Sabtu lps, Allah memilih saya ke majlis maulid akbar. Alhamdulillah. Bertempat di masjid putih UIA Kuantan.
Saya tiba seawal Maghrib. Terpesona dengan suasana seperti baitullah. Kereta memenuhi tempat parkir. Saya terpaksa parking jauh dari tempat biasa. Tidak mengapalah,semuanya pasti dikira pahala!
Solat Maghrib sangat mendayu,rasa hati saya. Dari saf muslimat di bahagian atas,saya melihat puluhan saf muslimin. Sesuatu yang jarang. Lebih istimewa, ramai yang berbaju putih. Ya Allah,indahnya suasana malam ini. Lantas bagaimana indahnya syurgaMu?
Saya sebak sewaktu Maghrib. Saya malu pada Allah. Jauhnya saya dengan Dia. Kotornya hati saya. Banyaknya dosa saya. Sikitnya amalan soleh saya. Saya malu pada Allah. Sedang Dia banyak membuka jalan kebaekan untuk saya. Campak saya ke DQ. Taklifkan saya mengepalai talaqi PJ. Seludupkan saya ke dalam usrah. Panahkan saya ke dalam jemaah Islam. Terima kasih Allah atas pintu hidayah untukku. Tinggal lagi bagaimana aku memaksimakan medium tersebut untuk mendekatiMu.
Kemudian, alunan qasidah lembut menyapa telinga. Hati saya bertambah sebak. Meskipun qasidah ini hari-hari membasahi telinga saya sepanjang saya memandu,tapi malam ini rasanya terlalu syahdu. Allah.. Allah..
Saya bayangkan Rasulullah ada bersama kami. Allah menjadi saksi hati-hati berkumpul berpaksikan cinta pada Allah dan cinta pada pesuruhNya, Muhammad Nabina. ;)
Hati menjadi makin banjir dan berat. Bertambah malu saya pada Rasulullah. Apakah baginda bangga mempunyai aku sebagai ummatnya? Aku renung bagaimana pengorbanan aku untuk agama haniff ini. Bagaimana aku bergerak menyambung mata rantai perjuanganya.. Aku malu sendiri. Apalah sangat yang aku buat untuk Islam. Allah.. Allah..
Saya terus memandang sejadah kesayangan. Hati saya sudah tidak keruan. Inilah fatrah manusia beriman. Kembalilah hati sujud pada Rabbul Izzati. Saya sujud,syukur. Syukur rasa diberi detik hati yang membahagiakan. Saya syukur,masih dihadirkan rasa concern akan Islam,rasa mahu terus berjuang. Ia bukan rasa yang normal. Ia rasa luar biasa yang wajib saya syukuri. Tanpa rasa itu, apalagi yang boleh membuatkan saya istiqamah di medan ini? Hanya Allah motivasi saya. Allah., Allah..
Saya turun ke tingkat bawah masjid. Melihat ramai lagi yang sedang menyubur rasa cintanya buat kekasih Allah, Muhammad Nabina.
Saya duduk di sebelah Ibu muda. Anaknya perempuan. Cantik dan baik. Senyap dan redha anak itu diribaan saya. Tenang,bertambah tenang. Kanak-kanak ini dari kecil sudah diajar mendekati majlis seperti ni. Sedang saya tidak berpeluang sepertinya. Umur sudah lanjut,baru kenal talaqi. Allah.. Allah..
Muga anak kecik ini membesar menjadi insan bermanfaat. Yang menyambung perjuangan Nabi sebagai manifestasinya cinta buat Nabi. Moga anakku kelak, mampu aku didik dengan acuan hubbullah wa hubbunnabi. Moga anakku jelak, membesarnya adalah dengan mengikut ummi dan abinya je majlis ilmu dan membesarnya anakku kelak dalam kondisi ummi dan abinya komited penyambung perjuangan Rasulullah. Insya Allah..
Seusai berqasidah,saya bertemu mata dengan tetamu dari Gombak. Sempat kami membahaskan soal isu dan fikrah. Keadaan apapun tetap tidak mengubah hati kami yang suka mengeluarkan pendapat dan berdebat. Saya juga bertemu dengan cik Mek mantan roomate, Farah Adlina. Sekejap sangat bertemu, tp bermakna alhamdulillah. Ukhuwwah yang hebat. Di PJ, susah senang payah perit susah, beliaulah antara yang menemani, tidak mungkin saya lupakan mereka yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup saya. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami dalam keadaan ysng juga cukup harmoni. Allah.. Allah..
Petaling Jaya cukup istimewa di hati saya. Andai ada masa terluang,saya suka merenung diari saya di PJ. Saya baca post lama di blog. Yang saya tulis sewaktu saya di bumi PJ. Genre penulisan saya berubah. Kuantan banyak ajar saya erti hidup. Tapi PJ lagi banyak ajar saya cara untuk belajar untuk hidup. Hati saya selalu merasa rindu dengan suasana di PJ. Saya rindu dengan suasananya dan keadaannya. Banyak benda yang berubah. Tapi hidup ini saban hari semakin menarik, alhamdulillah..
Selepas majlis tamat, saya rasa waktu berlalu begitu cepat. Esok,perjalanan saya lebih panjang. Sebagai manifestasi cinta saya buat Rasulullah, saya tidak mungkin berdiam diri menantikan kegemilangan Islam. Tapi saya akan menjadi penyumbang kemenangan Islam. Lebih lagi, keadaan yang mendekat dengan PRU. Selepas hari yang indah di maulid akbar, hati ini rasa lebih segar dan bertenaga. Lebih semangat untuk turun ke medan. ;)
Sepanjang majlis maulid,saya banyak berdoa. Kata sahabat saya di Gombak, majlis ini majlis yang berkat,banyakkanlah berdoa. Saya titip doa buat ibu ayah dan keluarga tercinta. Juga doa buat cikgu dan lecturer. Juga buat sahabat sekalian agar dipermudahkan semua urusan. Tiada lupa, doa saya agar Islam menang dan kezaliman tumbang. Allahumma Amiiin.
Tidak lupa doa buat diri sendiri. Agar hidup yang tunggang langgang ini kembali teratur dan normal. Semoga hidup saya yang sedang tunggang langgang ini adalah medan untuk saya belajar untuk menjalani hidup yang lebih komplikated untuk masa akan datang. Insya Allah. Doa juga agar saya diberi kesihatan yang baek. Berharganya sebuah kesihatan buat insan serba kekurangsn seperti saya. Sihat untuk hebat. Kuat untuk bekerja. Bekerja untuk Islam.
Doa yang tidak saya lupa, moga Allah kurniakan belahan hati yang soleh. Yang hatinya mencintai Allah dan Rasulullah. Yang jasadnya letih menyambung perjuangan Muhammad Rasulullah. Yang bibirnya senyum walau ketih di medan. Yang otaknya diperah untuk strategi menangkan Islam. Yang hatinya dekat dengan Quran. Dan yang jiwanya kasih dan penyayang. Semoga belahan hati itu sedang mujahadah untuk berjuang. Sedang muhasabah untuk lebih baek. Dan sedang mendoakan saya sepertimana saya mendoakannya. Pentingnya orang yang bakal kita berkongsi hidup dengannya. Jika salah pilih,mungkin hidup saya berubah. Tiada lagi majlis ilmu,tiada lagi perjuangan,tiada lagi pengorbanan untuk agama. Lantas,doa saya buatnya tiada putus dan tiada henti. Meski tidak tahu siapa dan bila bakal berkongsi hidup bersama, tapi saya optimis dengan janji Allah. Semoga Allah melindungi yang terbaek buatku, insya Allah Amiiiin. ;)
Demikianlah bingkisan diari sufi saya. Akan saya simpan dan tunjukkan buat anak saya kelak. Bagaimana harapan umminya untuknya. Juga akan saya kembali baca bersama belahan jiwa saya,agar dia tahu bagaimana harapan saya buatnya. Semuanya bernilai sentimental untuk terus disimpan.hehe. ;)
Semoga Allah merahmati kita semua. Saya doakan agar bumi UIA terus menerus dihujani majlis ilmu, dibanjiri mutiara hikmah yang membuah rahmah dan biah solehah. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment