♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, April 13, 2013

Diari rindu : Ragam family. ;)

Kakak dan Abang Ipar singgah di Kuantan dari Johor untuk pulang ke Kelantan. Sejak jadi doktor,memang susaaaah sangat nak jumpa dan lepak dengan kakak dengan bahagia.

Dulu, kami rapat kot. We share almost everything. Ops,tapi kami contra. Kakak dan saya jauh berbeza. Kakak chantek. Haha. ;) (ok kakak,sila terharu baca ini).

Since kakak dah jadi doktor, dalam tempoh HO ni, saya selalu rasa jauh. Pernah mesej sedih-makan hati dengan kakak. Yelah, kita tentu akan rasa jauh dengan orang yang kita sayang,kita rapat yang tiba-tiba macam hilang. ;)

Lucu kan? Tapi comel. Kakak reply sampai nangis-nangis. Walaupun selaluuuu gaduh dengan kakak,tapi dalam family, saya cuma ada dua kakak. So, we did make our relationship osem. Hihi. ;) memang kami rapaaaat.

Masa semalam yang kakak singgah tu, menangis-menangis dia minta saya ikut dia balik Klate.

"Nanti tak meriah rumah dekna takde. Jomlah ikut kak balik. Ni kan weekend.."

Saya tergoda. Siapa tidak tergoda? Peluang cerah depan mata. Tapi saya terpaksa berkeras untuk tolak. Walaupun dalam hati dah berembun-embun dah bila kakak dan abang ipar semangat ajak balik. Saya segan nak kata pada kakak saya banyak kerja. Tapi prinsip saya tegas. Saya mestikan aulakan apa yang lebih penting. Lagipun sudah berbincang dengan ibu. Ibu pun tidak mendesak. Malah begitu memahami dan menyokong saya yamg sedang berada dalam fatrah menuju final exam dan yang lagi osem menuju Putrajaya. Heh. ;)

Maafkan saya, kakak comel. ;)

Sampai saja Kuantan,

"Na,nak makan nasi kukus Jungle!"

Heh,itu ajalah yang adik-beradik saya tahu. Nasi kukus Jungle. Febret semua kot. Saya ni sampai pening layan depa yang dok mengidam nasi kukus Jungle kat Johor. Hewww. ;)

Abang pun sama. Sejak saya bawa depa makan, bila singgah sini konfem depa nak makan nasi kukus.

Nasi kukus je pun. Boring kot. Tapi demimu,ku turutkan sajalah sayang. Uhukk. ;) (sila terharu okk)

Tadi kakak call.

"Dekna,nak dekna..,, rumah boring takde dekna... Ohhhhhh!"

Haa,tu fenomena biasa. Ketiadaan saya dalam keluarga memang akan menggugat ekonomi keceriaan rumah tangga kami. Ha,perasan lebih. Haha. ;)

Jujurnya memang macam tu. Walaupun muka saya serius, orang kata saya garang, tapi dengan family, saya dapat anugerah adik beradik paling happy dan ceria. Kalau saya tak dapat join family holiday, memang akan tertunda punyalah family holiday tuh. ;)
Besar pengaruh kan? Taikooo kot. Hii.

"Dekna, Nabila nak kawen Mei nanti! Tadi ummi dia datang. Padan muka dekna jadi andartu."

Mulut kakak memang murai. Malah lebih teruk lagi. Mulut murai bercili. Main redah aje apa dia nak cakap. Tapi muka dia innocent je. Boleh saya bayangkan waktu tengah cakap telefon tu.

Saya yang baru bangun tidur,terhegeh-hegeh nak layan dia.

"Dekna,nanti dekna kawen dengan suami yang busy eh. Nanti dekna boleh selalu balik sini,dengan kakak dengan family. Kawenlah dengan orang yang sibuk. Biar keno tinggal sokmo. Buleh duk dengan kitorang."

See, ni memang doktrininasi semua abang kakak. Haha. Takut sangat depa kehilangan saya dalam family selepas saya berkahwin.

Sewaktu berholiday di Desaru hari tu pun, depa siap bangkitkan lagi. Topik 'Husna selepas kawin' dibahaskan.

Antara soalan Ibu,
"Nanti kakak kawin, kakak ceria lagi tak? Kakak jadi penghibur family lagi tak?"

Abang jawab,
"Kenapa tak?" konfiden je dia. ;)

See, betapa risaunya mereka kehilangan saya. Terasa disayangi hokkayyy. ;)

Saya diam je waktu mereka tengah dok bising-bising. Dalam hati, aku pun taktahu aku kawen dengan siapa,orang macamana dan yang penting bila. Tapi yang aku yakin, of course bakal suami aku yang soleh akan menerima diri aku seadanya. Hah,tudiaaa aih. ;)

Akhirnya saya respon pada abang kakak yang tertanya-tanya,

"Doalah dapat adik ipar yang best,lucu,sporting.. Haha"

Respon paling neutral untuk abang kakak yang over-predict. Semua puas hati. Dan amiiinkan doa tu.

See, mereka semua sporting. ;)

Ahh, terlalu rindu dengan family. Rasa macam dah banjir empangan lacriminal gland ni. Sebab tu menulis pasal family. Rindunya setiap detik bersama mereka. Rindunya rasa disayangi,dikasihi. Rindunya rasa jadi adik. Kat sini tak dapat nak rasa semua tu. ;(

Kat sini selalu kena jadi bos,kena jadi decision maker,kena jadi brainstormer, kena jadi problem solver. Berbeza situasi dirumah yang penuh cinta dan kasih sayang. Sumpah,rindu family!

Rindu yang teramat. Rindu yang membebankan hati.

Tapi kecintaan dan tangungjawab pada perjuangan tidak boleh digadaikan.

Pesan Ibu,
"Cuma ini masanya kakak. Biarlah susah sekejap,sakit sekejap, asalkAn jasad kita bekerja untuk Islam sungguh-sungguh."

Saya terharu. Ada supportive family memang seronok. Mendamaikan.

"Nanti kakak cuti kita pergi holiday hilangkan rasa penat tu.,"

Ohh,sape yang tak mahu menangis.. ;(

Setiap kali buka buku nak study,saya mesti teringatkan family. Dan kemudian saya akan tersenyum dan penuh semangatnya,saya study. ;)

Setiap kali saya ada masalah,teruji,rasa berat. Saya akan bayangkan senyuman abang kakak. Ibu dan ayah. Juga adik serta anak sedara.
Dan saya akan rasa mereka semua berkata pada saya,
"Kami sokong dekna, kami ada untuk dekna."

Kewangan saya pun kukuh dibantu mereka. Ini ujian sebenarnya untuk saya. Bagaimana menguruskan kewangan dengan telus. Kadang banyak duit buat kita lagha,hilang fokus,main-main dan membazir.

Abang selalu mesej,
"Dekna perlukan apa-apa tak? Henset baru taknak beli ke?"

Huh, masalah henset ni tak selesai selesai sampai ke sudah!

Saya jawab, "Nak Quran baru,sejadah baru, telekung smayang baru, perfume baruuuuu. Haha."

"Oh dekna,semua tu boleh dapat dalam hantaran!"

Semuanya buat saya tersenyum dan tersenyuuuuum.

Mutakhir ni, status saya sering diserang oleh pakcik yang pro-umno. Sedang keluarga saya pro-pas.

Saya risau juga kalau ia menggugat keharmonian dengan saudara mara yang laen. Tapi semua ahli keluarga respon positif aje. Takde pulak nak larang saya. Sokong lagi adalah. Itulah awesome nya mereka. ;)

Harapan mereka yang nak adik ipar sibuk,teringin saya kotakan. Adik ipar yang sibuk berjuang di medan. ;)

Saya rindukan family. Maka saya menulis tentang mereka. Saya juga tidak henti doakan mereka dengan penuh cinta.

Ya,saya sedang seronok bercinta dengan family. Tapi dalam masa yang sama, cinta dengan perjuangan tidak pernah saya abaikan. Malah ia prioriti yang aula.

Begitulah latihan awal sebelum berkahwin kelak. Bagaimana kita mengimbangkan keluarga,kerjaya dan perjuangan. Satu perkara yang sangat signifikan untuk saya. Walaupun kawin tu mungkin jauh dari saya, calon pun entah kemana, tapi berfikiran jauh dan berwawasan adalah hak mutlak rakyat Malaysia. Hehe. ;)

Ahhh,rindunya family!

Oh angin,sampaikanlah rinduku buat mereka. ;)

Oh Allah,jagalah mereka dalam limpah rahmat dan maghfirahMu!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.