Kehidupan umpama deru ombak pantai.
Sesekali deras memukul pantai.
Sesekali lesu dan tidak bertenaga.
Sesekali pukulan ombak bisa menenggelamkan pesisir pantai.
Begitulah hidupnya insan.
Sesekali terasa kuat dan bertenaga.
Sesekali rasa lemah dan tiada bermaya.
Apakah motivasi terbaek untuk kita?
Saat kau merasa lemah,
Pandanglah disekelilingmu.
Carilah yang bisa memotivasikanmu.
Saat kau merasa payah,
Renunglah jauh ke langit biru,
Yakinlah Allagph ada bersamamu.
Saat kau merasa ingin rebah,
Dakaplah Quran istimewa itu.
Percayalah di dalam ada syifa' buat jiwamu.
Saat kau rasa hidup ini fitnah,
Korbanlah tidurmu wahai khalifatullah,
Berilah sebanyak mungkin waktumu untuk Allah.
Saat kau rasa mahu jatuh,
Berpautlah pada rimbunan doa,
Sungguh doa itu senjata paling utuh.
Saat kau rasa mahu mengalah,
Carilah teman yang memang soleh solehah,
Agar bersamanya kau rasa takut mengalah.
Saat kau rasa hidup ini kosong,
Isilah ia dengan amal kebajikan,
Ia bisa jadi sumbu pelita di gelapnya kubur.
Saat kau rasa hidup ini tiada makna,
Percayalah wujudnya dirimu berasbab,
Carilah posisimu di muka bumi ini.
Saat kau rasa takut,
Genggam eratlah tasbih serta rancakkanlah zikir,
Kerana hatimu itu bukan takut tapi ia rindu.
Rindu pada siraman syahdu zikir yang menenangkan.
Saat kau rasa gusar,keluh kesah,kalut ribut, takut;
Berhentilah sebentar dalam hidupmu.
Renunglah kembali tujuan penciptaanmu.
Bertafakur sebentar memfokuskan matlamatmu.
Engkau yakunlah,
Ada Tuhan yang bersamamu,
Selagi kau tidak meninggalkannya.
Meskipun kau pernah meninggalkan Tuhan dalam derap langkahmu menuju kehidupan,
Percayalah Dia tidak akan menzalimimu.
Kembalilah pada Rabbmu,
Dan ketahuilah,
Dia maha pengasih dan penyayang.
Teruslah melangkah di bumi ini.
Dengan nafas segar berbau seharum wangi dengan zikirmu buat Rabbi.
Dengan pandangan mata yang bersinar persis cahayanya kalamullah.
Percaya dan teruslah percaya,
Bahawa kita ada Allah.
Bingkisan buat yang sering merasa lemah,
Husnataqwa.
No comments:
Post a Comment