan. Saya perlu mantapkan pointer,saya ada matlamat yg jauh. Jauh di Aussie, insya Allah.

Lecturer menelefon selepas saya menghantar sekeping SMS tanda penghargaan dan ucapan terima kasih.
"I bet you cam perform more better. I know you can."

Saya begitu termotivasi. Syukur, Allah beri ramai orang yg berjiwa besar sekeliling saya. Mereka banyak motivasikan saya. ;)

Saya teruja untuk mulakan semester baru.

Tahniah buat kawan-kawan yg cemerlang. Yg kurang memuaskan dan yg kecewa, jangan putus asa, terus mencuba dan berusaha. Insya Allah, ada kejayaan. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.