Hari ini saya ada quiz. Subjek yang paling tough buat saya semester ini.
Buat saya. Repeayt, buat saya. Sebab saya anti-math!
Saya memang tidak minat matematik. Tidak minat saja tak mengapa, tidak bijak juga,masalahnya!
Dulu, di sekolah menengah, waktu SPM,saya akan hukum diri saya sekiranya tidak mampu selesaikan soalan addmath. Saya takkan bergerak dari kerusi kelas selagi tidak berjaya. Pernah balik kerumah jam 1 pagi, sebab tak dapat selesaikan soalan integration.
Dan sekarang, Allah pertemukan saya semula dgn add-math. Hancur luluh hati saya. Berkecai,bercerai-berai, bagai ditores pisau pemotong daging!
Kakak saya yang tahu betapa anti nya saya dengan math,mula memulangkan paku buah keras, "orang suruh ambil medik di oversea taknak!"
Jujurnya,saya langsung tidak menyesal. Tidak akan timbul rasa menyesal berada di kos ini. Sebab? Di garis mula, saya sudah redha,sudah ikhlas. Walaupun tak dapat apa yang diingini, itu kisah lama. Yang penting sekarang, saya gembira dan bahagia. ;)
Saya tidak punya banyak masa untuk 24 jam mengadap kalkulator. Kehiduupan saya bukan seperti dulu, yang ada cuma buku. Sekarang, hidup ini telah diinfaqkan untuk Islam. Ibu, ayah, kakak, abang dan adik pun tahu benar status infaq saya. Kerana itu mereka memahami. Alhamdulillah. Tapi saya kerap kali diperingatkan, supaya study sejam sehari. Terima kasih family!
Oh ya, berbalik cerita kuiz tadi.
Silap saya sebab.. Saya mengakui, tak minat subjek tersebut. Lantas,saya hilang tumpuan dalam kelas. Fikiran menerawang entah kemana. Entah pada siapa. Entah bila. Hehe.
Kebanyakan subjek laen, saya fokus di dalam kelas. Jadi untuk kuiz, cukup untuk tengok nota sekalilalu dan revise. Tapi subjek ini berbeza.
Tangan ketar nak pegang kalkulator. Trauma!
Akhirnya, kuiz saya hari ini ternyata spoil yang amat sangat teruk! Takpernah buat benda macam ni. I cant even answer 1 question pun. Satu soalan pun tadapat jawan. Yeah,seriously saying! Saya salin soalan saja. Bolehlah tulis formula,tapi jammed. Sampai formula je. Zzzzz....
Tapi hati rasa bahagia je. Walaupun lecturer pandang slack je kat saya. Confirm kena panggil kat lecturer lepas ni. Memang confirm.
I did called mum. Then,she asked me, how was the quiz? I said, i cant answer all the question.
Surprisingly, Ibu kata,
" takpelah kakak. Lepas ni kakak tumpu lebih sikit untuk subjek ni.. Kakak sibuk pun kakak kena luang jasa lebih sebab kakak lemah matematik.."
Yeah, i did crying. Sobsss. How mych she loves me and do understand me. Sangat terharu!
Rasa bertanggungjawab untuk cover semuanya,silap saya. Ya,salah saya!
Bukan mudah untuk kita kekal dalam perjuangan. Harus ada rintangan dan ujian. Yang pasti, sebagai penjejak langkah pejuang, kita mesti bijak menangani masalah dan ujian yang mendatang. Bukan menyelesaikan masalah dengan meninggalkan perjuangan!
Doakan saya mampu cover salah saya dalam akademik. Saya mula risau akademik saya jadi fitnah buat Islam. Tapi ia bukan alasan menjauhkan diri dengan harakah. Percayalah!
No comments:
Post a Comment