Datang awal ke UIA, kemudian membuat rancangan untuk melawat sekangkang tanah warisan di Petaling Jaya; CFS IIUM.
Semalamnya ke stadium Makmur, menjadi salah seorang diantara ratusan ribu manusia yg memenuhi padang bola dan kawasan stadium. Masya Allah,sangat ramai. Dan Allah mudahkan rezeki kami untuk dapat parking dan dapat tempat duduk yg strategik walau dikelilingi oleh penghisap rokok tegar. Penat bersin dek makan asap rokok. Merokok di tempat awam adalah aktiviti yg sangat tidak bertamadun. Orang yg melakukannya boleh jadi kurang ilmu adab.
Pulang jam 12 malam ke Mahallah. Keesokkan paginya, bertolak ke Kuala Lumpur. Bersama Team Mantan Medcy; Najihah Anuar, Bukhari Md Rahim, dan Hafiz Ahmad. Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan kami. Walaupun sedikit sesat waktu mencari Pusat Asasi terchenta.
Tiba agak lewat, jam 2 petang, dan memulakan sesi sharing dengan adik-adik exco Medcy. Semuanya hebak belaka. Pertemuan yg penuh dgn berita gembira. Tahniah adik-adik,terutama buat Presidennya, Helmi Haris.
Selepas sesi sharing dan tasji, saya berpeluang bertemu adik LG. LG adalah Leadership Group yg mana alhamdulillah, diasaskan oleh saya, bersama-sama tenaga pembantu yg laen. LG sudah banyak improvement. Jika di tenure saya, ia seperti caca merba. Sekarang,sudah tahun ketiga penubuhannya,saya mampu tersenyum bangga. Adik-adik penerus perjuangan,memang mantop. Subhanallah!
Kalau dulu, saya bersendirian untuk LG,sesekali ditemani, sesekali tidak, sekarang pula mereka mempunyai legasi yg berkomitmen tinggi menjayakan Medcy. Alhamdulillah. Tidak sia-sia usaha keras menubuhkan LG. ;)
Banyak berkongsi denfan adik-adik junior. Sampai tak henti bercakap. Terpaksa cut bila dua orang muslimin yg datang bersama keep on sms sebab kebuluq. Maklumlah,dari pagi tak makan. Dah Asar pun belum bertemu nasi. ;)
Selepas solat dan bergambar, kami terus meneruskan perjalanan pulang. Disebabkan terlalu lapaq, singgah menyantap di KFC PJ, tempat yg dulu selalu dikunjungi dengan cara yg licik apabila dilanda ombak tensi atau kecewa. Ohh,kenangan!
Perjalanan pulang kami bergerak perlahan. Jalan yg agak sibuk dan gelap malam pula ditambah dengan hujan lebat memang menyukarkan pemandu. Kami sepakat untuk bergerak perlahan,tiada apa yg hendak dikejarkan. Lebih baek pentingkan keselamatan. ;)
Sempat berkongsi cerita, berkongsi rasa bersama sepanjang perjalanan. Banyak bertukar-tukar pendapat dan berbincang perkara yg insya Allah bermanfaat. Saya suka TEAM. Kerana ia buat kami kuat. ;)
Macam TEAM Kelantanese. Insya Allah, kuat walau jauh. ;)
Setibanya di Kuantan sudah lewat malam. Mood untuk memulakan semester baru masih membara. ;)
Perjalanan sehari suntuk bertemu mata dengan adikadik memang bermakna. Mysafir ini indah. Ada yg bertanya tujuan dan keperluannya. Kami kesana tanpa arahan khusus sesiapa, tapi ia adalah inisiatif atas rasa tanggungjawab untuk melihat kecemerlangan Medcy, yg dulu pernah saya terajui sebagai Vice President. Medcy adalah lapangan dakwah yg baek, juga medan bergerak kerja yg cantik, jyga medan latih diri yg sesuai. Saya, opss, kami sayangkan Medcy. Keberlangsungan tarbiah dan dakwah melalui Medcy harus diteruskan. Tiada apa yg istimewa yg kami mampu kongsi dengan adik adik,selain pengalaman yg pernah kami terokai satu waktu dulu bersama Medcy. Dan tiada impian yg kami harapkan pada kalian selaen dari melihat kalian penuh bergaya menguruskan Medcy dan menganjurkan dakwah Islam. Allahu yubarik alaikum. ;)
Saya senang. Hafiz pula memberi cadangan untuk turun melawat mereka secara berkala, insya Allah. ;)
Sewaktu meminta kebenaran dengan Ibu untuk ke KL melalui SMS. Nak call,cuak. Sebab tahu mesti Ibu berat hati.
"Nak turun KL esok.. Ada meeting dengan junior.."
"Allah kakak,jauhnya meeting. Penat kakak nanti. Habeh duit lagi."
"Dijalan Allah..... Gano? Buleh dok?"
Lama saya menanti balasan SMS Ibu.
Akhirnya,
"Pergilah anak oii... Di jalan Allah.. Bu akan infaqkan untuknya.. Pergi dengan baik. Selamat semuanya. Anakku memang pendakwah gagah."
Subhanallah,terharunya. Ibu memang percaya pada saya, dan itulah nikmat yg besar dari Allah, yg wajib saya syukuri. ;)
Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment