Pudar.
Puas aku cari.
Kau seperti bersembunyi.
Jauh.
Puas aku intai.
Kau seperti dilindungi.
ya,
Kau tersembunyi di balik dosaku.
Kau terlindung dek kerana banyaknya maksiatku.
Allah.
Allah.
Allah.
Air itu aku ratakan ke seluruh anggota wudhuk.
Pada tangan aku katakan,
Jauhi perkara mungkar.
Pada mulut,
Setiap kumuran,
Aku niatkan agar bersih semua kotoran yang pernah aku lontarkan.
Pada wajah,
Moga ianya menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah kelak di Mahsyar.
Pada telinga,
Aku bisikkan agar hindar jauh dari bisikan yang membinasakan.
Pada kaki,
Aku mohon agar terus istiqamah,
Melangkah meski letih,
Meski terpaksa bertatih,
Ke jalan kebenaran yang penuh rahmah.
Itulah ketenangan.
Pada satu wudhuk.
Yang dianggap ringan.
Tapi sungguh,
Padanya ada muhasabah,
Yang teramat mendamaikan.
Sejadah itu aku hamparkan.
Telekung usang itu aku pakai.
Istighfar mengiringi setiap geri,
Agar hati ini bersih bertemuMu, Rabbi!
Tatkala hati ini gersang,
Allah lah sebaek baek tempat untuk mengadu.
Tatkala hati ini kering,
Allah lah tempat meluah rasa.
Jangan kau tinggal Allah dalam hidupmu,anakku!
Pesan ibunda menjadi pegangan.
Sesibukmanapun dengan urusan dunia,
Luangkan masa khususmu untuk Allah.
Pesan murabbi dakwahku.
Katanya,
Disisi Allah ada tersembunyi rahmat.
Buat orang yang istimewa.
Yang sentiasa mendekat denganNya.
Jangan tinggal tartilkan bacaan Quran.
Pesan nenda aku kenang.
Kata nenda,
Quran itulah cahaya di kuburmu kelak.
Kubur itu gelap.
Hanya amal soleh yang bisa menjadi pelitanya.
Aku tersentak.
Di malam Jumaat yang oenuh hikmat,
Hatiku mrnjadi ralat.
Kerana aku belum menjadi sebaek hamba yang taat.
Kerap kali aku melakukan maksiat.
Tanpa sedar,tanpa niat.
Dengan sengaja pun ada jugak.
Allah.
Allah.
Allah.
Moga maghfirahmu milikku.
Moga landasan kebenaran menjadi jalanku.
Moga hidayahMu sentiasa menemaniku.
Sentiasa.
Sehingga aku menjejak syurgaMu!
No comments:
Post a Comment