♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, March 06, 2013

Be the best leader! (1)

Sejak sekolah,saya gemar membaca buku motivasi dan leadership. Sebab kebanyakan buku di rumah saya bergenre begitu. Di rumah, saya banyak terpengaruh dengan buku bacaan abang. Mungkin saya tidak bernasib sebaik mereka yg sejak kecil dididik dengan buku buku tarbiah dan haraki.

Abang pula jenis yang suka berkongsi apa yg dia baca, dan cuma saya seorang saja yg menjadi pendengar setia!

Sejak sekolah, saya belajar menjadi leader. Berumur sebelas tahun, saya memegang taklifan sebagai timbalan ketua pengawas. Tapi waktu itu masih kecil dan tidak tahu apa itu LEADER. Dengan tudung yang ronyok,baju sekolah yg terkena tumpahan milo, saya disegani seluruh pelajar, sebab jawatan. Tambah pula, anak cikgu.

Bila berada di sekolah menengah, saya mula belajar sesuatu. Jawatan, bukan segalanya. Andai kata kita dihormati sebagai orang yg berjawatan, apabila jawatan itu hilang dari kita, apalagi yg ada untuk kita?

Masih saya ingat, di suatu petang yang damai, saya bersama abang beranda rumah. Hujan renyai-renyai. Kata Abang,

"From what i read, untuk jadi the best leader, kita tak perlukan jawatan yg tinggi. Yang penting, kita bina pengaruh yang besar!"

Sebagai budak kecik yang suka bertanya, saya tanya,

"How??"

"Kita diri sendiri kena jadi leader untuk diri kita dulu. Jadi berdisiplin. Jadi berilmu. Jadi berpengalaman. Then, dengan sendirinya, kita akan berpengaruh."

Bila dewasa, saya berfikir. Ada benarnya kata abang. Semasa di sekolah menengah, saya berpengalaman mengenali pemimpin tinggi yang dihormati kerana jawatan. Tapi bila turun jawatan, beliau seperti tin kosong. Bila saya tanya, ada yang menjawab, " alah dia tu,jadi je pengerusi, tapi dia sendiri couple!"
Dihormati? Jauh sekali!

Sematkan dalam diri, untuk menjadi leader, kita perlu memimpin diri kita dengan baek.

Kalau kita dengan masyarakat pun tidak ada akhlak yang baek,bagaimana mahu jadi leader terbaek?

Saya cukup menyampah dengan orang yang ada jawatan tapi akhlak macam sampah. Muka macam cuka.

Saya selalu terfikir, Rasulullah adalah contoh leader terbaek. Kenapa kita tak dapat contohi Baginda?

Muhasabahlah!

Jom jadi leader terbaek. Contohi Baginda Rasulullah saw!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.