♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 02, 2013

Tak sabar nak pegang pen. Hoo.

Salam alaik.

Semoga Rabiul Anwar ini banyak mengingatkan kita pada Baginda Nabi. Jom banyakkan selawat.

Saya sampai agak awal ke UIA. Jumaat selepas Solat Jumaat,saya bertolak dan tiba Maghrib di Masjid Afzan. Sempat singgah pasar malam. ;)

Hari ni ke Giant, bersama Sarah Hadzri dan Wirdah. Membeli alat tulis dan beberapa barang keperluan.

Bila tengok buku,rasa macam tak sabar nak menulis. Boleh dikatakan,hati sedang berkobar kobar penuh semangat nak masuk semester baru. Allah saja tahu rasanya!

Tak sabar nak habiskan tahun dua. Dan semakin dekat dengan impian terindah saya,setakat hari ini.

Sedih juga tinggalkan Ibu agak awal. Tapi cuti CNY nanti balik lagi ke Kelantan. Ada big big holiday. Insya Allah.

Seriously said, rasa tak sabar nak belajar rajin-rajin. Nak jaga kesihatan, nak ikut sunnah Rasulullah. ;)

Tak sabar nk jumpa lecturer,nak buat toturial, nak buat nota. Hah,lawak juga ya rasa tak sabar yg begini. Pelik. ;)

Berazam nak jadi pelajar yg lebih baek, mukmin yg jauh lebih cemerlang. Insya Allah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.