♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 09, 2013

Yang Mengingati

Hari ini semuanya serba tidak kena.

Hati gelisah. Jiwa memberontak.

Hidup ini sering membentangkan kita pilihan. Memilih. Memilih untuk memilih.

Beberapa kali saya dicabar dengan akademik.
Kemampuan saya juga terbatas.
Saya tidak mampu melakukan perkara diluar kemampuan diri saya.
Tapi saya tetap sentiasa dicabar oleh mereka yang saya tahu, mereka sayangkan saya.
Dan ingin melihat saya berjaya.
;)

Timbul rasa putus asa dan berat hati dalam diri.

Kemana mahu dibawa rasa ini?

Rasa apabila orang mengharapkan kita buat yang terbaek, tapi akhirnya kita mengecewakan.

Maafkan saya cikgu!

Saya berjanji berusaha buat yang terbaek.

Kehidupan kadang-kadang membuat kita lupa pada mati.
Kehidupan juga kadang-kadang membuat dada kita sesak dengan dunia.

Saya sering tertanya-tanya,
kenapa urusan dunia aku inginkan terlalu sempurna?
Berbeza dengan urusan akhirat yang kadang-kadang dipandang sebelah mata.

Hah, susahnya menterjemah rasa.

Ingin ke laut dan melihat dunia yang luas. Jauh dari jarum yang menusuk hati. Jauh dari duri yang menikam hati. Jauh dari bata yang menghempap hati.

Sungguh, tertekan itu indah.
Kerana pada Allah tempat kita menyerah.

Sungguh, ditekan itu cantik.
Hanya pada Allah tempat kita mengadu nasib.

Sungguh, kegagalan itu satu hikmah.
Agar pada Allah kita mencari quwwah.

Sungguh, motivasi bagi yang beriman itu adalah SYURGA.

Dan sungguh, hari ini saya tidak tahu kenapa terlalu kecewa.

Kecewa dengan diri sendiri.

Menelefon Ibu pun jadi misteri.
Nak bercerita pun, tak jadi.
Takut mengecewakan.

Saya benci mengecewakan orang. Saya takut mengecewakan orang yang saya sayang.

Oh, perasaan ini sungguh berat dan memberat!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.