Cuti kali ni terasa sangat singkat. Mungkin sebab ianya dihabiskan di dua negeri. Hari Selasa saya memulakan cuti di Negeri pimpinan ulama, Kelate. Tapi hari Selasa berlalu dengan begitu pantas sebagai hari rehat setelah seharian perjalanan dari Johor.
Saya belek tablet,mencari sekeping dua gambar di Johor, tapi tiada. Banyak yang ada dalam simpanan abang. Tak dapek nak abadikan sebagai kenangan di blog usang ni. ;)
Hari Rabu, saya menemani Ibu ke hospital. Bertemu pakar mata. Seronok jadi anak bujang, dapat teman ibu merata. Kakak pernah menyuarakan rasa iri hati pada saya.
"Untunglah dekna dapat teman bu ke hospital. Dapat jaga bu. Besar pahala dekna."
Alhamdulillah. Moga baek ganjarannya disisi Allah Taala. Itylah kelebihan jadi anak yang nomor nak last-last. Dapat berbakti pada Ibu bila mereka sudah tua. Saya seronok menemani Ibu dan saya juga akan memastikan Ibu seronok ditemani saya. Celoteh saya tak henti untuk hiburkan hati Ibu. Saya tahu benar perasaan orang yang ulang-alik bertemu doktor. Sangat fragile.
Saya selalu dinasihatkan kakak abang agar bersabar melayan karenah Ibu. Tapi saya rasa Ibu yang penat melayan karenah saya. Dan ternyata Ibu sangat sabar. Saya suka untuk nasihatkan semua, berbaktilah pada Ibu Ayah dengan ikhlas. Sangat mulia orang yang berkhidmat untuk ibu ayahnya. Saya cukup sedar, bila di kampus saya sibuk. Kalo tidak cuti,memang saya tidak pulang. Maka,masa cuti yang sedikit inilah saya guna untuk berbakti sebaeknya.
Saya ni bukan rajin. Tapi saya suka memasak. Selaen teman ibu kesana kemari,saya suka memasak untuk Ibu. Saya senang bila Ibu kata, "Kalo ada Husna, Bu boleh......"
Senang hati sebab dapat senangkan hati orang yang kita sayang. Sangat senang hati. ;)
Doktor yang merawat tersenyum melihat saya sedang membaca buku Cinta High Class. Doktor Zul dah biasa tengok saya temankan Ibu selalu. Sempat dia berseloroh, "Tak lama lagi takdelah awak teman Ibu awak lagi. Tu baca buku nak kawen dah tu."
Sampuk Kak Juju, staffnurse, "Kot lepas ni teman mertua plak kot doktor."
Semua peramah dan ceria kat hospital tu. Seronok menghabiskan seharian disana. Dah macam pekerja kat situ pun ada. ;)
Hari Jumaat, saya juga seharian menemani Ibu dalam kem mukhayyam di sekolahnya. Seronok dapat tiga slot bersama adik-adik tahun enam. Saya agak kurang seni untuk memahami budak-budak. Saya mengalami kesukaran yang amat. Sewaktu saya beri penyampaian,sahabat saya terpaksa ingatkan saya agar bercakap sesuai dengan level mereka. Mukhayyam ini benar-benar mencabar saya. Sesuai dengan saya yang memang sukakan cabaran.
Susah nak tawan hati kanak-kanak. Sepanjang program,saya cuba mengubah mentaliti sekular yang pernah saya dapat sewaktu sekolah rendah dulu.
Dulu, dengan sekularnya,kita fikir, kita belajar untuk pandai, ibu ayah suka, dapat keputusan cemerlang,kerja bagus dan gaji besar.
Saya berusaha hempas-pulas memahamkan mereka bahawa matlamat hidup ini Lillah. Andai kita belajar bukan untuk Allah, banyak tanggungjawab laen sbg hamba akan kita abaikan. Sekular sungguh!
Saya benci bila mereka diajar untuk lulus UPSR kerana nak masuk asrama penuh. Bukan itu matlamat yang kita mahu mereka ada. Kali itu matlamat mereka, andai kata mereka tak dapat masuk asrama penuh,mereka akan merasakan kehidupan mereka sudah berakhir. Tapi andaikata mereka belajar untuk Allah,insya Allah motivasi mereka untuk teeeerus belajar akan sentiasa baek.
Seronok melayan mereka. Lagi seronok bila dipanggil "cikgu". Istimewanya panggilan cikgu. Terasa aura yang membahagiakan. Dush dush. ;)
Hari Sabtu saya melatih kepakaran memasak. Sediakan makanan buat Ibu, tanda kasih sayang. Juga buat adik yang teringin makan ayam bkack pepper. Saya jarang memasak sebab lumrah ramai kakak dan kakak ipar yang double rajin. Bila balik rumah, berebut kuali dengan kakak. Sebagai tanda menghirmati yang lebih tua,maka saya mengalah. Abang selalu sindir saya, tiada siapa nak makan masakan saya. Maklumlah mereka semua sudah bersuami. Takpe, nanti saya akan pastikan suami saya meronta-ronta nak makan masakan saya. Hek elleh! Sekarang bolehlah abang berlagak sementara saya masih single dan mingle lagi. Tak acilah sebab semua ada partner. Bolehlah nak buli saya.
Sabtu juga saya menziarah rumah saudara. Seronok jumpa baby yang sangat comel. Berangan sekejap. Ada baby seronok,tapi amanah tu sangat besar. Saya kira saya masih belum bersedia nak jadi Ibu. Kalo fikir seronok,memang mahu. Bila fikir tanggungjawab dan amanah, fuh, gerun!
Kelak Allah persoalkan begitu begini,apa yang boleh saya jawab? Semuanya perlu persediaan yang mapan. Saya kagum lihat sahabat sekampus yang sudah mempunyai anak. Dalam lakaran oeta minda hidup saya, saya tak pernah terbayang untuk ada anak dalam fatrah seorang pelajar. Kalo boleh, anak itu lahir dalam keadaan yang cukup harmonis,bukan keadaan saya tunggang langgang dengan macam ni. Sekarang memang sangat tunggang langgang. Sebab tu saya sangat kagum dengan ibu muda yang masih belajar. Saya rasa saya tak mampu begitu. Kawen waktu belajar, bolehlah,tapi ada anak tu............
Esok saya bakal berangkat ke Kuantan. Sayu hati saya meninggalkan Ibu dan rumah yang sangat selesa. Sedih saya memikirkan Jun nanti baru bisa bertemu kembali. Anakmu pergi menuntut ilmu, ibu. Anakmu pergi mencurahkan bakti. Insya Allah, sebagai saham buatmu di akhirat kelak, Ibu.. ;)
Curi ini sungguh menarik, saya seronok dan bahagia. Syukur pada Allah yang beri saya peluang untuk menikmati seminggu yang begitu menggembirakan.
No comments:
Post a Comment