♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, April 05, 2013

BUBAR!

Semalam, saya yang kesejukan di computer lab library tidak tenang menjawab kertas midsemester exam RadioAnat. Lantas mendorong saya keluar awal,selepas beberapa kali menyemak jawapan.

Keluar saja dari pintu lab,saya lihat DS Najib di kaca TV. Langkah saya pantas menghampiri ruang menonton.

"Bubar ke? Bubar ke?" soal saya pada beberapa sister yang ada disitu.

Sister yang kebetulan mengenali saya megangguk laju. "Ya kak,bubar!" wajahnya juga ceria.

"Alhamdulillah... Bubar.... Bubar..." saya terus mengomel sendirian di depan kaca TV. Macam menonton drama Melayu, saat di suami melukakan hati seorang isteri, saya dipukau untuk menitiskan setitik dua air mata.

Persoalan yang banyak berlegar di fikiran saya.

Bersediakah aku untuk menghadapi suasana pilihanraya? Ini kali pertama pilihanrayaku sebagai remaja yang dewasa. Yang cita-citanya melihat Islam menang.

Saya juga mempersoalkan, andai Islam menang dalam PRU13, adakah aku antara penyumbangnya? Aku takut andai aku terkecuali daripada mereka yang menyumbang untuk kemenangan.

Huh,monolog seorang Husna tidak akan habis. Sedang bermonolog, saya juga teringat sahabat yang pasti juga sedang teruja dengan pembubaran parlimen. Banyak yang datang bertandang,wajah mereka yang saya sayang. Terutamanya keluarga nun jauh disana. Ya,mereka semya teruja!

Teringat wasiat Nenek saban tahun di pagi hari raya, "Pakoh PAS!"

Semuanya mengundang senyum di bibir tapi gusar dihati. Saya mesti menyumbang untuk Islam!

Pemanduan saya pulang ke Mahallah ditemani hujan. Sudah lama tidak hujan di bumi Kuantan. Tapi,seolah langit turut sama meraikan kesenangan pembubaran parlimen. Seolah langit juga sudah lama menunggu pembubaran parlimen.

Semua orang yang saya jumpa berwajah ceria. Hampir semua bercerita tentang bubar. Bubar dan bubar. Sampai di bilik,saya cari tablet. Buka laman FB. Hah,expected!

Penuh dengan cerita bubar, setiap orang seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk menceritakan rasa hati di dada FB. Hangat kisah bubar di dinding FB. Senyum panjang meleret says melihatnya. Sampai tak larat nak baca. Huh. ;)

Keseronokan terbatas kerana saya masih ada paper untuk diperjuangkan. Jihad ilmu wajib saya terus perkasakan.

Banyak yang ingin saya cerita,tapi kekangan masa membataskan saya. Puas saya atur hidup,agar sempat untuk menulis dengan penuh siasah,tapi saya gagal. Kehidupan saya sedang tunggang langgang,itu hakikatnya. Bila semua orang asyik cakap soal baitul muslim, saya seronok berkata, "Aku nak fokus PRU dulu." Heh,itu ayat orang yang nak sembunyikan tunggang langgangnya. Heee.

Keseronokan untuk menyumbang di dalam PRU untuk kemenangan Islam,mampu tawarkan hati saya untuk berbincang tentang nikah kawen. Dengar cerita kawan tu nak kawen,orang tu nak bertunang, bukan lagi isu besar yang menggugat jiwa seperti sebelumnya! See,betapa besarnya kesan pembubaran parlimen dalam kamys hidup saya. Huuii.

Saya harap,ada sinar untuk PR tahun ini. Ada cahaya untuk Islam,insya Allah. Saya yakin. Sebab tu saya mahu menyumbang. Ajal saya mungkin esok. Andai saya mati tanpa sempat menyumbang,saya malu untuk bertemu Allah!

Tapi,ada lagi yang memalukan, bila saya canang kesana kemari tentang kemenangan Islam,tapi diri saya sendiri tunggang langgang hubungan dengan Tuhan. Suka untuk saya tegaskan,kalo sungguh mahu Islam menang, menangkan dulu Islam dalam dirimu. Lihat dan koreksi solatmu,ibadahmu,pergantunganmu oada Rabbul Jalil. Hutunglah berapa banyak masamu untuk Allah. Malulah pada Allah andai kita mahukan Islam,tapi meninggalkan iman dan ihsan!

Ini kalilah! Kita ubah,selamatkan Malaysia. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.