♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 17, 2013

marilah berbaik-baik: 'Abdullah Hanzalah

Trima kasih Mantan roomate untuk penghargaan ini. sungguh terharu. ;)
a

Orang selalu tak tahu saya sayang dia. Sebab saya tak pandai tunjuk kasih sayang ke?
huh,kena belajar lagi ni jadi penyayang.
Rasanya dah cukup penyayang dah. Perasaan kita selalu salah. ;)

Buat yang bernama Farah Adlina Zulkifli,
Semoga hatimu kekal dalam iman,
hidup dengan taqwa,
subur dengan sifat mahmudah.
Moga jiwamu kaya dengan istiqamah,
besar menghadapi mehnah,
cekal mengharung amanah.
Hiduplah baik baik di bumi Gombak,
doaku ada buatmu sentiasa,
buat mantan roomate yang selamanya sahabat.

Maaf sebab jadi sahabat yang takpenyayang. Yang kaku macam batu, yang kering macam kayu. Maaf sebab tak jadi sahabat yang baik buat orang sebaik anda. ;)

Ala kulli hal, semoga kita sentiasa dipertemukan Allah dalam keadaan yang penuh barakah. Mungkin lepas ni kita bertemu di majlis walimah? Atau majlis khitbah? Hoh. Ana tunggu jemputan~ ;p

Moga hati kita sentiasa diikat dengan aqidah yang sejahtera meskipun jarak yang memisahkan kita terlalu jauh. Tol pun mahal kalau nak gi Gombak. Kena undi PR dulu baru tol takde, boleh selalu pergi GOmbak. Ehhe. ;)

Buat mantan roomate,
Jangan nakal-nakal.
Jangan simpan rahsia gembira dari saya.
Jangan tak lalu makan.
Ana tahu enti tak lalu makan sebab enti kehilangan sahabat seceria ana. ;)
Dulu waktu kita bersama,
enti asyik makan kot. ;)
Ingatkah lagi santapan memori kita di Ali Bistro? Ehhe. Kenangan. Kenangan. ^^

Terima kasih enti sebab sudi bersahabat. ;)


marilah berbaik-baik: 'Abdullah Hanzalah: Bismillahirrahmanirrahim 'jejaka' ini adalah yang pertama mendapat gelaran oppa daripada saya, 'orang asing&#39..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

farahadlina said...

ana makan banyok kakloh jugok, masalah loni, berat tok naik-naik.. bakpola tok tahu huhu..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.